27Sep

Google Membawa Manuskrip Sejarah Ke Dunia Internet

Google

Nampaknya, Google terus memperkenalkan pelbagai produk baru mereka yang amat berguna kepada manusia, dimana selepas Google Earth yang memudahkan para pengguna untuk menjelajah dunia dengan mudah, kini Google turut membawakan skrol dan manuskrip daripada Skrol Laut Mati (Dead Sea Scrolls) ke dunia internet.

Melaluinya, kini para pengguna boleh mengakses kepada dokumen-dokumen yang berusia lebih daripada 2000 tahun terus melalui atas talian. Menurut Google, dokumen-dokumen tersebut telah ditulis pada abad pertama BCE, dimana pada 68 BCE, ia telah disembunyikan di 11 gua di padang pasir Judah, yang kemudiannya hanya ditemui sekitar tahun 1947.

Kini, para pengguna boleh mengaksesnya secara atas talian di laman rasmi Dead Sea Scroll, dan membacanya dengan mudah melalui bahasa pilihan (melalui teknologi Google Translate), serta melihatnya pada gambar beresolusi tinggi.

Jadi, mungkinkah lepas ini kita akan dapat melihat lebih banyak sumber-sumber sejarah mula dibawa ke arena atas-talian oleh Google dengan bekerjasama bersama-sama dengan pelbagai muzium dan badan sejarah seluruh dunia? Sama-sama kita nantikannya.


Satukan Senarai Alamat Yang Sama Pada GMail
Hotpot Di Integrasikan Pada Carian Google
Fungsi HTML5 Dan Multi-Tasking Pada Mango Diperlihatkan
Google Memperkenalkan YouTube Versi Pendidikan
Google Melancarkan Perkhidmatan Schemer Kepada Semua

15 Komen

  1. Omar pada 27 Sep 2011

    Perkhidmatan yang menarik.

    p.s: Kan best kalau diorang guna domain sendiri. Cam panjang la pulak domain tu.

    • Izzat Aziz pada 27 Sep 2011

      biasa masa test-test je domain panjang.. kot.

  2. Ahmad Wan pada 27 Sep 2011

    tapi susah orang nak bagi senang senang..
    buku yang ada sekarang pun tak semua google bleh tunjuk inikan manuskrip sejarah..

  3. Ismail pada 27 Sep 2011

    sampai cam ni skali….thx amanz for info ;)

  4. ekspresiruang pada 27 Sep 2011

    boleh baca je la, tp xphm pon. huhu

  5. AMR pada 27 Sep 2011

    dokumen sejarah! terbaiklah…

  6. eSafarEE pada 27 Sep 2011

    comfirm ramai ahli sejarah minat dgn perkembangan ni..

  7. denz pada 27 Sep 2011

    Lepas ni aku boleh la jadi pakar sejarah..haha

  8. Aria pada 27 Sep 2011

    bole cari psl sejarah malaysia ni sama ada kne jajah ke x.. haha

  9. Jyundoo pada 27 Sep 2011

    mende yang paling hebat Google pernah buat. bukan perkara yang senang untuk belek2 Dead Dea Scroll ni. Siot aa, xcite aku nak membaca.

  10. Syah pada 27 Sep 2011

    terbaek google!

  11. rajawali pada 27 Sep 2011

    gogle semakin mantappp…

  12. Juan pada 27 Sep 2011

    aku suker

  13. Alan pada 28 Sep 2011

    Google matop !


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader