20Sep

Google Meminta Pembangun Mengoptimasikan Aplikasi Untuk Ice Cream Sandwich

Google

Dengan pelancaran Ice Cream Sandwich yang disasarkan sekitar bulan Oktober atau November ini, kini Google telah pun mula mendidik para pembangun untuk membangunkan dan mengoptimasikan aplikasi mereka kepada kedua-dua peranti utama Android, iaitu telefon pintar dan juga tablet.

Ini adalah kerana Ice Cream Sandwich bakal menyokong kedua-dua peranti, iaitu tablet dan juga telefon pintar, berbeza dengan kemaskini Honeycomb yang hanya memfokuskan kepada tablet sahaja.

Melalui apa yang dikatakan oleh Google, para pembangun boleh mengoptimasikan aplikasi mereka kepada penggunaan pelbagai skrin, dan sekiranya ianya tidak sesuai, maka mereka boleh menghalang daripada skrin-skrin dengan sesuatu saiz, sekaligus memberikan prestasi dan penggunaan yang menarik untuk aplikasi mereka.

Sebelum ini, bekas CEO Google telah pun mengatakan yang mana Android Ice Cream Sandwich bakal dilancarkan pada bulan Oktober atau November ini. Bersama-sama dengannya, Google juga dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti Android baru, dan salah satunya yang dinantikan adalah Nexus Prime daripada Samsung.


Chrome 10 Kini Lebih Pantas, Ringkas Dan Selamat
Infografik : Laman Sosial Facebook Dan Google+
UMobile Mula Menawarkan BlackBerry PlayBook Tanpa Kontrak
Google Bakal Membuka Kedai Atas-Talian Memfokuskan Jualan MP3
Google Setelah Setahun Dibawah CEO Larry Page

14 Komen

  1. jyundoo pada 20 Sep 2011

    Nexus Prime, mewah bunyi nya

    • lanzz pada 20 Sep 2011

      mewah3x

  2. ali mamak pada 20 Sep 2011

    mmg mewah la weh

  3. snazzybizarre pada 20 Sep 2011

    gingerbread pun belum rasa lagi….

    • androidian pada 20 Sep 2011

      ape lg, upgrade la….

      • snazzybizarre pada 20 Sep 2011

        masih menunggu yg official punya

  4. sapikdzul pada 20 Sep 2011

    Byk duet kau..

  5. ROJAK pada 20 Sep 2011

    Ice Cream sandwich la pulak nanti tengok ceo baru apple nak keluarkan lak apple sandwich lak hahaha

  6. Aikhil pada 20 Sep 2011

    Hahaa.. makin garu kepala laa apple

  7. matjoe pada 20 Sep 2011

    apps honeycomb x byk kt markat. tak sabo tunggu ICS

  8. Ahmad Fuad bin Adzmi pada 20 Sep 2011

    untung la kalo dapat beli nexus prime

  9. kam pada 20 Sep 2011

    aku tunggu android utk desktop pc

  10. kam pada 20 Sep 2011

    tunggu android utk desktop pc lawan windows 8

  11. budakudm pada 20 Sep 2011

    harap2 galaxy s2 cpat upgrade ice cream sandwich nnt…come on samsung….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader