03Sep

Google Menamatkan Beberapa Produk Termasuk Google Pack Dan Desktop

Google

Hari ini, Google membersihkan dan mengemask-kini beberapa perkara mengenai produk mereka, dimana mereka mengumumkan yang mana beberapa produk dan perkhidmatan mereka akan ditamatkan, dan pada masa yang sama teknologinya diintegrasikan bersama-sama yang lain atau disatukan dengan produk sedia-ada yang lain.

Salah satunya adalah Aardvark seperti yang dikatakan sebelum ini. Selain daripada itu termasuklah Google Desktop yang mana sebelum ini menawarkan fungsi tambahan widget dan juga sokongan carian pada sistem operasi komputer. Ianya bakal ditamatkan pada 14 September kelak. Pada masa yang sama, Google Pack yang menawawrkan muat-turun perisian secara percuma juga turut akan ditamatkan, bermula daripada hari ini.

Google Notebook yang menawarkan sokongan untuk menyimpan nota dan dokumen dengan mudah, akan ditamatkan dalam masa beberapa bulan lagi, dan akan diintegrasikan bersama-sama Google Docs. Selain daripada itu, beberapa produk dan perkhidmatan lain yang turut dihentikan dan diintegrasikan kepada perkhidmatan yang lain adalah termasuk Fast Flip, Google Maps API Flash, Google Web Security, Google Image Labeler, Google Sidewiki, dan juga Google Subscribed Links.


Integrasi StreetView Bersama Maps
Google Bakal Memasukkan Iklan Ke Dalam Friend Connect
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 29 September
Gingerbread Kini Merupakan Versi Android Yang Paling Luas Digunakan
Google Mengintegrasikan Google+ Pada Laman Carian Utama Mereka

6 Komen

  1. Iwani Khalid pada 03 Sep 2011

    Phew… Nasib baik Wave isnt in the list

  2. Khairi Zulfadhli pada 03 Sep 2011

    sayangnya .. google desktop is da great stuff !!

  3. yapompiow pada 03 Sep 2011

    google mmg terbaik!

  4. denz pada 04 Sep 2011

    masa mengemas rumah..haha

  5. Dhiya Faris pada 04 Sep 2011

    syg la…best kot..
    harap2 diganti dgn benda yg lg menarik.

  6. eSafarEE pada 04 Sep 2011

    wave


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader