03Sep

Google+ Memperkenalkan Fungsi Cadangan Pengguna Yang Perlu Diikuti Mengikut Kategori

Google

Salah satu perkara baru untuk pengguna yang mendaftar akaun Google+, semestinya adalah masalah kekurangan kemaskini pada stream mereka, dan tidak ketahui siapakah yang perlu diikuti. Kini Google telah pun memperkenalkan sebuah fungsi khas, membolehkan para pengguna mengikuti beberapa pengguna tegar Google+ mengikut kategori dengan mudah.

Melalui fungsi tersebut, para pengguna boleh memilih siapa yang mereka ingin ikuti, mengikut pecahan kategori. Antara kategori yang disediakan adalah termasuk hiburan, muzik, berita, fotografi, sukan, politik dan juga teknologi.

Secara ringkasnya, ianya menyediakan fungsi yang lebih kurang sama seperti pada Twitter, dan membolehkan para pengguna mengikuti akaun-akaun selebriti sebenar pada Google+ dengan mudah dan senang.


Ikuti Pengumuman Chrome OS Melalui Webcast
Kod Sumber Diaspora Di Lepaskan
Peranti ChromeOS Bakal Dilancar Seawal Jun Atau Julai?
Pengambil-Alihan Motorola Mobility Oleh Google Diluluskan Oleh AS Dan EU
Ice Cream Sandwich Kini Digunakan Pada 4.9% Peranti Android Seluruh Dunia

3 Komen

  1. syah pada 03 Sep 2011

    wah.. lagik userfriendly g+ nih..

  2. gingercruzt pada 03 Sep 2011

    menarik..

  3. Khairi Zulfadhli pada 04 Sep 2011

    tak aktig g+ lagi :(


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader