09Sep

Google Mengambil-Alih Zagat – Laman Ulasan Restoran Dan Makanan

Google

Google kini terus menambah syarikat portfolio baru dibawah mereka, dimana terkini, mereka telah pun mengambil-alih Zagat, yang mana menawarkan kandungan yang memfokuskan kepada makanan dan juga restoran, dimana pelbagai cadangan tempat dan makanan, serta ulasan mengenainya diterbitkan melalui laman tersebut.

Dengan ini, ianya mungkin akan digunakan oleh Google untuk menyertakan data-data berkaitan Zagat pada pelbagai laman-laman dan perkhidmatan milik mereka, berkemungkinan besar termasuk juga dengan menyertakannya pada Google Maps, Google Places dan juga Google Offers.

Selain daripada itu, Google turut mendapat tenaga kerja Zagat, yang mana mempunyai kepakaran mereka tersendiri dalam mendapatkan maklumbalas daripada pengguna, termasuk menjalankan bancian dan sebagainya.

Harga pembelian Zagat oleh Google tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.


Muat-Turun Fail Dari GMail Kini Lebih Mudah
Chrome 13 Beta Membawakan Instant Pages Dan Print Preview
Chrome 17 Membawakan Kemaskini Omnibox Dan Penambah-Baikkan Sekuriti
Paparan Antaramuka Awal Perkhidmatan Google Drive Mula Kelihatan
Google Drive Bakal Dilancarkan Seawal Hari Ini (Atau Esok)?

3 Komen

  1. Gorgon pada 09 Sep 2011

    hebat2… lepas ni satay kajang, ikan bakar sekinchan pun Google akan take over!

  2. abdjabbar pada 09 Sep 2011

    Wah! Makin mudah dan bagus dengan penambahan sebegini untuk Google Maps.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader