06Sep

HackWeekday Bakal Diadakan Pada 12 Oktober – Pendaftaran Dibuka Sekarang

Lain-lain, Sekuriti

Setelah kejayaan HackWeekend yang diadakan sebelum ini, kini sebuah lagi aktiviti seumpamanya bakal diadakan untuk 24 jam secara berterusan, dipanggil HackWeekday, pada 12 Oktober akan datang ini. Acara tersebut juga turut sama bakal dijalankan bersama-sama dengan acara terkemuka tahunan, HITB Security Conference di InterContinental Kuala Lumpur.

Sama seperti pada HackWeekend, HackWeekday ini juga dibuka secara percuma, namun ianya mempunyai tempat dan penyertaan yang amat terhad, dimana seramai 75 pembangun dijangka akan menyertai aktiviti berterusan selama 24 jam itu.

Salah satu agenda utama pada hari tersebut adalah mempromosikan pengaturcaraan dan juga sekuriti sesuatu perkara, dimana pada hari tersebut, para pembangun tempatan dan juga dari negara jiran yang lain dijangka akan menyertai untuk menambah baik beberapa add-on Firefox dan beberapa aplikasi yang lain.

Para pengguna dan pembangun yang berminat, boleh menyertai acara ini, dengan mula mendaftarkan diri hari ini melalui halaman rasmi mereka secara percuma.


Dell Malaysia Bakal Menjenamakan Semula Halaman Facebook Mereka
Mission Impossible : Ghost Protocol Dan Teknologi Yang Bakal Popular
#Info : Mari Kenali Akan Fail Format Matroska Video
Pemenang Anugerah PC.COM 2011 Diumumkan - Samsung Dan Canon Menang Besar
UTHM Ingin Membolehkan Anda Menghantar Mesej Tersembunyi Dalam Gambar

10 Komen

  1. mancai pada 06 Sep 2011

    menarik ni…

  2. EddyGeek pada 06 Sep 2011

    leceh betul xda aktiviti camni dekat penang. ke aku je xtahu. hehe

  3. wildan pada 06 Sep 2011

    dibukan?

    • Aman pada 06 Sep 2011

      hoho. thanks. dah dibetulkan. :D

  4. Faiz pada 06 Sep 2011

    ak kt penang.. xde..

  5. nizamghazi pada 06 Sep 2011

    Nak register

  6. Ali ridha pada 06 Sep 2011

    minat cerita pasal godam.

  7. anazhd pada 06 Sep 2011

    rempah cap ajul keluaran shime production wajib datang. ;D

  8. Fairuz Sulaiman pada 07 Sep 2011

    Percuma atau berbayar? Confius aku

  9. Firdaus pada 09 Sep 2011

    Founder Kawanster pun hadir ;)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader