Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah mengeluarkan data mengenai laman perkongsian fail dan torrent yang diminati ramai sebelum ini, kini pihak TorrentFreak telah pun mengeluarkan data berkenaan perisian dan aplikasi Torrent yang paling banyak digunakan, dan seperti mana yang semua jangkakan, ianya diungguli oleh uTorrent, dengan penggunaan sebanyak 47.97%, iaitu menghampiri angka 50% daripada pegangan pasaran aplikasi Torrent.

Di tempat kedua adalah Vuze yang mana merupakan aplikasi torrent yang menyokong ketiga-tiga platform, iaitu Windows, Mac dan juga Linux. Selain daripada itu, antara aplikasi lain yang turut digunakan dengan banyak adalah termasuk BitTorrent Mainline, Transmission, Libtorrent, dan juga BitComet.
Baru-baru ini juga, uTorrent telah pun melepasi angka pengguna 100 juta pengguna, yang mana sekaligus merupakan aplikasi torrent nombor satu dunia buat masa ini. Pada masa yang sama, ianya juga diperkatakan yang mana uTorrent turut sama akan melancarkan aplikasi berbayar mereka tidak lama lagi.
Jadi, bagi anda pula, apakah aplikasi Torrent kegemaran anda?
21 Komen
Tinggalkan Komen Anda
haha deluge bittorrent takde lak?
Small percentage, maybe termasuk dlm other. Aku guna gak deluge kat Ubuntu Natty
huuu sedih aku sebab tergolong dalam “Other”..
x best la gune torrent.. da donlod movie gune utorrent.. tapi hasil nye hampeh
xtau guna
sebab kau tak reti guna
beb, 5 tahun aku pkai utorrent. hasil gred A++. ko mmg x reti guna & cari fail yg bgus.
nak wat cmne aku mmg x reti nak cari fail yg bgs.. ko wat tutorial bg aku cari fail2 yg bgs bleh..
hahaha
uTorrent kena replace dgn malware kan hari tu?
uTorrent mmg sng dan ringan. tp disebabkan pakai wireless broadband ni, rs kedekut sket bandwith tu. huhu
gune uTorrent juga.
torrent senang guna….;)
torrent best guna kalau pakai fixed broadband.. kalo wireless takut terlebih usage je
+1
utorrent nie bgs jgk.. ringan jer.
selalu gune bitcomet sbb lagi laju bile daftar…
utorrent top sebab banyak private tracker support
dulu memang guna utorrent, then beralih kepada bittorent..
tapi sekarang ni guna torrific je, cuba cara lain lak.. mungkin sikit lagi kembali kepada utorrent/bittorent pulak..
dah pernah cuba vuze.. tapi macam tak ngam pulak, entah, tak pandai sangat nak pakai, ape je lah. so, setakat ni, torrific macam okay.. even service dah macam menurun user-friendly dia..
Dulu AI memang giler download pakai utorrent. Sekarang ni dah jarang download dah.
Tapi best pakai utorrent ni, kalau pandai cari mesti dapat fail yg ok. Selalu download movie la.
suatu ketika dahulu aku rajin guna utorrent.
dari dlu smpai skank mmg gune utorent jew..tu pom kdg2 jela..selalu direct dload jew..haha