20Sep

HTC Rhyme Dilancarkan – Memfokuskan Pengguna Wanita

Gajet

Dengan pelbagai jenis peranti Android yang dikeluarkan oleh HTC, kini hari ini, mereka memperkenalkan salah satu peranti baru, yang mana memfokuskan kepada pengguna wanita, dikenali sebagai HTC Rhyme. Menariknya mengenai HTC Rhyme adalah selain daripada menggunakan Android, ianya turut didatangkan dengan antaramuka HTC Sense baru yang dinantikan ramai.

HTC Rhyme membawakan skrin sentuh seluas 3.7-inci, cip pemprosesan 1GHz, RAM768MB, kamera belakang 5-megapixel, dan juga kamera hadapan VGA. HTC Rhyme juga turut didatangkan bersama-sama dengan aksesori tambahan, menjadikannya lebih menarik, seperti sebuah dock khas dan juga headset yang dikhaskan untuknya.

Walaupun ianya ditumpukan kepada pengguna wanita, kami merasakan yang mana ianya masih lagi turut sama sesuai untuk para pengguna lelaki. HTC Rhyme dijangka akan mula dijual bermula penghujung bulan ini, dan mungkin kita akan dapat melihatnya di Malaysia sekitar Oktober kelak.


iPhone 4G Membawakan Kamera 5 Megapixel
Nexus One Yang Pertama Akan Menerima Android 2.3?
Nokia Memperkenalkan E7 Di Malaysia
Kemaskini PR1.1 Pada Nokia N9 Membawakan Pelbagai Perubahan Menarik
Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy Note Bersaiz 10.1-inci?

8 Komen

  1. paeh pada 21 Sep 2011

    warna dia menarik!!!

  2. Izzat Aziz pada 21 Sep 2011

    perempuan ke tak.. laki pun minat ni..haha

  3. ainun pada 21 Sep 2011

    wah…purple..colour cun

  4. Mashi pada 21 Sep 2011

    Nasib baik bukan kaler pink.hehehe.
    so boy pon leh pakai

  5. qimax pada 21 Sep 2011

    cooool!!!
    lain daripada yg lain

  6. matjoe pada 21 Sep 2011

    htc namakan kaler ni ‘plum’

  7. satuduatiga pada 21 Sep 2011

    Agak2 expected price berape ye??? sbb telefon HTC mmg mahal2 belaka…

  8. zerous pada 22 Sep 2011

    menarik sungguh lebih2 lagi dgn htc sense yg baru…gempak


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader