Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kini, mula diperkatakan bahawa HTC iaitu salah satu pengeluar utama peranti Android dari Taiwan dalam proses untuk mencari alternatif untuk Android dan dalam perbincangan untuk membeli sebuah sistem operasi mudah alih. Namun begitu, ianya masih lagi tidak diketahui apakah yang mereka ingin beli ataupun akan digunakan oleh mereka.
Walaubagaimanapun, perkembangan ini masih dalam perbincangan awal, dan tidak diketahui lagi adakah ianya akan terjadi ataupun tidak. Seperti sedia maklum, buat masa ini, hanya webOS sahaja yang dikatakan untuk dijual, dan mungkinkah HTC akan memilih webOS? Selain daripada itu, alternatif lain sekiranya perkara ini benar adalah dimana HTC boleh menyokong pembangunan MeeGo, ataupun mulakan pembangunan mereka sendiri, berdasarkan daripada kod Android sedia ada.
Perkara mengenai alternatif Android kini sedang hangat diperkatakan, sejak daripada Google mengambil-alih Motorola sebelum ini. Samsung seperti sedia maklum, telah mempunyai sistem operasi mereka sendiri, iaitu BadaOS, dan Nokia yang sedia mempunyai Symbian serta mempunyai perjanjian dengan Microsoft untuk Windows Phone.
Jadi, mungkinkah HTC akan mengambil-alih webOS?
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Mungkin WebOS, sebab dulu pun HTC antara company yg berprospek mengampil Palm sebelum ia terjual ke HP (yg kemudiannya agak kurang sukses di HP).
Seriously, WebOS sangat interesting. Multitasking yg sangat cun smpaikan ditiru oleh BB Playbook. Cuma ia kurang bernasib baik.
Tapi mungkin juga HTC hanya membuat “fork” berasaskan Android, seperti apa yg Lenovo (OPhone) dan beberapa syarikat lain di China sdg buat (AliyunOS, Meizu, dsb).
jgn !! hohoh.. HTC da gah dgn android..
Tak semestinya HTC akan drop bila dia employ OS lain. In fact mula2 dulu HTC (DOPOD) lebih awal gah dengan devices berasaskan Windows Mobile. Jadi tak ada pun masalah bila shift OS.
Lagipun sekarang ni HTC dah pening kena bayar royalti fee kepada Microsoft di atas infringing patents di atas Android, dan in fact dah mula membayar pun sejak pengumuman pada April 2010 (sekaligus menidakkan mitos yg Android itu free).
Jadi kalau guna Android pun kene bayar, baik je amek mana2 company yg buat OS dan develop OS in-house. It’s no brainer. Lagipun HTC sekarang masih dalam mood membeli kompeni2.
android lah best
HTC sedang merancang masa depan..
android terrrrrrbaek~
mungkin guna android sbg based,