Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana Huawei MediaPad bakal dilancarkan di Malaysia pada pertengahan Oktober ini, dimana merupakan salah satu negara paling awal menerimanya. Dan kini, ia dilaporkan yang mana tablet bersaiz 7-inci daripada Huawei ini bakal dijual pada harga RM1399 di Malaysia.
Melalui MediaPad, Huawei menawarkan tablet bersaiz 7-inci pertama yang menggunakan sistem operasi Android 3.2, didatangkan dengan cip dwi-teras 1.2GHz, kamera hadapan 1.3 megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel dengan sokongan rakaman HD.
Selain daripada MediaPad, Huawei juga bakal melancarkan telefon pintar mereka, Huawei Vission di Malaysia tidak lama lagi, dan bakal dijual pada harga RM1199. Huawei Vision merupakan telefon pintar dengan skrin sentuh 3.7-inci, cip 1Ghz Qualcomm, kamera 5-megapixel dibelakang dan kamera VGA dihadapan, serta menggunakan sistem operasi Android Gingerbread padanya.
Buat masa ini, tarikh jualan pasti untuk kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui, tetapi dijangka akan dijual pada pertengahan Oktober ini.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
xde la mahal sgt kalau nk compare dengn ipad…
not bad..emm kalo byk developer support huawei buat byk custom rom mmg aku beli dah huhu
pakai huawei mediapad, pastu cucuk modem Broadband huawei utk celcom kt mediapad tu. lengkap..
ni dah bagus, skrin 7 inci tu yg buat menarik minat. lain dr yg lain,
harga tidak mahal kerana quality berbeza…
tapi not bad… but for long term tidak utk miliki..
huawei brand china yg diyakini.. aku guna modem dia da 5 tahun tahan lagi.. xD
bila phone Casio Commander ( Android ) nak datang Malaysia.
nampak cam best je..
Harga boleh tahan. tp x berminat. nak ipad. hehe.
Terbaikkk la .
agak murah nie..terbaik..!!
3.7 ea ,cam kecik tapi padan dgn harga la
ada USB port ke? lagi bes tu..
mcm best jer
boleh phone call ke mediapad nie?
salam, nak tanya. mediapad boleh buat phone call ke? please, i need to know…
Boleh download app dia, lepas tue boleh buat call. Kalau dari beli, terus takleh wat call.