Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Semua yang mengikuti perkembangan Android, semestinya ternanti-nanti akan pelancaran kemaskini dan sistem operasi generasi baru mereka, Ice Cream Sandwich. Kini, Eric Schmidt, iaitu bekas CEO Google, telah pun memaklumkan yang mana Ice Cream Sandwich bakal dilancarkan pada bulan Oktober atau November akan datang ini.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui secara penuhnya apakah fungsi-fungsi baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengannya. Salah satu perkara yang dikatakan adalah dimana Google akan menyatukan sistem operasi tablet dan juga telefon pintar mereka menjadi satu pada Ice Cream Sandwich kelak.
Selain daripada itu, bersama-sama dengan pelancaran Ice Cream Sandwich, Google juga seperti biasa dijangka akan memperkenalkan peranti baru mereka. Salah satu peranti baru yang dijangka akan diperkenalkan adalah Nexus Prime daripada Samsung, yang akan menggunakan Android Ice Cream Sandwich ini.
Sama-sama kita nantikan perkembangannya.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wow! xsabar..
sabar…
Ice Cream Sandwith ni applikasi apa ek?? Aku memang lamh bab2 ni
Cayalah! Caiyok!
harap2 company telefon skarang bagi official update untuk telefon sedia ada.. dari Gingerbread to ICS..
tapi kalau dari Froyo boleh ke nak update ke gingerbread atau icecream ni?
maknanye Nexus Prime & Ice Cream Sandwich yg bakal kuar ni lg hebat dr Galaxy S2 la ek?
Pengguna tegar Android memang tak sabar menunggu ni.
x sabar..~