21Sep

Instagram 2.0 Dilancarkan – Membawakan Pelbagai Pembaharuan

Google

Hari ini, Instagram, iaitu salah satu aplikasi yang membolehkan para pengguna menambah efek sebelum berkongsi dengan rakan-rakan lain telah pun mengemaskini aplikasi mereka kepada versi 2.0, membawakan beberapa penambahan baru. Namun begitu, seperti sebelumnya, ianya masih lagi dikhaskan untuk para pengguna iOS sahaja buat masa ini.

Melalui Instagram 2.0, ia kini berooperasi dan berfungsi lebih pantas, membolehkan anda melihat dunia nyata dengan efek terlebih dahulu sebelum merakamkannya dalam bentuk gambar. Selain daripada itu, Instagram 2.0 turut sama membawakan 4 efek yang serba baru, membolehkan anda merakamkan gambar anda dengan lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini.

Selain itu, kini para pengguna Instagram turut sama boleh mematikan fungsi border pada aplikasi tersebut, serta merakamkan gambar pada resolusi yang lebih tinggi lagi berbanding sebelumnya.

Bagi para pengguna peranti iOS, anda boleh memuat-turun atau mengemaskini aplikasi Instagram anda kepada versi 2.0, dan mula menikmati pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya ini.


Google Memperkenalkan Tema Untuk GMail
Google Translate Kini Lebih Interaktif
Google Mula Memperkenalkan Antaramuka Dashboard Blogger Yang Baru
Google TV Akan Mendapat Kemaskini Android 3.1 Dan Akses Android Market
Pelajari Pelbagai Tips Berkaitan Google Analytics Melalui Seminar Percuma Oleh Google Malaysia

4 Komen

  1. Alan pada 21 Sep 2011

    Untung lah ada iphone

    :D

  2. IzhamHasan pada 21 Sep 2011

    Instagram 2.0? agak² ada harapan kena ban tak Malaysia,sebab ade unsur² politik? :p

  3. Nisa pada 22 Sep 2011

    Dah download!Memang syok guna Instagram ni..gambar tak lawa pun jadi cun..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader