14Sep

Internet Explorer 10 Platform Preview 3 Diperkenalkan

Microsoft

Selain pelancaran Windows 8 Dev-Preview, kini Microsoft turut sama telah mengeluarkan kemaskini pembangunan untuk pelayar web popular mereka, iaitu Internet Explorer. Bagi para pembangun yang berminat, anda boleh memuat-turun Internet Explorer 10 Platform Preview 3 hari ini, yang mana membawakan lebih banyak sokongan teknologi HTML5 padanya.

Seperti sedia maklum, melalui Windows 8, ianya menggunakan enjin pelayar web dalam menjana penggunaan antaramuka Metro serta IE10, dan melalui Platform Preview 3 ini, ianya lebih mesra skrin-sentuh, serta turut membawakan sokongan yang lebih baik untuk aplikasi luar-talian, sokongan HTML5 dan juga CSS3. Dan dengan pengoptimasian untuk skrin sentuh, IE10 turut mengintegrasikan sokongan AutoCorrect padanya.

Para pembangun yang berminat, boleh memuat-turun Internet Explorer 10 Platform Preview 3 hari ini, sebelum ianya dilancarkan kepada umum dalam masa beberapa bulan lagi, berkemungkinan sekitar Mac 2012 kelak.


Microsoft Mengemaskini 100 TB Data Pada Virtual Earth
Fungsi Wolfram Alpha Kini Pada Enjin Carian Bing
Microsoft dan HP Akan Memperkenalkan Courier Hari Ini?
Internet Explorer 9 Beta Pada 15 September
Yahoo! Axis - Melayari Web Dengan Lebih Menarik Pada iPhone, iPad Dan Desktop

2 Komen

  1. yapompiow pada 14 Sep 2011

    menarik jgk IE skrg nie..

  2. amirzaim pada 14 Sep 2011

    Aku pun pakai IE10. Time tu memang semput…nak taip pun payah…tapi sebelum tu ada IE pakai metro ui, tapi apasal aku bukak IE 10, dia bukak cam versi classic desktop, bukannya jenis metro?..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader