27Sep

iPhone 5 Bakal Membawakan Cip A5, 1GB RAM Dan Kamera 8-Megapixel?

Apple

Setelah ia diperkatakan yang mana Apple bakal melancarkan iPhone 5 pada 4 Oktober kelak, kini ura-ura dan laporan berkaitan dengan spesifikasi yang bakal dibawakan oleh telefon pintar generasi baru daripada Apple itu mula kelihatan. Selain daripada cip pemprosesan A5, kini ia turut dilaporkan yang mana iPhone 5 bakal membawakan 1GB RAM bersama-sama dengannya.

Ia diperkatakan penggunaan memori yang tinggi diperlukan untuk mengendalikan beberapa perkara baru pada iPhone 5 kelak, dan salah satunya merupakan fungsi Assistant, yang mana membolehkan anda memberikan arahan suara kepada peranti iPhone anda. Fungsi Assistant ini merupakan aplikasi yang bakal diperkenalkan bersama iOS 5, hasil daripada pembelian Siri sebelum ini.

Fungsi Assistant ini juga kelak akan membolehkan anda mengawal pelbagai perkara pada telefon pintar dengan mudah dengan hanya menggunakan suara sahaja. Dan berkemungkinan memandangkan ia memerlukan memori yang tinggi, iPhone sedia ada mungkin tidak akan dapat menggunakan fungsi tersebut. Namun perkara ini masih tidak disahkan buat masa ini.

Selain daripada itu, iPhone 5 turut dilaporkan akan membawakan kamera 8-megapixel bersama-sama dengan sokongan rakaman resolusi tinggi. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah iPhone 5 bakal hadir ke Malaysia, namun menurut Maxis, ia akan dibawa masuk secepat mungkin selepas pelancarannya tidak lama lagi.


Apple Bakal Memperkenalkan iPhone Mini Yang Murah?
Yes Life Untuk iOS Bakal Dilancarkan Pada 12 Mei
iPad Kini Menjana Sebanyak 1% Daripada Trafik Global Ke Internet
Kemaskini iPad 2 Pada Mac 2012, iPad 3 Pada Suku-Ketiga Tahun 2012?
Nestle Malaysia Menawarkan Aplikasi Resipi Masakan Untuk iOS

21 Komen

  1. zahierzulkafli pada 27 Sep 2011

    1Gb Ram? whoaa

  2. ayap pada 27 Sep 2011

    oh hornynya

  3. najashark pada 27 Sep 2011

    A5 + 1GB + 8 MP…this should be purrfect!

  4. john pada 27 Sep 2011

    Ape yg pelik dgn ram 1gb? android base smartphone dah belambak pkai 1gb ram.. huahuahua. 8mp camera?? Pun dah blambak.. huahuahua.. Jgn apple claim revolutionery sudah.. haha

    • jimmy pada 27 Sep 2011

      sgt berstuju dgn knyataan anda…

    • kikoz pada 27 Sep 2011

      memory slot yg pnting..xde memori slot, perfect kebendenyer..
      -rakaman resolusi tinggi, dgn 16 gb berapa jam bley rakam video HD ??
      kalau berani ambilah yg 32GB/64GB..baru aku tabik spring

    • lempanglempeng pada 27 Sep 2011

      iPhone is overpriced.. spec biasa aje tp harga mahal gile babas..

  5. budakudm pada 27 Sep 2011

    biasa aja…tak heran pun

  6. amirul pada 27 Sep 2011

    terbaiklah iphone

  7. Mie pada 27 Sep 2011

    tak sabar nak upgrade ke IOS 5.

  8. faiz azlan pada 27 Sep 2011

    perghh.. terbaik lah

  9. topo pada 27 Sep 2011

    perghhh melelh la air liur aman.. ko kan da jadi fanboy apple skrg ni hohoho

  10. nur pada 27 Sep 2011

    ade yg beli cuma nk tunjuk dia tu kaya.. naifnya….

  11. adam ahmad pada 27 Sep 2011

    harap ip5 lg gempak

  12. satuduatiga pada 27 Sep 2011

    Spec yang menarik tp sesetengah features mcm voice command mmg dah lama wujud kat hanset…cuma apple marketing strategi sahaja buat benda tu nampak baru dan jgn plak claim dia punya..

  13. paeh pada 27 Sep 2011

    memang korang nampak spec 1gb 8mp tu biasa. tapi processor dia….?

    • john pada 27 Sep 2011

      Dual core proc? Biase je spec dual core dlm smartphone skrang.. so proc dual cre adalah biasa.. :D

      • john pada 28 Sep 2011

        ko tgk la resolution Xoom lg besar dr ipad2.. Cuba kalo ipad2 resolution sama besar dgn xoom, performance cheap tu lebih kurang sama ja. tu pasal dlm benchmark dier letak resolution skali nak kasi kita full detail performance chip. :D

  14. amer pada 27 Sep 2011

    brape harge?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader