Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Artikel khas ini ditulis khas oleh Asri al-Baker, yang mana merupakan salah seorang pembangun aplikasi mudah-alih tempatan, selain mana turut sama mempunyai blog beliau sendiri iaitu Symbianku dan juga i-Symbian. Para pengguna boleh turut sama mengikuti beliau melalui Twitter di @asrialbaker. Ini merupakan bahagian pertama daripada artikel yang bakal dibahagikan kepada tiga bahagian.
Dewasa ini, agak sukar untuk tidak mengendahkan berita mengenai Nokia, gergasi telekomunikasi Finland yang sekarang dianggap sedang tenat. Ada sahaja berita negatif yang berlegar-legar mengenai Nokia. Persoalannya sekarang. Benarkah?

Semenjak kemunculan iPhone generasi pertama pada tahun 2007, yang kini terus memberi cabaran hebat kepada semua syarikat telekomunikasi tersohor dunia seperti Blackberry (yang kini masih lagi belum berani memberikan tentangan terus) serta Palm (yang telah pun menjadi sejarah, dibeli oleh HP), serta kehadiran si robot hijau Android yang terus mendominasi pasaran, antara pihak yang paling teruk menerima kesannya, ialah Nokia.
Nokia merupakan peneraju terunggul dalam dunia telefon pintar. Kehebatan Nokia agak payah untuk digoncang. Statistik pernah menunjukkan bahawa pada suku kedua tahun 2010, Nokia pernah menjual sehingga 300,000 unit telefon pintar Symbian setiap hari. Ini adalah satu jumlah yang besar untuk sebuah syarikat telefon.
Walaupun Nokia mencuba untuk merampas takhta peneraju telefon pintar kembali, setakat ini, cubaan yang dilakukan belum benar-benar berjaya. Ditambah pula dengan masalah dalaman Nokia sendiri yang merasa terlalu selesa dengan kedudukannya. Ini memburukkan lagi keadaan.
Semenjak tahun 2007, salah satu respon ataupun tindakbalas Nokia terhadap iPhone ialah Nokia N97 yang menjadi bahan gelak ketawa kerana ketidakstabilan dan ketidakmatangan sistem operasinya ketika dijual kepada umum. Nokia benar-benar terpukul dengan reaksi pengguna yang begitu vokal dan ramai yang terus meninggalkan Nokia, untuk beralih menggunakan jenama lain.
Kemudian, menyedari akan potensi membangunkan sistem operasi secara sumber terbuka, Nokia membeli kesemua saham dalam Symbian Ltd dengan harga hampir 500 juta Euro, membubarkan syarikat tersebut, dan menubuhkan Yayasan Symbian ataupun Symbian Foundation.

Symbian^3 – Satu-satunya produk yang sempat disiapkan oleh Yayasan Symbian
Walaubagaimanapun, usaha ini menemui jalan buntu apabila rakan-rakan strategik utama yang selama ini menyokong Symbian, iaitu Samsung dan Sony Ericsson, meninggalkan Yayasan Symbian untuk memberikan sepenuh perhatian kepada Android. Yayasan Symbian hanya wujud untuk dua tahun sahaja dari tahun 2008 hingga 2010. Dalam tempoh tersebut, Symbian^3 sempat disiapkan dan telah melakar sejarahnya yang tersendiri.
Awal 2011, Nokia mengumumkan bahawa mereka akan mengambilalih sistem operasi Symbian untuk terus dibangunkan dibawah kerjasama dengan Accenture Ltd. Sebuah konglomerat perisian tersohor dunia yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam menguruskan projek besar yang melibatkan pembangunan perisian.
“Tahukah anda? Ramai jurutera perisian Symbian yang berbakat dan berpengalaman, yang kini bekerja di Accenture. Mereka ini ada yang dahulunya merupakan pekerja-pekerja di syarikat Symbian Ltd. Antara nama besar dunia Symbian yang kini berada di Accenture ialah Encik David Wood. Beliau adalah antara arkitek sistem operasi Symbian antara yang terawal semenjak berada di Psion lagi.”
Ramai yang begitu emosi dan marah, terutamanya pengguna-pengguna tegar Symbian. Tidak kurang yang bertepuk tangan melahirkan rasa gembira kerana nampak gayanya, Symbian akan berkubur tanpa nisan tidak lama lagi. Benarkah?

Unjuran jualan unit telefon pintar oleh pengeluar utama pada suku kedua tahun 2011. Nokia masih lagi
di tempat teratas. Sumber oleh Gartner.
Kehadiran Stephen Elop pada penghujung tahun 2010, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Nokia yang baru, menggantikan Oli Pekka Kallasvuo, sedikit sebanyak telah mendatangkan perasaan cemas kepada para peminat dan pengguna Nokia diseluruh dunia. Ini kerana, beliau merupakan orang kuat Microsoft sebelum itu.
Pelbagai khabar angin liar telah timbul seperti : Microsoft akan membeli Nokia, Microsoft akan mengambilalih semua bisnes Nokia berkaitan telekomunikasi, Stephen Elop adalah “Kuda Trojan” dan macam-macam lagi. Benarkah Stephen Elop memiliki sentuhan magis untuk membawa Nokia kembali ke puncak?
Ikuti kupasan seterusnya dalam siri yang akan datang mengenai jatuh bangunnya Nokia di dalam industri telekomunikasi… Akan bangkitkah Nokia?
Artikel khas ini ditulis khas oleh Asri al-Baker, yang mana merupakan salah seorang pembangun aplikasi mudah-alih tempatan, selain mana turut sama mempunyai blog beliau sendiri iaitu Symbianku dan juga i-Symbian. Para pengguna boleh turut sama mengikuti beliau melalui Twitter di @asrialbaker. Ini merupakan bahagian pertama daripada artikel yang bakal dibahagikan kepada tiga bahagian.
127 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
I am imagning Facebook is buying Palm device, together they would produce Facepalm.. ok lah ok lah not funy..
this is win…
Asri…… good job
i am a nokia fan despite using an adroid as my primary TABLET. I want NOKIA to survive coz they re a GOOD company who cares about customers OUTSIDE of EU and AMERICA
customer support for us ASIANS is superb on NOKIA. They care about their customers
Apple? Do they give a shit? ITUNES cant even be accessed here
I dunno why people hate NOKIA when they care more about non WHITE PEOPLE customers than othe companies
Shame about WP7 though. I hope nokia will collab with MS and make WP7 support us ASIANS. So far I dont like my WP7 Mango
“NOKIA a GOOD company who cares about customers OUTSIDE of EU and AMERICA”
+1
Bro,
Thanks. Coming from you, I take it as a compliment
Nokia bukan membuta-babi buat perjanjian dengan MS. Ada penjelasan panjang lebar. Tunggu artikel aku seterusnya ok
What you said is true bro. Nobody else is taking care of markets outside U.S of A like Nokia does.
Antara butiran perjanjian Nokia dengan MS ialah MS kena develop WP masa depan dengan customisation gilababi untuk Nokia. And also to bring the price down. But this wont happen overnight. Mark my words…
@asrialbaker
nice la korang semua… mantap2!
Setuju.
Antara sebab telefon Nokia kekal sampai sekarang kerana faktornya yang mesra pengguna . Setiap keluaran model berfokus kepada keperluan pengguna. Contohnya siri 1000 untuk kegunaan asas seperti telefon dan sms, siri X untuk hiburan dan muzik serta siri E untuk ahli perniagaan.
Malangnya, ada yang terpedaya untuk membeli setiap keluaran terkini Nokia yang menawarkan ciri-ciri yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Beli-tukar-beli-tukar tanpa usul periksa Nokia siri apakah yang sesuai dengan keperluan sendiri sehingga kecewa. Kemudian salahkan Nokia keluarkan terlalu banyak model telefon sehingga rambang mata. Walhal mahu semua fungsi ada dalam satu telefon sahaja. Siapakah yang bodoh dalam hal ini?
hehehe… gane plak ngan motorola? since google dah beli… ada peluang x diorg kembali garang?
motorola masih power. tapi motorola sekarang lebih kepada pembangunan telekomunikasi tahap tinggi. seperti satelite phone.
Salah…
Teknologi satelit phone tu antara penyebab Motorola bankrap.
Motorola lebih teruk keadaannya dan tinggal nyawa-nyawa ikan.
Ingat ye, Google cuma beli separuh dari Motorola iaitu bahagian Mobile Phone. Separuh Motorola lagi masih beroperasi macam biasa.
@asrialbaker
motorola sekarang lebih kepada pembangunan telekomunikasi tahap tinggi? LOL!
nokia gadget teragung ketika zaman aku dulu
aah.. 2 kali guna nokia… last2 tukar sony ericsson dan terbaru ni guna samsung galaxy s plus
Nolia menjadi HP idaman masa sekolah dan diploma dulu. Daun la , jamban la pastu 3g la. Tapi sayang mereka kalah hanya pada OS Symbian yang rasanya sgt mudah hang dan lack of 3rd party apps.
+1
cool
nokia n73 adalah flagship mokia satu masa dulu. sekarang buat baling dalam sunagi je
haha……. xbaik gitu…
Aku pengguna N73..Tak baik cakap camtu..
N73 adalah siri N (Entertainment) terbaik! Die punye speaker ade tweeter
Cis..ciss..cisss..bunyi dieee. Hehehe..beli set baru mase tu RM1500 tu.Masih simpan
sebagai koleksi n kenangan.
Aik!
Ngko pun ada kat sini ke? Sekian lama menghilang. Kemanakah gerangan?
Selamat Hari Raya!
@asrialbaker
Selamat hari raya jgk utk Tuan Asri,
Hehehe…skrg lebih suke jd silent reader. Nak komen lebih-
lebih,ilmu x cukup lg.
Menyampah dgn komen2 terutama yg kate Symbian
ni xde bnyk software free n 3rd party apps,susah nak
sign cert bagai. Klu dah malas nak cari ilmu teknologi,rasa
payah nak try n error, xde mase nak bongkar forum2 teknologi
berbahasa Inggeris – maka x payah la pki smartphone.
P/S – dulu penah dgn sengaja masukkan virus Commwarrior dlm
Nokia 6260.Saje2 nak tngk simptom2 dan cara virus tu bertindak.
paliation banak yg kena baya la nokia =.=
rindu enset tiga tiga sekupang….
Titik kesilapan Nokia adalah tak join kerjasama besar antara pengeluaran handset untuk bina OS berasaskan sistem terbuka (open source) untuk handset (masa tue tak tau pun namanya android) padahal ketika tue dah mula gelombang open source serta potensinya. Kalo Nokia join maybe boleh tengok pilihan sama OS Android, Symbian, Andriod+Symbian, WP pada handset Nokia. Maybe juga skarang aku still guna Nokia bukan HTC….
Anda yang silap. Bukan Nokia. Nokia telah lama sedar akan keistimewaan sumber terbuka.
Nokia lebih lama membangunkan sistem operasi berasaskan sumber terbuka. Jauh lebih lama dari gagasan OHA (Open Handset Alliance – untuk Android) yang diumumkan secara rasmi pada tahun 2007.
Seawal tahun 2004 Nokia telah membangunkan sistem operasi pintar mudah alih sumber terbuka sendiri yang berasaskan Debian Linux, seterusnya dikenali sebagai Maemo. Tahun 2005, peranti Maemo yang pertama telah dijual kepada umum iaitu Nokia 770 Internet Tablet. Sekarang, Maemo telah berevolusi menjadi MeeGo.
Tahukah anda, Android bukan dibangunkan oleh Google pada asalnya, sebuah syarikat kecil bernama Android Inc, yang diketuai oleh Andy Rubin yang membangunkan Android yang asal. Beliau kini menjawat jawatan Timbalan Presiden Kanan, Mobile, di Google.
Bende-bende kalau-malau, sekiranya… tu semua payah kita nak bincang sebab tak jadi…
@asrialbaker
yup.. nokia lagi awal join..
tapi kan nokia terus eksen dan taknak mengalah dgn kehendak pasaran.
seingat aku, nokia ada kes dgn google pada masa lepas. sebab tu diorang pilih windows os banding dgn android.
alisabki: +1
Ewah,
Kalau Nokia buat cara dia sendiri, bukan main gila orang hentam, kutuk, sumpah, seranah dan yang sewaktu dengannya, macamlah Nokia dah paksa semua orang pakai produk dia, kalau tak beli, tembak…
Tapi kalau Apple paksa orang pakai ecosystem dia, paksa orang pakai iTunes, paksa orang pakai AppStore, paksa orang pakai produk-produk dia yang kununnya superior dari orang lain takde korang bising plak kan?
Begitu jugak dengan Android, Google paksa orang pakai segala macam produk dia kat dalam tu, dari Gmail, ke Google Maps ke, Google Contacts, semua bende kena ada hubungkait dengan Google, tak marah pulak korang ye?
Korang rasa lah kan, Android tu betul-betul sumber terbuka ke? Betul ke Android tu dibangunkan dengan bantuan dari kommuniti sumber terbuka seluruh dunia? Ke Google dah balun semua sorang-sorang.
Jangan marah, kita berdiskusi secara ilmiah dengan fakta, bukan dengan auta
@asrialbaker
eh aku bising pe ngan apple. sbb masa beli tak tahu. ni nak jual balik sbb tak tahan. tak user friendly ah. sape nk beli. aku nk beli nokia. senang nk 3g call. hahahahahahaha
alisabki,
Balik rumah, baca sejarah.
Sebelum Nokia mengikat perjanjian dengan MS, Nokia turut menimbangtara untuk bekerjasaa dengan Google bagi mengeluarkan peranti Android sampaikan kat dalam makmal Nokia, dah ada peranti hardware N9 yang menggunakan Android.
Tapi, Google memaksa Nokia untuk menggunakan segala ekosistem Google termasuklah Google Maps. Google tidak mahu memberi peluang langsung kepada Nokia untuk memasukkan ciri-ciri unik ekosistem Nokia. Contohnya, Nokia memiliki Nokia Maps yang sekarang ni memang bagus, untuk menggantikan Google Maps dalam peranti Nokia yang menggunakan Android, tapi Google tak kasik. Itu sekadar satu contoh.
Banyak lagi yang tidak didedahkan berkenaan kerakusan Google ketika Nokia berunding dengan mereka. Dah sejarah pun…
@asrialbaker
kesian awak yg xabes2 nak pertahankan nokia.. hu3
Nokia memang best!!!
nokia TERBAEK!!!
nokia akan doom jugak. lambat atau cepat jer.
Anda seorang yang boleh meramal masa depankah? Ada bola kristal?
Saya tidak boleh meramal masa depan….
Ayat-ayat seperti itu (Nokia is doomed, Nokia nak mampos, dan yang sewaktu dengannya) dah berpuluh-puluh tahun saya dengar…
Nokia masih wujud je…
Banyak kenyatan sinikal dan emosional dibuat pada Nokia, mereka nak sangat tengok Nokia mampus dan hancur. Entah apa dendam mereka pada Nokia, padahal Nokia tak pernah paksa sesiap pun beli produk dia. Kalau kita tak puas ati dengan Nokia yang kita guna, itu bukan salah Nokia tapi salah sendiri kerana beli tanpa menilai keperluan yang kita ingini. Nampak sangat jahil murakab dan tak reti menilai pada mentaliti masyarakat kita. Masih terlalu ikutkan pemikiran barat yang asyik2 nak salahkan produk dan syarikatnya jika pembeliannya tak berbaloi seperti selera kita yang besar tapi ilmu yang terlalu cetek. Maaf jika agak kasar.
+1
btl laa…terbaek!!
Salam, tak sabar nak baca artikel seterusnya. XD
nokia ade identiti dan cara sendiri.
Nokia antara penyumbang terbesar kepada Israel…
nor kiah,
LOL!
Abis tu, Google, Facebook, Internet, komputer, teknologi… seluar jeans etc, yang ko pakai tu takde menyumbang kepada Israel?
Agak-agak laaa nak bagi komen pun…
@asrialbaker
simple… yet pedas!!. terbaekk.
+1
xyah jauh2 kerajaan msia upah APCO ..sumbangan ke Israel gak tu …
naiss
ngah nyawa nyawa ikan. tapi dengan kewujudan os baru tu.. mcm ada peluang je. tgk la nanti cmne.
aku paling suka guna smartphone linux…
Okeylah, dulu memang aku gunakan symbian, s60v3.. 5800.. memang suka sangat-sangat flashing2 firmware ni.. satu yang best adalah boleh buat firmware sendiri with our own flavour.. time tu memang la sangat-sangat mengagung-agungkan symbian.. Tapi one day aku terdengar mengenai Android. Dan aku terdengar juga mengenai n900 yang menggunaakan Maemo.
Kalau dilihat betul-betul, ramai orang yang tak sangka open source os untuk mobile boleh pergi jauh. Jadi mungkin sebab tu la nokia gunakan meego dan maemo betul? Tapi kalau dilihat sendiri pada open source untuk pc, kita nampak Linux ada yang naik macam ubuntu dan ada jugak yang kurang.. yang naik mesti dapat support banyak (dari komuniti linux je la). dan yang turun mesti kurang support.. tapi nampak gayanya maemo sedikit sangat device yang guna sebab mainnya symbian.. but only nokia (dan beberapa jenama lain yang sikit saja) yang menggunakan symbian.. for me, when we are dealing with os, mana yang banyak orang guna, yang itulah akan naik.. sebab tu kita tengok windows lebih depan dari linux.. iphone mungkin naik sebab diorang yang merevolusikan bermacam benda..
Kita juga boleh ibaratkan seperti blog.. kalau blog bahasa inggeris, viewer sangat worldwide.. tapi kalau blog dalam bahasa melayu, reader terhad kepada beberapa juta rakyat malaysia, walaupun contentnya sangat bermanfaat. sekarang saya samakan android adalah seperti blog inggeris dan symbian seperti blog bahasa melayu.. bila orang guna android, ramai yang tahu pasal mod itu, mode ini, custom rom, kernel dan sebagainya. Tapi symbian pun ada macam-macam mod dan custom firmware. Pengguna android yang dulu gunakan symbian pun tak tahu ada benda tu semua pada symbian.. sebab tu lah saya cakap sama seperti blog bm dan blog bi..
Sekarang nokia nak gunakan meego dengan windows phone pulak.. kadang-kadang memang nampak nokia macam tak ada haluan.. kalau kita lihat windows phone pun, ramai yang dah tahu (ada jugak yang kurang tahu) perlukan resources yang sangat banyak. berat, makan battery dan sebagainya.. walaupun tak semua gadget macam tu, tapi that is what others view.
Satu cara saja saya rasa nokia boleh naik, buat dua device dengan os dari symbian, dan juga dari android. sebab ramai yang sukakan nokia sebab memang tahan lasak. tapi ada juga pengguna nokia yang tak sukakan symbian.. terima kasih.. dan maaf sebab buat karangan kat komen ni…
nokia takkan guna android punya sbb microsoft dah melabur byk kat nokia supaya guna wmp7… kecuali nokia+wmp7 terbukti gagal dimasa depan… ada harapan utk linux based os dinokia
sorri silap ejaan… wmp7=wp7
memang dah ada linux based (maemo dengan meego) untuk nokia..
tapi support kurang kalau nak banding dengan android..
nokia n97 adalah gadjet dari nokia terakhir yang aku gunakan sebelum aku bertukar kepada blackberry. sedyh giler beli time tu. bazir je.
go meego! aku nampak open source dengan meego. support kurang mungkin masa ni. akan datang belum tahu.
nokia mmg terbaik dari segi hardware,lasak! sebelum android popular aku mmg mengidam maemo sebab berasaskan linux, tapi biasalah barang baik mestilah mahal.jadi terpaksa memilih peranti berasaskan linux yg lebih murah.
Aku ada simpan n73, phone campak ke sungai ye?
Phone ni harga RM200 tau.
Produk tahun 2006, masih mahal dan orang guna.
Apa special sangat anroid?
Cuba cerita skit?
Skang ada symbian baru bernama MeeGo.
jaga jaga pengguna anroid, nanti lu cium balik punggung Symbian.
apa kejadahnya MeeGo tu symbian?
meego tu linux la..
aku joke je, jangan amik hati lak.
Kekeke
MeeGo, OS masa depan, Nokia saja ja tu buat buat kalah ngan geng geng anroid.
bile tibe masenya, lu siap anroid, patah kaki lu.
nokia + microsoft windows 7= Phoenix Bangkit!
aku nampak gabungan ini akan menarik semula sebilangan besar pengguna Android dan Ios balik ke Nokia.
salah satu kelemahan nokia terbesar ialah touchscreen, nokia tak pandai buat hp touchscreen yg digilai ramai pada masa skrg, sbb asalnya nokia mengeluarkan hp2 dgn butang menu dan dial. n97 salah satu kesilapan besar dan nokia telah meyedari kelemahannya.
nokia jenama pengeluar hp paling reliable, dan microsoft, company yg membawa perisian utk anda, dari zaman kegelapan ms-dos sejak zaman ayah mak kita, telah membolehkan orang biasa dgn average computer skill menggunakan computer dgn berkesan. Kini sesiapa saja boleh guna computer, even a 6 year old dgn perisian windows, yg begitu user friendly.
Siapa akan menggunakan Nokia Windows Phone 7.5 mulai next year?
Aku, mat rempit, minah rewang, mat bangla,minah indon,pakcik-pakcik, makcik-makcik, tok wan-tok wan dan seluruh manusia sejagat dengan average computer skill atau tak de skill lansung. Nokia aim for 70% of the population.
Pengguna android dan orang yg suka tinker dgn gadjet mungkin sekitar 10-15%
Pengguna Iphone ialah mereka yg byk wang tanpa skill computer sekitar 10%-20%
Benar, next year adalah Tahun Nokia. Bahang kebangkitannya boleh dirasai di saat ini.
ades.. sapa cakap orang suka guna windows phone.. der, orang tak suka proprietary software sebab susah nak modified..
Ahmad Fikrizaman,
Bende-bende modified tu orang-orang yang reti buat je. 99% pasaran, orang tak reti nak buat modding ke, hapa ke. Diorang pakai apa yang ada depan mata.
Bila masa pulak orang tak suka proprietary software? Abis tu, apasal iPhone dan suku-
sakatnya yang gilababi punya proprietary tu orang suka pakai?
Blackberry, proprietary jugak. Ramai je orang pakai. Kan?
@asrialbaker
+1 BB. Sbb fungsi.
salah satu telefon yg sy tau dulu menggunakan perisian adalah Nokia, itu pasal dulu ada virus pada symbian org cipta. seterusnya timbul perisian lain seperti iOS,Android. tak mustahil nokia akan naik balik.. dan sekarang banyak peranti nokia yg diperbaiki.. dan nokia juga pelopor telefon murah.. telefon lain termasuk cina ikut jejak nokia.. telefon yg ada lampu torchlight adalah nokia jugak.. baru yg lain ikut-ikut.. so.. nokia terus mencipta alat-alat yg membantu golongan bawahan sehingga elit menggunakan peranti.. dan terus mencipta tablet.
Ramai tak suka nokia guna windows phone 7, kebanyakkan orang yg tak bersetuju nokia join microsoft ialah pengguna linux rata-ratanya, dgn jiwa yg suka modify gadjet mereka, kereta mereka dan sbgnya. Aku ok saje kalau nak modify, main-main dan suka open source cam android dan linux. wbgmanapun ramai pengguna biasa lebih selesa dgn sesuatu yg reliable dan practical dan user-friendly. Tapi pada pandangan aku mirosoft mampu memberi sokongan kepada OS touchsreen windows phone 7.5 mereka sbb kedudukan kewangan mereka serta reputasi microsoft yg sangat baik.
post aman haritu yang pasal pengguna phone malaysia yang guna opera mini.
Sapa pegang ranking?
tajuknya:
Penggunaan Pelayar Web Opera
Mini Oleh Pengguna Malaysia
Memperlihatkan Peningkatan
waiting 4 next entri…^^
wait and see…
entri macam ni aku suka baca, berilmiah dan boleh membuka minda.
sampai komen2 sekali aku baca. fuuuuuuu
waiting for the next 2 articles
sama, dah 2/3 kali aku tengok tajuk ni. nak baca komen yang berapi-api. hehe.
Aku ada nokia c6, samsung galaxy ace, iphone 3gs. Tapi nokia 1100 gak yang aku guna buat kol dgn sms.
best plak citer nih
3310, BEST PHONE EVAAA!!!
xpernah pandang rendah pada nokia.. hoho
Nokia tetap releven sehingga hari ni walaupun serang bertalu-talu dari sony ericsson, samsung, blackberry, iphone dan sama waktu dengannya menyerang…
Aku dah try guna iPhone, WP7 dan android.. semua agak latest.. aku try guna je tak beli pun, aku still guna n78 sebab itu yang aku mampu dan tu dah cukup untuk satisfy aku punya need dari sebiji handphone, ada gps, ada 3g, ada wifi, boleh call, boleh mesej, boleh amik gambar, boleh letak gambar awek, nak apa lagi dari handphone kan?
Tetapi dari segi masa aku duk main-main, aku tetap suka iPhone, sebab dia smooth, klau nak navigate macam xde lagging.. masa aku guna WP7, Android, dan Symbian.. tak tahu lah symbian apa.. tapi semua agak lagging berbanding iOS.. Android aku aspect setaraf dengan iOS tapi lagging gak.. Dari segi tu aku suka iPhone.
Tetapi bab dari segi sejarah, open os, menda-menda tu aku tak tahu, tak ambil tahu.. bagi aku selagi n78 aku ni hidup, selagi tu aku guna.
tapi selagi syarikat making profit.. selagi tu dia akan hidup.. walaupun Q2 Nokia making losses, tapi based pada tahun-tahun lepas.. akhirnya dia buat profit juga.. jadi Nokia.. masih panjang umurnya.. jangan risau ya.
nokia tetap terbaik. Aku x pernah guna phone lain sejak dulu lagi.. Go nokia!
Artikel yang sangat menarik, salam kenal.
Nokia Nokia Nokia…
Yang best:
Hardware tahan, kena gilis keretapi pun masih boleh pakai.
Housing murah, bleh main tukar2 kaler.
Interface sangat user friendly, sesuai untuk mak-ayah & tok-nenek.
Yang x best:
Symbian sangat membosankan, dari dulu sampai sekarang lebih kurang je.
3rd party application banyak kena bayar, pastu nak kena sign pulak.
Touchscreen agak kureng, x precise.
Zul Zul Zul,
Yang best
Betul
Betul
Betul
Yang tak best
Salah
Salah
Salah
Komen
——–
Cuba kasitau, siapa lagi pengeluar telefon yang mengeluarkan peranti yang lasak? Yang nampak eksklusif.
Mintak maaf kepada pengguna Samsung atau HTC atau LG. Kebanyakan peranti smartphone yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ni rasa terlalu plastik. Cuba letak Samsung Galasy S atau Samsung Google Nexus S sebelah Nokia N8 atau Nokia E7. Kualiti binaan Samsung terlalu plastik.
Symbian membosankan? Itu subjektif. Kepada ramai orang, platform lain pun membosankan. Tetapi tidak menghalang orang biasa untuk menggunakannya. Cuba tengok Blackberry. Kalau nak diikutkan, struktur Menu dia amatlah kompleks. Blackberry 5 tahun dulu dengan Blackberry sekarang nampak sama je. Apsal korang tak komplen? Tapi Blackbery orang tetap pakai, semakin ramai orang pakai Blackberry. Kan?
Pasal application. Kalau ada sampai 500 ribu apps kat dalam AppStore pun, tapi kita cuma guna yang percuma, cuma sepuluh yang percuma, apa kejadahnya? Kalau developer apps tak buat duit, macam mana diorang nak develop apps-apps lain? Mentaliti menggunakan barang percuma tu kebanyakannya datang dari pengguna Android (berdasarkan kajian). Dan korang sedar atau tidak, banyak apps percuma dalam Android tu ada iklan?
Nak kena sign? Itulah, siapa suruh pandai sangat menggodam? Kalau beli kan senang. Dengan Ovi Store, kat Malaysia ni (dan banyak negara lain), bolhe bayar pakai bil telefon atau tolak kredit. Takyah pakai kad kredit. Kat dalam Ovi Store pun ada beribu-ribu apps yang percuma. Apsal tak download?
Symbian punya touch screen tak best? Ko test kat telefon Symbian apa? Boleh aku tau? Semenjak Nokia N8 keluar, semua Symbian punya touchscreen phones pakai capacitive screen. Sama macam teknologi yang digunakan dalam iPhone, Android etc. Ko test Symbian zaman Nokia N97 kot… Sekarang Symbian yang guna touchscreen semua dah mantap. Begitu tepat dan precise.
Aku bukan apa, kalau tak suka, tak payah beli, takyah pakai. Yang korang nak turut sama menghentam Nokia apa hal? Apa salah yang Nokia dah buat kat korang? Korang dah khatam study semua bisnes strategi diorang?
Aku bukan sokong Nokia bodoh-bodoh. Ada sebab kenapa aku tulis siri artikel ni. Antaranya, banyak yang kecewa dengan Nokia, tapi lebih banyak yang kecewa disebabkan kejahilan diri sendiri. Dan orang kita, kebanyakannya, suka hentam tanpa usul periksa.
Jangan marah. Kita berdiskusi secara intelligen dengan fakta, bukan dengan auta
@asrialbaker
Ala, jangan la emotional sangat bang.
Tentang sistem menu yg agak kompleks tu, kebanyakan OS lain dah moving forward kepada antaramuka dan options yg lebih simple. Kenapa nak mengkambinghitamkan hanya BB sebagai ulasannya? Anda tak menjawab soalan. Dan harus diingat, baru2 ni Research In Motion itself is under fire dgn internal letter (saudara boleh gelintar sendiri), jadi meletakkan situasi Symbian pada kelas yg sama dgn current BBOS.
Tentang 3rd party application tu, kt Symbian pun wujud gak ad-supported apps. Cuma kebanyakan apps di dlm store tu adalah berbayar. Apa2pun ada yg suka apps berbayar, ada yg suka free beriklan. But personally, aku prefer yg berbayar dalam koleksi apps iOS aku, jadi ia adalah pendapat subjektif.
Tentang touchscreen lak, c’mon la bang. Nokia N8 tu keluar pun baru lagi, Q2 2010. Jadi kita ambil majoriti smartphone Nokia yg masih aktif dalam penggunaan, secara relatifnya ia tersangatlah sedikit. Dan kita ambil antaramuka sesentuh sebagai the whole experience, bukan hardware semata2. Rata2 masih banyak elemen antaramuka yg agak kurang mesra skrin sesentuh.
Tentang kualiti binaan, maaf la saya katakan kebanyakan model flagship Nokia pra-N8 kelihatan mcm mainan. Bermula dengan 5800XM yg mana Nokia cuba mau berlawan dlm pasaran touchscreen 3 tahun lepas. Bilangan phone Nokia yg mempunyai build quality yg bagus agak terhad, cuma sebilangan flagship model je yg nmpk mantap. Dan itu pun baru beberapa bulan punya model, yg mana masih mmpunyai harga yg agak prohibitif.
Pendapat saya, jangan la hostile sangat bang. Orang ada pendapat, abang pun ada pendapat. Dan rules tentang pendapat adalah tak ada siapa yg salah. Cuma jangan terbawa sangat dengan emosi.
Beburung,
1. Alahai… nak cakap pasal Nokia ke nak cakap pasal emosi aku?
2. Blackberry itu adalah sekadar perbandingan dan contoh. Bahawa untuk kekal berdayasaing, sesuatu sistem itu perlu mengalami perubahan. Dan perubahan itu memakan masa. Sebelum yang baru sampai, yang lama masih digunakan dengan meluas. Takkanlah disebabkan aku buat perbandingan menggunakan Blackberry pun ko nak melenting?
Ya. Betul, Blackberry pun sedang mengalami zaman perubahan dan peralihan kearah menggunakan sistem operasi baru berasaskan QNX. Tapi itu kita belum nampak lagi secara meluas di dalam pasaran. Symbian juga sedang beralih menggunakan antaramuka modern bermula dengan Symbian Belle dan belum ada lagi dalam pasaran.
Satu fakta yang tidak boleh dipandang ringan ialah sistem operasi mudahalih pintar seperti Symbian dan Blackberry, perlu mengambilkira berkenaan pengguna yang sedia ada (existing isnstalled user base). Berbeza dengan iOS atau Android atau Bada yang dibangunkan terus tanpa perlu mengambilkira pengguna sedia ada.
3. Macam yang aku cakap, kalau developer tak buat duit, diorang takde motivasi nak buat apps seterusnya. Tak kisahlah duit tu dari sumber iklan ke, pembelian apps ke. Pengguna sepatutnya menyokong dengan membeli. Ya. Memang dalam Ovi Store pun ada perisian yang beriklan. Dalam Apple AppStore pun ada yang ada iklan. So what’s the problem?
4. Realitinya. Smartphone bukan sekadar yang memiliki skrin sentuh sahaja. Nokia memiliki pelbagai produk smartphone yang tidak menggunakan skrin sentuh yang masih banyak beredar dan digunakan dalam pasaran. Dan kenyataan anda “Jadi kita ambil majoriti smartphone Nokia yg masih aktif dalam penggunaan, secara relatifnya ia tersangatlah sedikit” adalah SALAH sama sekali.
Saya ulang sekali lagi – Satu fakta yang tidak boleh dipandang ringan ialah sistem operasi mudahalih pintar seperti Symbian dan Blackberry, perlu mengambilkira berkenaan pengguna sedia ada (existing isnstalled user base). Berbeza dengan iOS atau Android atau Bada yang dibangunkan terus tanpa perlu mengambilkira pengguna sedia ada.
5. Betul. Itu jika dilihat dari perspektif keluarga telefon skrin sentuh. Tetapi apabila anda membuat satu kenyataan umum menyatakan bahawa flagship Nokia pra-N8 seperti mainan, ia SALAH. Banyak flagship Nokia yang tidak menggunakan skrin sentuh yang berkualiti tinggi seperti E71, E52, N82 dan sebagainya.
6. Takkanlah aku nak menulis dengan gaya bersyair ataupun berpantun? Come on lah. Sekarang ni, topik perbincangan adalah Nokia, tidak perlu menyentuh hal emosi sang penulis. Setiap orang penulis memiliki gayanya yang tersendiri.
@asrialbaker
@asri al-baker
“Blackberry itu adalah sekadar perbandingan dan contoh. Bahawa untuk kekal berdayasaing, sesuatu sistem itu perlu mengalami perubahan. Dan perubahan itu memakan masa. Sebelum yang baru sampai, yang lama masih digunakan dengan meluas. Takkanlah disebabkan aku buat perbandingan menggunakan Blackberry pun ko nak melenting?”
Aha…kat situ dah nampak apa yg anda cuba elakkan. Aku bertanya tentang menu terlalu kompleks, yg mencapai tahap tidak perlu. Dan anda hanya menjawab yg BBOS juga mempunyai isu yg sama, kemudian mengatakan aku pula yg melenting.
Anda tidak menjawab soalan. Anda cuma memberi alasan. Dan apa yg aku katakan sebelum ni disokong dengan ulasan aku yg mana keadaan baru2 ni yg mana Research In Motion sendiri under fire dengan perihal surat internal baru2 ini. Obviously, ia menunjukkan yg mana aku bukanlah die hard fans BlackBerry, maka simpanlah tuduhan anda “Takkanlah disebabkan aku buat perbandingan menggunakan Blackberry pun ko nak melenting?”. In contrast, malah aku highlight kan lagi kelemahannya.
Dan apa yg aku maksudkan adalah jika kedua2nya berada dalam keadaan yg sama, kapalnya akan semakin karam. Kita lihat situasi yg mana enterprise market adalah fortress kepada BB, dengan BES dan dan servis emel menjadi forte nya. Tapi dia pun mengakui yg dia lambat introduce QNX-based operating system (yg mana setakat ini hanya ada pada tabletnya), sebagai complete rewrite kepada OS nya. Maka dia mengambil langkah terpaksa mempercepatkan lagi pengenalan OS baru dalam range produk mereka.
Apa yg boleh dilihat pula dalam situasi Nokia adalah walaupun Symbian masih lagi bertahan di dalam pasaran, rata2 jualan tertinggi symbian-based phone mereka adalah dari model midrange ke lower-end. Kita lihat flagship model nya Nokia N8. Pada penghujung 2010, jualannya mencecah 4M. Walaupun angkanya agak impressive, ia agak jauh dari angka Galaxy S yg mana terjual sebanyak 9.3M. Dan di pasaran eropah sendiri (kubu kuat Nokia), merujuk kajian dari Morgan Stanley, nisbah jualan N8 kepada iPhone 4 ialah 1:6. Namun begitu, Symbian masih memegang top spot smartphone pada waktu itu. Apa yg berlaku sebenarnya adalah lebih banyak unit low-end dan mid-range yg terjual. Tetapi bahayanya disini ialah pasaran berharga rendah semakin dihiris oleh Android, sedang pasaran premium range mereka semakin diasimilasi Android dan iOS.
Kisah yg sama dengan Research In Motion, Nokia sedar dan memerlukan alternatif kepada OS sedia ada mereka. Tapi dalam kes ni, mereka ada Maemo. Malang sekali, ekosistem yg ditawarkan Maemo (hint: tiada ekosistem) menyebabkan ia akan mengambil masa yg panjang untuk membolehkannya berada setara dgn OS moden yg lain. Dan ia juga masih belum sedia untuk prime time. Oleh kerana tiada OS untuk mereka fast track, mereka terpaksa menggunakan WP7 seperti yg dikatakan Stephen Elop dalam memo “burning platform” nya.
Stephen Elop ni satu cerita yg lebih menarik. Dulu dia kepala kat Business Division kat Microsoft. Jadi apa yg berlaku sekarang ni boleh dikira sebagai corporate infiltration, yg mana Elop dan beberapa lagi dari MS telah masuk dalam Nokia. Dan hanya beberapa ketika kemudian itu, keseluruhan divisyen Symbian dikeluarkan dari Nokia dan diletakkan di Accenture, sebuah syarikat outsourcing. Dan keseluruhan divisyen Symbian di Accenture ni hanya dijanjikan sokongan kewangan dari Nokia sehingga 2016 (menandakan ia sebagai “Plan B”). Apa yg berlaku ialah mahu mengelakkan sebarang conflict-of-interest di dalam pembangunan aplikasi dan sistem operasi. I mean, takkan la sorang pun taiko dalam divisyen Symbian ni tak leh tinggal kat Nokia kan? Di situ dah boleh nampak, isn’t it obvious?
As a whole, aku tak kata Nokia is doomed. Actually aku tak perlu katakan apa2. Nokia dah sendiri dh adopt WP7 sebagai penyelesaian mereka di pasaran high-end. Itu saja dah menunjukkan yg Nokia semakin proaktif untuk bersaing. Dan mereka jauh lebih bijak dari aku.
Beburung,
1. Perkongsian pendapat yang macam ini yang aku suka. Penuh dengan fakta yang membuka minda sesiapa yang membaca. Bukan omong kosong.
2. Hakikat untuk ditelan adalah sesuatu yang pahit. Dan dalam memperbincangkan Nokia, ia adalah kompleks.
3. Hanya mereka yang memahami kehendak pasaran yang dapat melihat dan menganalisa apa yang akan berlaku. Tidak semua perkara yang tersurat akan tersirat.
4. Ikuti kupasan selanjutnya dalam episod kedua
@asrialbaker
mantap2
panjangnyaa koooo.. men.. hahaha..
**10 hari kemudian**
nokia…
1. best pakai nokia sebab aku suka dgn kualiti hardware dia..sangat kukuh..rasanya belum ada enset yg boleh lawan nokia utk part ni…
2. setakat ini, nokia jela satu-satunya provider yang still keluarkan enset utk golongan yg kurang berkemampuan (harga dlm range RM200 kebawah)
3. symbian? os paling simple kot…tak kompleks sangat..user friendly..tapi senang sangat masuk virus..ni pendapat aku lah berdasarkan apa yang aku nampak..kalau boleh upgrade ke suatu tahap di mana virus sangat susah utk menyelinap masuk macam sony ericsson java platform tu pun dah kira ok dah…
4. kpd penulis artikel ni, apa yang aku nampak, anda komen seolah-olah terlalu emosi…saya tahu anda pembangun aplikasi, tapi apalah salahnya jika anda membaca semua komen-komen yang diberikan secara terbuka..no hard feeling..kita berdiskusi secara tenang, bukannya dengan beremosi..seolah-olah macam anda seorang penjual dan memarahi seorang pelanggan yang memberi fakta berdasarkan apa yang mereka tahu..peace
Mohd Nasri,
1. Terima kasih atas komen anda yang jujur.
2. Setiap orang penulis memiliki gaya dan cara yang tersendiri. Saya memilih cara berterus terang, terus (direct), dan tidak menggunakan bahasa yang berlapik-lapik, serta saya suka membuka minda pembaca dengan menjawab soalan dengan soalan. Itu cara saya.
3. Bangsa kita terlalu berselindung disebalik adab sopan. Sekiranya ada yang menyalahi arus, terus sahaja dilabel dan diperkatakan sebagai marah, gila, lain-dari yang lain dan yang sewaktu dengannya. (Dalam hal ini, saya melawan arus di Amanz.my yang biasanya menggunakan gaya bahasa yang lembut. Lantas saya terus dilabel sebagai marah).
4. Menghakimi tulisan saya dan terus mengatakan seperti saya marah, terpulang. Penulisan adalah satu cara yang sangat abstrak.
5. Sekarang ini adalah zaman internet dan langit terbuka. Sekiranya kita sendiri yang tidak ambil kesempatan untuk menambah ilmu didada, siapa lagi yang nak tolong? Well, kenapa orang kita tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum membeli & menggunakan sesuatu produk telekomunikasi? Lantas terus menyalahkan pengeluar?
6. Siapa yang emosi? Anda nampak muka sayakah ketika saya menjawab komen-komen disini? Ataupun anda yang emosi selepas membaca komen-komen disini?
7. Nampaknya, anda juga turut terpengaruh dengan dakyah dan dongeng berkenaan virus dalam Symbian. Saya ingin nyatakan disini bahawa TIDAK ADA virus untuk Symbian.
Kita berdiskusi secara intelligen dengan fakta, bukan dengan auta.
@asrialbaker
Pe susah, janji bleh wat call and sms sudah. nate ni pon nok baloh.
Err…Err…saya guna nokia dulu, yang saya peratikan lah sekarang kan…sejak kuar Android phone, iphone, Blackberry nie masalah yang saya paling kurang dengar (or boleh kata takde dengar langsung dalam masa 2 tahun) ialah masalah phone masuk Virus…dulu guna Nokia E66 n N80 biler download sikit software symbians yang nak try, kena lak virus…haaaa, tue jer laa nak bagitau..now pakai BB takder lah masalah virus ke phone restart sendiri tapi Nokia tue still aku simpan sebab aku rindu nak guna Nokia balik just tunggu masa…Sekarang aku suka Nokia C series C2 C3…hahahaha, tiba² jer suka~
DYQ (cari nama tokoh Maal Hijrah 2010 kalu betul tak sokong Israel),pernah menyebut,org Islam tak mampu buat apa,akibat minda pengguna,nak buat skru kereta pun org lain.produk islamic pun tak pernah dengar dari malaysia,dlm apps android ke,iOS ke,kerja sebahagian kita,tau kutuk aje.cakap lebih,ni lagi menyusahkan dalam keadaan masih ada kita buta jahil kayu macam2.itu belum bagi OS yang fully arabic,macam ojuba,mau pakar jahil orang kita kerja nak kutuk aje..ini hakikat,bukan buat lawak.
Apps islamic dari Malaysia:
http://www.teratotech.com/products
Gelintar! Terima kasih.
Engkau sorang jerk tak pernah dengar. tula tak ambik tau…
kalau nak beli handfon mahal, belilah sesuatu yg terbukti tahan lama, spt nokia. Terbaca kat internet,
ada cakap, kalau nak compare hp nokia dgn samsung cthnya, jgn tengok luaran,spt screen yg cantik,design yg slim dan sexy, tapi tengok pada dalaman,yakni hardware dia dan cara pemasangan dan sambungan(boleh diketahui bila ‘disassemble’ dengan mengelurakan part-part dalaman). Dia cakap dari situ, anda akan dapat lihat betapa ‘superior’ nye nokia berbanding handfon-handfon lain.
Hmmm mungkin sbb itu kot hp nokia kuat dan tahan lama. Cuma di penghujungnya terpulang pada tuannya sama ada masih nak guna hp tersebut atau upgrade, tp nokia itu masih tetap berfungsi, mcm 3310 aku yg lama.hehehe.
i love nokia hehehehe
Selepas membaca komen-komen dalam entri ini, saya boleh buat satu andaian: Kebanyakan individu yang mengkritik Nokia secara berapi-api tidak memberikan fakta atau asas yang kukuh.
Saya sendiri merupakan pengguna Nokia, dan untuk pengetahuan anda, telefon pertama saya bukanlah Nokia, tetapi Sony Ericsson. Saya dahulunya merupakan pendukung tegar Sony Ericsson, siap mengkritik Nokia, tetapi sampai satu tahap, saya sedar bahawa Sony Ericsson sendiri mempunyai kekurangan yang ketara, dan saya bertukar jenama ke Nokia. Nokia pertama saya adalah N70.
Dari sudut perkakasan (hardware), Nokia sudah terbukti reputasinya sebagai telefon yang kukuh dan terbaik pembuatannya. Material yang digunakan adalah berkualiti dan jika anda pegang sendiri satu telefon Nokia, anda akan dapat rasa sendiri perbezaan kualiti ‘craftmanship’nya berbanding jenama-jenama yang lain. Saya rasa dari sudut perkakasan, majoriti bersetuju Nokia adalah yang terbaik.
OK, yang menjadi debat utama, adalah software/OS yang digunakan Nokia ni. Ramai yang mengkritik Symbian, dan melabelkannya sebagai tak cantik, outdated, banyak virus, dan label-label lain yang negatif. Dari mana anda dapat semua info-info ini? Adakah anda sendiri pengguna Symbian yang betul-betul faham makna dan tujuan Symbian OS itu dicipta? Atau seorang pengguna biasa yang menggunakan telefon untuk call, SMS dan berinternet dan cenderung untuk mengikut trend semasa (orang pakai iPhone, anda pun nak pakai?).
Secara peribadi, Symbian adalah satu OS yang paling baik dan efisien pernah saya jumpa. Betul, dari sudut estetika/UI, Symbian kelihatan terbelakang berbanding iOS & Android. Blackberry OS sendiri (sebelum OS 6) sistemnya seperti zaman 90′an dahulu dan kurang user friendly, tetapi kenapa ramai yang nak pakai juga? Trend bukan? Tetapi dari sudut pengurusan memori, struktur OS, dan feature ‘belakang tabir’, Symbian adalah lebih baik daripada OS yang lain. Symbian memberikan true multitasking macam PC.
Isu virus, itu tidak dapat dielakkan. Symbian satu ketika dahulu amat popular, dan hackers pada masa itu mestilah merasakan mereka nak ‘test power’ programming mereka dengan mencipta code virus yang dapat memusnahkan Symbian. Sebenarnya tidak mustahil jika iOS dan Android untuk kena malware dan virus. Statement Symbian=Virus itu sebenarnya amat dangkal.
Nokia bukan duduk diam, dia sedar trend sekarang adalah kepada UI yang cantik, dahulu orang tak kisah sangat pasal UI dan fokus pada fungsi. Smartphone bukan lagi mainan orang tua, orang muda pun guna. Sebab tu sekarang Nokia secara perlahan-lahan develop UI Symbian dia. Tengok Anna, kemudian Belle.
P/S: Saudara Asri dahulunya pernah menulis untuk satu majalah handphone tempatan kan?
Saudara Audi Faliq Ibrahim,
1. Terima kasih kerana meluangkan masa menulis komen anda disini.
2. Berkenaan Symbian, anda telah memperjelaskan serba sedikit mengenainya. “Hanya jauhari mengenal manikam” – kata orang dulu-dulu
Kata orang sekarang – “Hanya Johari mengenal Maniam”
3. Ye. Saya pernah menulis untuk majalah Mobile World lebihkurang hampir 10 tahun lepas.
@asrialbaker
Sama-sama. ^_^
Saya merupakan salah seorang pembaca majalah Mobile World sejak di awal penerbitannya, dan saya pernah membaca artikel-
artikel yang ditulis oleh saudara.
Saya sendiri mengikuti perkembangan Symbian sejak daripada zaman ia digunakan pada Nokia ‘Sabun’ (6600), dan melihat evolusi
yang dilalui Symbian. Tuduhan yang mengatakan Symbian tidak pernah improve adalah silap sama sekali. Tanya veteran-veteran
Nokia/Symbian, mereka pasti bersetuju dengan pendapat saya.
Yang saya nampak, mereka-mereka yang complaint dan kutuk ni, kebanyakannya adalah golongan muda, yang tak tahu sejarah Symbian dengan detail, hanya guna sekejap, atau yang lebih teruk, dengar cakap orang dan ikut sama condemn. Mungkin mereka kenal iPhone, Android dan Blackberry, dan kononnya mengikut trend semasa. Saya akui, kalau tak ikut trend, kita akan disindir, dan malu. Mereka ini tak mahu dimalukan, dan akan ikut apa yang kawan-kawan mereka guna tanpa mengkaji betul-betul.
Saya cabar, siapa yang berani mengaku Blackberry OS (version 6 ke bawah) lebih senang digunakan berbanding Nokia?
Lagi satu yang silap, mereka associate Nokia=Symbian. Symbian dahulunya bukan Nokia seorang sahaja guna. Series 60 dahulunya turut digunakan oleh vendor lain seperti Siemens, Panasonic, dan lain-lain. Mereka mungkin tak pernah dengar Symbian UIQ, yang dahulunya digunakan oleh Sony Ericsson melalui telefon siri Pxxx nya.
Argue dari sudut app? Mereka mungkin tak tahu Symbian ada berjuta app sejak dari dulu lagi, cuma mereka tak ada ‘central store’ macam Ovi Store sekarang. Dulu pengguna Symbian nak cari app, banyak website yang host, cuma kena pandai pilih supaya tak terpilih app yang ‘tak kukuh’ atau malware.
Antaramuka (User Interface @ UI) hanya merupakan salah satu aspek OS. Tidak ada gunanya jika UI cantik tetapi architecture OS tidak berapa mantap.
Sekadar pendapat. Kalau pengguna Android/iOS/Blackberry nak kritik, silakan.
+1000
Komen yang baik dan bermaklumat.
Kamu sudah cuba pakai Nokia N96 dan N97? Kalau kamu pakai, sudah tentu kamu menyesal kerana pernah membeli barang Nokia. Sudahlah mahal, waktu N97 dilancarkan, ianya lebih mahal daripada iPhone 3G.
Maaf, saya mmg peminat Nokia, tetapi itu dulu. Sewaktu Nokia gah dgn siri 3210 dan 3310 nya.
erk..
Saya pengguna tegar nokia. Starting saya guna 3310. Sekarang jugak masih setia dengan nokia 5230. Ada sekali2 curang pakai lain brand, tapi tetap nak cari nokia last2 tu. Kalau cerita pasal lasak, aku jamin henpon jenama lain x leh menang lawan nokia, bulan lepas radio nset 2720 jem, aku yg tgh sakit aty terus je baling ke siling, melantun ke dinding seterusnya ke lantai. Tetibe rasa nyesal, aku ON kan balik. Ape pun boleh jer…
Sekarang pakai nokia5230, best ler… OS symbian 5th edition. mostly pkai msj, call, gps(ovi maps FREE TAK TIPU), fb(kdg2), foursquare(kdg2)… Application ape la sgt yg best yang ada dan best nak taruk dlm henpon??? Mostly aku tgk yg pakai iphone, blackberry, samsung, android, depa bukan pakai telefon, depa maen internet je sepanjang masa. Boleh kata depa beli sebab nak main fb dgn twitter je… application ape la sangat yg dorng tu dnlot kat henpon dorg… plg2 byk pun games jer…
pasal bateri jangan cakap la, nokia memang winner la. tp lecehnya bila bateri asal dh kondem(lama jugak baru kondem tau), bateri gantian x sepower bateri asal walaupun mati2 peniaga tu kata original dik… original….
Cover plak selalu bleh tukar2… dh bosan kaler hitam tukar kaler lain. keypad dh calar, tukar keypad len. Pasal touchscreen, awal2 nset touchscreen nokia guna resistive touch, kne tekan kuat sikit, sekarang model baru N8 memang sebijik mcm iphone capasitive touch. raya lepas aku try men kawan punya. Nokia memang bez.
Aku pernah pakai hanset nokia, lebih-lebih lagi dengan feature game ular ,space impact dan congkak dalam hanset tu…memang klasik giler, tapi lagi sempoi berbanding yang versi yang colorful. Korang kena ingat, negara dunia ketiga macam afrika, timur tengah dll semuanya bergantung kepada nokia sebab nokia still boleh produce hanset yang murah dan tahan lasak ikut kehendak pengguna kat negara depa. Teknologi negara depa tak macam kat negara kita, tapi boleh tahan jugak pakai hanset 3310 yang jenis jam bercakap dan seangkatan dengannya kat sana. Kalau spare part, comfirm senang nak cari dan senang nak replace terutama hanset case dengan keypad.
ye lah…betul lah kata orang handfon ini mencerminkan personaliti seseorang. Generasi muda skrg(umur13-25) suka sgt pada iphone, android. Hmmm nampak mmg cantik kat luar, fuyoo cantik kat UI dan screen , tapi dari segi dalaman diaorang tak pandang langsung. Sama la macam mereka pilih pasangan, nampak yg cantik,sexy dan mantap,macho,stylish fuhhh,,inilah dia gadis pilihan aku. Kawin 2 bulan tup tup, talak 1. Ada yg kawin seminggu cerai. Ada yg kawin hari ni malam ni cerai pon ada.Wakakaka. Buka lah matamu wahai generasi baru. Jgn terpesona dengan nafsu yg suka memandang luaran.hehehe
Cantik di luar, tak semestikan hebat di dalam.
Generasi muda lebih gemar menukar-nukar telefon daripada menggunakannya untuk satu tempoh masa yang lama. Bertepatan dengan konsep ‘kahwin-cerai’ – Nampak telefon baru yang cantik, beli. Yang lama, buang/jual.
Mungkin generasi muda ni kurang emotional attachment dengan barang yang mereka beli. Salah satu sebabnya, mungkin, duit yang mereka guna untuk beli telefon tu bukan 100% duit yang mereka dapat sendiri.
Nokia should stick with 3210 or 3310. The last Nokia phone which is good to my eyes is N95. After that, they’re just gone from bad to worse. N96 for example, is a piece of pricey shit I had ever bought. I spent RM2099 to buy it… with additional RM280 for 3 times because of broken display screen, RM50 one time because of the faulty ribbon and RM30 one time because of faulty speaker. In its 3 year lifespan, I changed the battery once, with the non-original one at RM30. It’s also too mother-effin’ slow, always failed to load webpages, can get stuck whenever it wants. The only plus points for this phone is the big memory size… which is 16GB (consider massive at that time).
I thought they improved it for N97… but it just can’t get any better. Sorry Nokia, your biggest masterpiece to me is your 3310.. that’s it. You guys are a bunch of money-sucking evils. I’m not buying Nokia phones again. Apple iPhone ftw!
sampai sekarang Nokia 1100 aku masih simpan. hehe
Berkaitan kemandirian NOKIA ni, rasanya smo patut cuba baca buku ‘Winning Across Global Markets’. Smo di dalam buku tu menceritakan sejarah NOKIA dan bagaimana pendekatan yg NOKIA gunakan untuk menjadi pemain utama dalam pasaran global. Jangan hanya tengok sesebuah syarikat peranti perhubungan ni dari segi teknologi yg mereka ada saja, tapi kena tgk lebih jauh lagi dari segi strategi perniagaan mereka. Strategi yg salah walaupon teknologinya hebat, akan ttp tidak dpt bertahan lama dan cpt jatuh.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kerana telah menjadikan tajuk ini sebagai tajuk yang paling banyak dibincangkan di dalam laman Amanz.my pada ketika ini (14 September 2011). Dengan sebanyak 104 komentar (105 termasuk yang ini), nukilan ini telah berjaya meluncur naik ke tempat tertinggi di Amanz.my.
http://yfrog.com/hs4mrkp
Juga, diucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan Amanz.my terutamanya Incik Aman Firdaus yang tidak putus-putus membawakan berita terbaru dunia ICT di Amanz.my.
Ikuti sambungan artikel ini di bahagian kedua dan ketiga nanti, kupasan mengenai Nokia yang lebih terperinci dan pasti lebih panazzzz!!!!!
Hanya di Amanz.my
@asrialbaker
http://www.symbianku.com
http://www.i-symbian.com
npa fon nokia c6 saya tak boleh touch lagi? sedangkan belum sampai 1 tahun pun saya beli…sedihnya,tak tahan lama.
ryana,
1. Cuba buang plastik yang melindungi skrin tu. Orang panggil “screen protector”.
2. Kalau tak reti buat, pegi kedai, beli yang baru, suruh diorang pasangkan.
@asrialbaker
Da buat mcm 2 pun siap tanggalkan habis g..p stil gak..da on off pun sma..pening la mcm ni.
kne format dlu symbian tu
aku tk de mslh ngan os nokia or whatsoever..sbb aku bkn tau sgt sal tu…yg best nokia ni function byk…however yg tk bestnye camera die, gmba cm pecah…aku bkn nye tch savvy sgt nk tahu sal os ni…
gadoh la kowg..sal bende gadjet pon nak argue smpi mcm ni ke??adoyai..
saya pengguna nokia dari zaman nokia ada antena.. kemudian bertukar ke sony w810i sebab time tu hanya sony yang cun dari segi kamera dan mp3.
tp kembali semula guna nokia (n95)… dan terus sehingga kini dengan N8.
nak bertukar selain nokia tu bole..tak ada hal.. tp rasa sgt serasi dengan nokia.. lagi pun bagi yg suka tweak (pengguna sahaja) berlambak orang buat tweak utuk n8 contohnya..
mane nak dpt utk modi or custom firmware utk n95 8gb? [off topik sikit]
Good information..anyway thanks..
Sy tengah menjalankan 1 tugasan yang berkaitan dengan telefon Nokia yang melibatkn Product Life Cycle, so every stage of mesti dikaitkan dengan Marketing Mix..so bleh tak bg information yang berkaitan???really need..Thanksss
pasal hanphone pun nak gaduh , cakap jer pandai , cam taik , kalau kau suka suka sangat hanphone yang kau pakai tu pun tak perlulah sampai nak emosi tahap gila , tak payah laa kau nak kutuk smartphone yang ada sekarang ni , lupa lak , kau suka sangat handphone kau tu kan ? , ahh makan , sumbat lam tengkuk kau tu sampai diam , sedap tak ?
aku ni pun pengguna nokia jugak , tapi takder lah sampai nak kutuk pengguna jenama hp lain , dorang nak pakai hp apa pun dorang punya suka lah , duit dorang , bukan duit kau , ada yang tu , sampai ke pasangan lah , kahwin lah , apa kaitannya semua tu dengan hp ? , ah lari topik nampak .