05Sep

Kurangkan Saiz Gambar Tanpa Menghilangkan Kualiti Melalui JPEGmini

Tips Dan Tutorial, Web 2.0

Salah satu perkara utama yang sering diberi perhatian oleh para pembangun laman web dan juga penulis blog adalah saiz gambar yang dimuat-naik oleh mereka. Kini, menariknya anda tidak lagi perlu bimbang seperti dulu, dimana anda boleh mengurangkan saiz gambar anda sehingga 5 kali ganda dengan menggunakan aplikasi JPEGmini.

JPEGmini merupakan salah satu aplikasi berasaskan web yang percuma, menawarkan para pengguna untuk terus memuat-naik gambar melalui pelayar web mereka, seterusnya memuat-turun gambar yang dikurangkan saiznya terus secara percuma. Menariknya mengenai aplikasi web JPEGmini ini adalah dimana ianya tidak mengurangkan kualiti gambar seperti beberapa aplikasi yang lain.

Selain daripada itu, JPEGmini juga turut memaparkan gambar yang dioptimasikan bersebelahan dengan gambar asal, untuk para pengguna membandingkan kualiti dan sebagainya. Pada masa yang sama, JPEGmini turut menyediakan beberapa fungsi tambahan seperti kebolehan untuk memuat-naik album dan sebagainya untuk para pengguna berdaftar.

Secara ringkasnya, kami boleh katakan yang mana kami tidak dapat melihat sebarang perubahan pada kualiti gambar melalui mata kasar kami, sebaliknya dapat memuat-turun gambar pada saiz yang lebih kecil, sebelum berkongsi melalui web, selain pada masa yang sama mengurangkan penggunaan bandwith oleh pelayan kami.


20 Syarikat Memperlihatkan Idea Pada InnoTech 2009
Ubah Antaramuka Google+ Menyerupai Facebook
Terdapat Lebih 6.5 Juta Pengguna Facebook Hanya Di Kuala Lumpur
Nokia Maps Dan Bing Maps Memperkenalkan Rekabentuk Yang Selari
PitchIN Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru Pada Bulan Jun

27 Komen

  1. Bro Framestone pada 05 Sep 2011

    boleh host picture x dekat sini

  2. topo pada 05 Sep 2011

    fuyo.. best ni.. ala tapi apesal web base -.-

  3. Abszeen Picco pada 05 Sep 2011

    tula…ingatkan offline boleh :P

  4. Abszeen Picco pada 05 Sep 2011

    dah buka laman web ni, pastu blurrrr xtau nak klik ape.

  5. fadzioriq pada 05 Sep 2011

    err, aku tak paham ape beza dia ngan software sedia ade kat pasaran skang nih~cam aku slalu guna VSO image resizer~

    yup aku tau lah beza cam dr segi yang nih web base dan yang lagi satu offline, yang nih free dan yang satu lagi berbayar (tp ade jgak software sama yang free), tp camne plak dari segi kualiti?

    ade sesapa yang arif leh gtau tak apa yang cool nyer menda nih dr yang lain?

    • Aman pada 05 Sep 2011

      kadangkala maybe kita kena update sesuatu pakai komputer pihak lain, atau mungkin kat CC dan sebagainya. So, maybe time tue boleh pakai perkhidmatan JPEGmini nie. Jadi, maybe takyah tunggu sampai nak sampai kat rumah baru nak update sesuatu perkara. :D

      • fadzioriq pada 05 Sep 2011

        yup~menda ko ckp tuh mmg sangat jelas lah, menda nih mmg portable lah, means memana pun kau leh access, guna ipad ke, handphone ke whatnot~

        tp kan, kau kene upload dlu gamba kan br dia convert, then kau download balik gambar tuh~mcm remeh gak lah kan, cer byngkan line plak slow, ie 3G~

        nape tak upload kat FB or G+ je since diaorg pun ade image compressor diaorg sendiri, walaupun auto kite xleh pilih size kan~huhu. Tp seyesli lah compression web nih bagus gak lah aku tgk cam xde beza pun quality gambar dia~hoho

        eh bro, aku ckp byk nih sesaje je ek, sbb aku terfikir~kau jgn ban aku plak~sian aku dah ler aku ske bace blog ko~ =P

        • 123 pada 06 Sep 2011

          yup, mende ni cam leceh skit nak buat…
          tp kualiti nye baik pnyeee…aku try pic 6.8mb, jadi 1.3 sometihng…sama je zoom bagai.
          pape pon, web ni bestttt

  6. Pacifista pada 05 Sep 2011

    boleh cuba ni.kurang cikit saiz file jpeg nanti :D

  7. EddyGeek pada 05 Sep 2011

    oh amanz dah buat review web app.. =_= ohhh. nice :-)

  8. rizuani pada 05 Sep 2011

    Memang best..aku dah try upload pic size 3.8MB

    Dimension 3456×5184
    Device Make : Canon

    Dah upload bila pakai jpeg mini jadi 760kb

    Info semua sama, pakai photoshop dah compare pun tak pixelated.

    TQ AMANZ :)

  9. BulanTerkenal pada 05 Sep 2011

    macam best je..

  10. abdjabbar pada 05 Sep 2011

    Mari mencuba!

  11. yapompiow pada 05 Sep 2011

    mmg terbaik bende nie

  12. Ahmad pada 05 Sep 2011

    bestnya

  13. alia pada 05 Sep 2011

    wow best ni..

  14. titan pada 05 Sep 2011

    hoho..bagus. bagus..aku suka..

  15. shaharil pada 06 Sep 2011

    Bagus. JPEGmini menambahbaik sofware yang ada di pasaran.

  16. jimmy pada 06 Sep 2011

    style la bnde ni..

  17. topo pada 06 Sep 2011

    aku dah cuba.. memang nice gambar kecil tapi kualiti macam takde beza sangat. ibu jari ke atas

  18. Alan pada 06 Sep 2011

    Sesuai untuk blogger self-hosted. :)

  19. Fairuz Sulaiman pada 06 Sep 2011

    Nice article from amanz.my

  20. Amir Said pada 06 Sep 2011

    Terima kasih la Aman. Dah bookmark link tu. :-)

  21. lepat pada 06 Sep 2011

    Thankz bro amanz!great sharing tool here!

  22. fina fento pada 08 Sep 2011

    thankss..bookmark teross

  23. dean pada 03 Oct 2011

    memang nice picture jpeg if dikecilkan…coz penah je aku kecikan…tapi jadi pecah gila…

  24. Ahmad Ijat pada 23 Oct 2011

    Terima kasih aman. Ni lah yg AI cari-cari selama ni..:-)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader