14Sep

Lebih 14 Akaun Laman Sosial Milik Pihak KRU Digodam

Sekuriti, Web 2.0

Hari ini, ianya kelihatan yang mana semua akaun Facebook milik pihak KRU telah pun digodam dan diambil-alih oleh pihak lain. Pada masa yang sama, akaun Twitter juga dilihat telah diambil-alih oleh pihak RileksCrew, dan masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak KRU dikeluarkan berkaitan dengannya.

Antara halaman milik pihak KRU yang dilihat telah diambil-alih adalah termasuk KRUTV, Yusry Abdul Halim, UTD Studios, dan juga KRU Studios. Bagi Twitter pula, ianya kelihatan yang mana akaun milik Norman Abdul Halim telah pun diambil-alih oleh Rileks Crew. Berikut merupakan senarai penuh laman Facebook milik KRU yang digodam:

  1. KRU TV
  2. Yusry Abdul Halim
  3. Norman Abdul Halim
  4. Edry Abdul Halim
  5. Cinta Kura-kura
  6. UTD Studios
  7. KRU Studios
  8. Hikayat Merong Mahawangsa
  9. KRU Page
  10. Vikingdom
  11. Ribbit The Movie
  12. Magika
  13. Karak The Movie

Ianya tidak diketahui bagaimanakah akaun-akaun ini telah digodam, namun kami mensasarkan perkara ini mungkin berlaku disebabkan kesemua ini ditadbir dibawah satu akaun Facebook yang sama.

Tips awal daripada Syazwan, Ahmad Zahier dan juga KenaHack


Kemaskini Blog WordPress Anda Kepada WordPress 2.8
Friendster Melancarkan Friendster Music
McAfee Mengeluarkan Ramalan Sekuriti Untuk 2011
Ubah Idea Sosial Media Anda Kepada Realiti Pada Facebook Developer Garage
StyleKandi Kini Boleh Digunakan Oleh Semua

33 Komen

  1. yapompiow pada 14 Sep 2011

    semua password sama nie.

  2. Gua Blog pada 14 Sep 2011

    Ini macam Facebook page HotFM kena dulu.

  3. Hafism pada 14 Sep 2011

    nampaknye KRU kena tubuhkan KRU IT. hik3..

  4. Adam Roslan pada 14 Sep 2011

    Terbaik ni. Kasi sekuriti mantap sikit.

  5. topo pada 14 Sep 2011

    tu la, terkejut aku tetiba baca tweet norman sapa lisa surihani tadi haha

  6. Abszeen Picco pada 14 Sep 2011

    hahaha

  7. Twit N View pada 14 Sep 2011

    takziah kpd KRU, kami turut bersimpati…

  8. fadzioriq pada 14 Sep 2011

    yes padan muka, tuh lah sape suruh yusri amek lisa lagi~ *haha, joking2* =P

  9. zuar pada 14 Sep 2011

    drg nak test tahap security kat malaysia la tu..kuat ke x..mcm geng gaysec buat kot.:-p

  10. tarmizishukri pada 14 Sep 2011

    ni mesti kes cemburu lisa pilih yursy..haha..

  11. Zul's Stuff pada 14 Sep 2011

    godam2…x hbs2…

  12. amirzaim pada 14 Sep 2011

    3 kata…..padan muka awak!!!

  13. sapikdzul pada 14 Sep 2011

    Terbaeklah..

  14. eSafarEE pada 14 Sep 2011

    dulu kate ade pakar it…skrg ape dah jadi?

  15. yanmie pada 14 Sep 2011

    yelah mesti kes pass sama tu yang banyak yang diorang dapat hack juga tu

  16. nuriz pada 14 Sep 2011

    ni mesti kes tak puas hati norman bagi cadangan sekat laman perkongsian file dulu kan..

  17. Keinsaffan pada 14 Sep 2011

    keinsaffan buat KRU…

  18. harith pada 14 Sep 2011

    rajin btui depa ni..

  19. suffer8zine pada 14 Sep 2011

    alahai KRU… Awas wooo wooo :P

  20. syahril pada 14 Sep 2011

    bebudak rilekscrew yg bangang..

  21. ramli pada 14 Sep 2011

    pakai password sama mmg kene rembatler secara berjemaah.

  22. Amirulz pada 14 Sep 2011

    Udah terkena KRU !!
    haha

  23. Teratoman pada 14 Sep 2011

    Ada jumpa gambar apa2 tak dlm akaun Edry? …or Yusry?

  24. zuan pada 14 Sep 2011

    ada la tu yg tak kena!

  25. buyat pada 14 Sep 2011

    takde yang nak godam akaun 247 ke?

  26. Syafiq Kamil pada 14 Sep 2011

    Dapat page admin, memang semua pages berkenaan dapat hacked ..

  27. amer pada 14 Sep 2011

    padan

  28. Hexzone pada 14 Sep 2011

    RileksCrew hack me :D

  29. qimax pada 14 Sep 2011

    padan muka

  30. Wan Perlis pada 14 Sep 2011

    i like rilekscrew

  31. hehe pada 14 Sep 2011

    kes dia bukan 14 page 1 password.
    kes dia sebab 14 page 1 admin.
    kahkahkah
    Jack Sparrow, Jangan Lupa Like Kami Okay!

  32. AsyrafFile pada 16 Sep 2011

    Nampaknya Norman Halim dari KRU dah dihack… termasuk 14 fanpage yang mengandungi akaun yang sama… kehkehkeh


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader