Nampaknya, akhir-akhir ini, aktiviti godaman pada laman-laman milik kerajaan semakin meningkat. Setelah beberapa laman dibawah Jabatan Pendidikan Kedah digodam, kini ia dilaporkan yang mana lebih daripada 21 laman web milik kerajaan Pahang digodam oleh salah seorang pengodam dari negara jiran. Walaubagaimanapun, semua laman web tersebut telah pun mula beroperasi seperti biasa hari ini.

Berikut merupakan senarai penuh laman milik kerajaan Pahang yang telah digodam oleh pengodam yang dinamakan sebagai Alex Owners;
- Jabatan Agama Islam Pahang (jaip.pahang.gov.my)
- Jabatan Kerja Raya Pahang (jkr.pahang.gov.my)
- Pejabat Daerah & Tanah Bentong (pdtbentong.pahang.gov.my
- Pejabat Daerah & Tanah Bera (pdtbera.pahang.gov.my)
- Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands ( pdtchighlands.pahang.gov.my )
- Pejabat Daerah & Tanah Jerantut (pdtjerantut.pahang.gov.my)
- Pejabat Daerah & Tanah Kuantan (pdtkuantan.pahang.gov.my)
- Pejabat Daerah & Tanah Pekan (pdtpekan.pahang.gov.my)
- Pejabat Daerah & Tanah Raub (pdtraub.pahang.gov.my)
- Pejabat Daerah & Tanah Rompin (pdtrompin.pahang.gov.my)
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang (spa.pahang.gov.my)
- Pejabayt DYMM Sultan Pahang (pkdymm.pahang.gov.my)
- Pejabat Daerah & Tanah Temerloh pdttemerloh.pahang.gov.my)
- Pejabat Daerah & Tanah Maran (pdtmaran.pahang.gov.my)
- Pejabat Kewangan Pahang (pkn.pahang.gov.my)
- Jabatan Verinar Pahang (vetphg.pahang.gov.my)
- Pejabat Tanah & Galian Pahang (ptg.pahang.gov.my)
- Bahagian Kerajaan Tempatan Pahang (bkt.pahang.gov.my)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang (jkm.pahang.gov.my)
- Jabatan Pertanian Pahang (agri.pahang.gov.my)
- Pejabat Daerah & Tanah Lipis (pdtlipis.pahang.gov.my)
Buat masa ini, kesemua laman diatas beroperasi seperti sedia kala.
Malaysia kene lahirkan banyak pakar sekuriti dalam bahagian telekomunikasi dan bahagian web2 ni.. sikit2 kene hack
security baik mcm mana pn..hacker boleh cipta tool utk kesan vulnerablity gak
semua web ni dibangunkan oleh syarikat / individu yang sama ke?
lepas ni giliran negeri mana pula agaknya, sama2 kita nantikan..
indon punya kerja ke ne?
Ni 1st sebab subdomain. Tapi yang tak host satu tempat tak kene la kot. 2nd patch vuln tak buat.
kalau hack domain,nnti subdomain kena hack skali tak?
ini lah akibatnya..built system jjust bcoz money..
generasi Y semakin pintar
anda carik segala website berkenaan indonesia pastu godam smpi jem klu kta kita x terrer menggodam.
sepatutnya website-website kerajaan ni kena antar kat cyber security dulu.. bagi diorang test drive dulu, malu je.
+1
hurmmm….kdg tu rsa tak selmat bila data kat online
agak memalukan…
Husband punya website pun dah kena hack!
jangan salahkan penggodam…tp kite patut perbaiki tahap kekebalan sistem yang dibangunkan….bila dah digodam masing2 nk dipersalahkan….pe cellop tu derr…peace
kadang2 pengodam ni niat untuk suruh lebih berjaga2 kan?
tapi setahu saya ahli syurga crew diorang hack utk dptkn duit
hebak la diorang ni… kalau aku sebijak diorng aku nak godam banyak2 website dlm malaysia ni..hahahaha
Benda leh blajo la, google tu luas .. kena rajin je .. hehehe
eeii tension betul dgn hackers ni..xde keje lain yg berfaedah eh?
lemah gila sec
http://www.kenahack.com/2011/09/alexowners-menceroboh-21-laman-web.html
Indonesia punyer kerja.
haha..+1
macam dapat masuk cpanel je..
kecoh gak pasal ni,mungkin kene rujuk di cyber security dulu untuk web kerajaan ni
erm…pasrah la lau mcm ni…xde kesudahahn dengan sistem sekuriti kerajaan….mcm2 ley berlaku bila hackers tnjuk taring….