12Sep

Lagi Ura-Ura Mula Memperkatakan Pelancaran Mango Minggu Ini

Microsoft

Salah satu perkara yang dinantikan oleh semua pengguna Windows Phone adalah kemaskini Mango daripada Microsoft. Kini, lanjutan daripada ura-ura mengatakan Mango bakal dilancarkan pada 15 Sepember, beberapa petanda baru turut menunjukkan bahawa perkara ini akan menjadi kenyataan.

Laporan salah satu sumber daripada Microsoft telah pun mengatakan yang mana minggu ini akan menjadi salah satu minggu utama untuk Windows Phone, di mana Mango akan dilancarkan untuk pengguna sedia ada. Beberapa hari sebelum ini, beberapa ROM untuk pengguna HTC turut telah mula tersebar, membolehkan mereka mencuba Mango terlebih dahulu.

Mungkinkah Mango bakal dilancarkan pada acara BUILD oleh Microsoft yang akan diadakan pada minggu ini? Sama-sama kita nantikannya.


Microsoft Memanjangkan Usia Windows XP
Paparan Skrin Dan Fungsi Baru Windows 8 Mula Kelihatan
Office 15 Turut Sama Akan Membawakan Antaramuka Metro
Antaramuka Aplikasi Google+ Untuk Windows Phone Mula Kelihatan
Microsoft Mengeluarkan Video Promosi Perbandingan Office Dan Google Docs

2 Komen

  1. Zulfahmi pada 12 Sep 2011

    tak sabar tunggu mango ni nak kluar…

  2. Denim pada 12 Sep 2011

    Buah Mango dah nak masak kat belakang rumah ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader