08Sep

LG Optimus 3D Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM2199

Gajet

Hari ini, LG Electronics Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar 3D mereka yang dinantikan sekian lama, iaitu LG Optimus 3D, yang mana menawarkan cip pemprosesan dwi-teras generasi kedua, dan juga didatangkan dengan sokongan penuh pengalaman 3D, termasuk rakaman dalam bentuk 3D melaluinya.

Melalui LG Optimus 3D, ianya turut membawakan skrin sentuh WVGA seluas 4.3-inci, memori terbina 8GB, memori 512MB RAM, dwi-kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman dalam bentuk 2D dan 3D, kamera hadapan VGA, dan juga didatangkan bersama-sama dengan Android 2.2 Froyo yang boleh dikemaskini kepada Gingerbread dengan mudah. Ianya turut menggunakan cip pemprosesan 1GHz ARM Cortex-A9 dengan PowerVR SGX540 GPU.

Dan menariknya, memandangkan kandungan 3D masih sedikit buat masa ini, LG Optimus 3D turut didatangkan dengan lebih 20 video 3D percuma, dimana 10 daripada video tersebut telah sedia didatangkan bersama telefon pintar tersebut, dan 10 lagi boleh dimuat-turun secara percuma melalui LG World. Pada masa yang sama, ianya turut didatangkan bersama-sama dengan 11 permainan 3D percuma.

LG Optimus 3D boleh didapatkan di Malaysia bermula hari ini melalui pengedar rasmi seluruh negara pada harga RM2199. Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui samada adakah syarikat telekomunikasi tempatan akan menawarkannya ataupun tidak.


Facebook Menjadikan Perantian Mudah-Alih Lebih Sosial
HP Memperlihatkan TouchPad dan webOS 3.0
LG Optimus 2X Dijual Pada Harga RM1899
Nokia N9 Dilancarkan Di Singapura - Pelancaran Malaysia Pada 13 September
Microsoft Menjana Sehingga $444 Juta Setahun Melalui Jualan Peranti Android

21 Komen

  1. Ahmad Fuad bin Adzmi pada 08 Sep 2011

    boleh tahan harga,, damn kopak

  2. Kaio Dot My pada 08 Sep 2011

    tunggu la lagi 6 bulan. boleh la murah sikit kot.

  3. Mohd Azizul pada 08 Sep 2011

    rasa nak trade in ngan aq punye LG Optimus Pad.. sape nak beli? gune just sebulan, RM1,800… retail price RM2199 gak..

  4. Jibam pada 08 Sep 2011

    Samsung Galaxy Note lagi best

  5. idd pada 08 Sep 2011

    HTC evo 3D lawan nie mana juara?

    • brobard pada 08 Sep 2011

      samsung galaxy note.. hahaha

    • brobard pada 08 Sep 2011

      klu ikut keseluruhan HTC evo 3D yg lebih dr LG optimus 3D ni.. klu dr segi internal memory & battery thn lama, LG optimus lebih dr HTC evo ni..

    • Mohd Azizul pada 08 Sep 2011

      LG juara… soyacincau.com pernah buat review benda ni…

      • sinach pada 09 Sep 2011

        yup..dr segi screen sume LG superior. tp dr segi brand, HTC laa..apa ada pada nama anyway,

  6. chidori pada 08 Sep 2011

    adoii atas 2k la pulakk… tabley murah lagi kee

    • lanzz pada 08 Sep 2011

      boleh murahh..tunggu 3 tahun lagi..pasti murah punye..hehehehe

      • chidori pada 09 Sep 2011

        hahaha.. itu sudah pasti.. tapi time tu henpon nih mesti dah dilabel android zaman tok kadok.

  7. Dik Mie pada 08 Sep 2011

    tunggu telco offer lah.. huhuhu

  8. ekspresiruang pada 08 Sep 2011

    3D? mcm belum trend 3d je lg skg ni

  9. Roslan pada 09 Sep 2011

    i wish i could have all those gadget thing.. but??? tak mampu

  10. Haziq pada 09 Sep 2011

    cool

  11. Janjang pada 09 Sep 2011

    gile ah.. tapi 3d kat fon ? mungkin terlalu awal kot

  12. KambingBek2 pada 09 Sep 2011

    mmg hebat!!! tapi still love my iphone4!!

  13. qimaxx pada 09 Sep 2011

    cm xbest jek

  14. lanzz pada 09 Sep 2011

    perhhhh

  15. zack pada 12 Sep 2011

    tp dgr citer,LG boleh display 3d in horizontal jer.bile vertical xleh.ye ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader