11Sep

Max Payne 3 Bakal Dilancarkan Pada Mac 2012 Kelak

e-Permainan

Selain daripada GTA, salah satu siri permainan keluaran Rockstar Games yang diminati ramai adalah Max Payne. Kini, setelah filemnya dikeluarkan sebelum ini, kini Rockstar telah pun mengumumkan yang mana Max Payne generasi baru, iaitu Max Payne 3 bakal dilancarkan sekitar bulan Mac tahun hadapan, yang mana akan membawakan pelbagai perubahan pada enjin permainannya, dan sokongan multiplayer.

Ianya diperkatakan yang mana Rockstar bakal melancarkan permainan tersebut pada Mac 2012 untuk Xbox 360, PlayStation 3, dan juga PC. Tetapi tarikh pelancaran tersebut adalah bagi pengguna Amerika Utara dan juga Eropah, dan kami percaya pelancarannya di Asia tidak jauh beza dengannya.

Perubahan paling drastik yang bakal dibawakan pada Max Payne 3 adalah penggunaan teknologi Rockstar Advance Game Engine, yang mana akan membawakan pelbagai perubahan pada permainannya, selain mana turut membawakan sokongan multiplayer, membolehkan anda bermain bersama-sama dengan rakan anda yang lain dengan mudah.

Mungkin kita akan mendengar lebih berita berkaitan dengan MaxPayne 3 ini dalam beberapa minggu akan datang. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjutnya.


Les Copaque Akan Memperkenalkan Lebih Dari Satu Game Upin Ipin?
Counter Strike : Global Offensive Pada Awal Tahun Hadapan
Zynga Melancarkan Permainan Mafia Wars 2 Di Facebook
Angry Birds Versi Baru Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
Permainan Baru Call of Duty Bakal Diumumkan Tidak Lama Lagi?

11 Komen

  1. EddyGeek pada 11 Sep 2011

    dengar cita max payne hd untuk android pun bakal dilancarkan.

  2. topo pada 11 Sep 2011

    haha mula-mula aku ingatkan movie max payne.. kagum aku aman ada cover pasal movie hahahaha

  3. Amir Hamzah pada 12 Sep 2011

    Mona Sax FTW!

  4. zulware pada 12 Sep 2011

    mesti best nie..
    :-)

  5. Faiz pada 12 Sep 2011

    wah~ mzti bez ni..

  6. Haziq pada 12 Sep 2011

    cool.

  7. Beburung pada 12 Sep 2011

    LOL, dh brape kali tangguh, ingatkan kuar ujung tahun. Pape pun game2 rockstar mmg syiok, figer crossed for this one.

    btw offtopic, Deus Ex 3 sangat syiok.

  8. Janjang pada 12 Sep 2011

    cantek.. ingatkan game MaxPayne terus mati kat MaxPayne 2 jer

  9. msat1891 pada 12 Sep 2011

    menarik gilaaa!!

  10. aried pada 12 Sep 2011

    huhuhu.. xmain game gta.. tapi max payne ni pernah layan game ni kejap

  11. azwan11 pada 12 Sep 2011

    mesti best ni. graphic sure power la.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader