Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, melalui data yang dikongsikan melalui TorrentFreak, ianya telah memperlihatkan yang mana 4Shared menjadi laman pilihan untuk perkongsian fail paling popular oleh pengguna diseluruh dunia. Namun begitu, di Malaysia ianya adalah sedikit berbeza dimana ianya dilihat yang mana para pengguna tempatan lebih gemar menggunakan MediaFire berbanding yang lain.
Melalui data yang dikumpulkan melalui Alexa, ianya dilihat yang mana MediaFire menduduki tempat pertama di Malaysia, dan diikuti dengan laman 4Shared dikedudukan kedua. Walaubagaimanapun, menariknya mengenai 4Shared adalah dimana ianya turut menawarkan perkhidmatan mereka dalam bahasa Malaysia untuk pengguna tempatan.
Selain daripada itu, secara kasarnya, dilihat yang mana para pengguna tempatan lebih gemarkan laman-laman perkongsian fail berbentuk muat-turun melalui HTTP, berbanding dengan laman torrent. Laman torrent yang paling diminati oleh para pengguna tempatan adalah Torrentz.eu di tempat kesembilan, dan diikuti oleh laman The Pirate Bay pada kedudukan ke-10.
Menariknya adalah dimana beberapa laman yang tersenarai telah pun dikenakan sekatan untuk melayarinya oleh pihak SKMM bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi tempatan. Namun begitu, ianya seperti tidak memberi kesan, dan para pengguna tempatan berjaya mengatasinya dengan mudah.
50 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Aku le tu salah seorang penggemar MediaFire. *huhu
mediafire jugak yg best klu nk dload apa2,tak payah nak kena tunggu klu nk dload..yg lain kena tnggu berapa saat baru boleh dload…
+1. ini faktor utama
mediafire support multiple simultaneous connection utk satu-satu fail… sebab tu ramai orang kita suka agaknya…
waiting time tak lama, multiple simultaneous connection, user friendly interface..
tak payah lah kecoh-kecoh, karang kerajaan block karang padan muka…
Hehe terfikir jugak dalam hati pasal benda ni.
Yang anti file sharing ni kampeni2 besor seperti Adobe, Microsoft..dll. Dia akan kawtim dengan SKMM untuk block semua media file sharing…hampeh betul la. So kawan2 jangan kecoh2
alahai… mcm x reti2 nak ubh DNS tue, yg block pun le masuk gak
mediafire terbaek.. Dulu dan Kini
kerajaan dengar sangat cakap artis..suara rakyat yang lagi ramai ni x didengar pulak?
hehe.. saya ni jarang download.. rasanya semua saya guna..
harapan terakhir umat manusia
mediafire laju giler….highest speed yang direkod time tu dekat 500KB/s guna wifi universiti…walaupun wifi u ni nak akses punyalah slow, tapi download memang sah giler…
tak lama lagi kena block ngan Sekem baru taw
senyap2 udah
tak lama dah tu -.-
bestnye mediafire, speed laju, tiada capcha, kurang iklan.
jom download
mediafire FTW
MEDIAFIRE x best untuk internet yg suka putus2..
untuk internet yg suka putus2 kena guna apa? *nak tau
mediafire sgt best.. nk berbanding dgn yg lain2..
xprnh try pulak mediafire..slalu guna 4shared je..
mediafire mantop!!!
mediafire mmg tak penah mengecewakan huhu
mediafire paling mantap dari lain2..
mediafire free, pasni jgn gatai2 buat berbayar pulak…
mediafire mmg #terbaik
kalau free,laju,parallel mmg dapat sambutan la..
so far mmg inilah yg terbaik utk pengguna tempatan…
huhuh..aried salah seorang penggemar mediafire…
Amanz..napa bagitahu boleh atasi sekatan…bising la Amanz ni..kalau SKMM dengar,semua salah Aman Firdaus!!
walaupun sesetengahnya di sekat namun masih boleh di download… mediafire masih menjadi pilihan aku juga… huhuhuhu
hedoop mediafire !!!
mediafire di hati
mediafire memang pertama dihati aku, hehe
aku memey suka mediafire dari dulu lagi. speed laju… kehkeh
haha..U aku block mediafire..sadis gila..
mediafire baik tu..sesedap rase je..haha
so far mmg inilah yg terbaik utk pengguna tempatan…
Like Mediafile..
patut la aman taruk iklan kat mediafire.. keh3..
hoyeah!!! aku penggemar mediafire
memang best MF ni.suka download file movie dengan MF.he..he..hidup MF!
yg terbaik bagi aku…sng nak download…
kalo internet lambat pun bole pause and resume balik…
mediafire terbaik
memang menjadi pilihan utama
mediafire memang best lju dan bleh download byk file dlam 1-1 msa
takde masa menunggu dan boleh “Resume” muat turun!!
aku pun suka mediafire..aku download pun mediafire, upload pun mediafire..sebab tak payah nak tunggu kalau download byk2 sekaligus pun boleh..tu yg best..laju plak tu..huhu