23Sep

MAS Melancarkan Chrome Extension – MHQuick

Web 2.0

Nampaknya, dunia internet dan teknologi tanahair semakin menarik, dimana selain daripada pelbagai aplikasi, kini pembangun turut sama menumpukan perhatian kepada pembangunan extension dan addon untuk pelayar web. Terkini, hari ini Malaysia Airlines telah pun melancarkan aplikasi khas untuk Chrome dipanggil MHQuick.

Menurut MAS, MHQuick merupakan salah satu aplikasi khas untuk pelayar web yang memudahkan para pengguna untuk menempah tiket kapal terbang MAS, selain pada masa yang sama turut sama boleh menyemak masuk ke kapal terbang.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun dan memasang extension MHQuick terus daripada Chrome Extension, dan mula menggunakannya hari ini. Selain daripada aplikasi untuk pelayar web, sebelum ini MAS turut sama telah melancarkan aplikasi MHBuddy pada Facebook.

Tips daripada @icednyior


Wikia Search Menamatkan Perkhidmatannya
bit.ly Kini Berwajah Baru
Facebook Mencapai Angka 500 Juta Pengguna
Lelong.my Membuka Pendaftaran Untuk EC Fair
Facebook Mengumumkan Permainan Sosial Paling Popular Sepanjang 2011

3 Komen

  1. EddyGeek pada 23 Sep 2011

    teringin aku bt chrome extension utk blog aku satu. source code yg ada skrg kurang menarik.

  2. wazy pada 23 Sep 2011

    menarik juga chrome extension ni

  3. khairi pada 24 Sep 2011

    npe xleh nk tukar tarikh die waktu pilih flight??


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader