12Sep

Microsoft Akan Mengedarkan Windows 8 Build 8100 Rabu Ini?

Microsoft

Dengan hanya sehari lagi sebelum acara BUILD bakal diadakan, kini beberapa berita baru mengenainya mula kedengaran. Ia kini diperkatakan yang mana Microsoft bakal memberikan Windows 8 Build 8100 kepada para hadirin acara BUILD tersebut, dan berkemungkinan akan membolehkannya dimuat-turun dengan mudah oleh para pengguna seluruh dunia.


Windows 8 Build 81xx [via]

Seperti diperkatakan sebelum ini, Windows 8 yang bakal diberikan kepada umum itu kelak buat pertama kalinya adalah merupakan versi pembangunan, ataupun turut dikenali sebagai Developer Preview. Buat masa ini, masih belum diketahui bilakah Microsoft akan melancarkan versi Beta untuk Windows 8, memandangkan sebelum ini, untuk Windows 7, Microsoft telah memberikan Windows 7 Beta kepada semua hadirin PDC 2009.

Selain daripada itu, Microsoft juga pada masa yang sama turut diperkatakan akan memberikan sebuah tablet khas daripada Samsung yang didatangkan bersama-sama Windows 8 kepada para hadirin di acara BUILD.

Kami di Amanz akan membawakan perkembangan semasa dari acara tersebut bermula daripada sekitar pukul 1 pagi 14 September kelak.


Microsoft Bakal Menjenamakan Semula Live Kepada Kumo?
ISO Windows 7 Beta Di Laman Torrent
Windows Phone 7 Mencapai Fasa RTM
Tingkatkan Produktiviti Perniagaan Anda Dengan BPOS
Microsoft Menerangkan Fungsi Boot Baru Pada Windows 8

9 Komen

  1. tgkuaizat pada 12 Sep 2011

    x sabr menunggu…

  2. jyundoo pada 12 Sep 2011

    nak bagi tablet kepada pengunjung tu yg menarik jiwa tu. he

  3. anazhd pada 12 Sep 2011

    hoping for something beyond windows 7, ubuntu 11, and mac sl.

  4. bravo!! pada 12 Sep 2011

    GO!!!GO!!!!microsoft!!!

  5. Omar pada 12 Sep 2011

    +1

  6. Steady Eddie pada 12 Sep 2011

    cepat-cepat lew hendaknyer…

  7. AMR pada 13 Sep 2011

    windows 8 is underway…

  8. buyat pada 13 Sep 2011

    harap2 lagi ok la dari windows 7

  9. zairy pada 13 Sep 2011

    Majlis tu dorg wat kat mana :) … nk seludup masuk sekali..boleh x..hahhaha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader