17Sep

Microsoft Memperlihatkan Aplikasi Dalam Bentuk Metro Dan Perkongsian Melalui SkyDrive

Microsoft

Seperti sedia maklum, melalui Windows 8, ianya membawakan antaramuka serba-baru, dikenali sebagai Metro. Bersama-sama dengan desktop, beberapa aplikasi terbina padanya turut menerima kesan tersebut, termasuk aplikasi gambar, emel, kalendar, People, dan juga permesejan, yang mana Microsoft memperlihatkannya dalam sebuah video ringkas mereka.

Jikalau dilihat, ianya serba sebanyak menyerupai aplikasi sama pada Windows Phone, dan mungkin ianya merupakan salah satu usaha Microsoft untuk menyatukan kedua-dua sistem operasi ini. Pada masa yang sama, apa yang dapat dilihat adalah ianya turut mengutamakan pada perkongsian awan, membolehkan pengguna mengakses gambar melalui sebarang PC, serta pada masa yang sama, menghantar dan menerima mesej dan emel dengan mudah.

Buat masa ini, Microsoft hanya mengeluarkan Windows 8 Dev Preview yang mana boleh dimuat-turun oleh semua secara percuma, dan mengujinya terlebih dahulu.


Tiada Sebarang Perkara Baru Pada Windows 7 SP1
Windows 8 Membolehkan Pengubahan Pada Skrin Kunci
Peranti Pertama Windows Phone Mango Menjelang September Kelak?
Windows 8 Dev-Preview Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua
Windows 8 Beta Bakal Membolehkan Pengguna Mengubah Warna Latar Belakang

3 Komen

  1. Alan pada 17 Sep 2011

    Keep it up to date Microsoft !

  2. Omar pada 17 Sep 2011

    Betul-betul modern!

  3. Izzat Aziz pada 17 Sep 2011

    i like.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader