Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pengumuman rasmi Microsoft berkenaan dengan Windows 8, semestinya ramai yang ternantikan untuk mengetahui apakah perkara baru yang dibawakan oleh Microsoft oleh sistem generasi baru mereka itu. Salah satu perubahan drastik yang dibawakan oleh Windows 8 kelak adalah prestasi penggunaannya yang lebih baik dan lancar berbanding Windows 7, selain turut membawakan antaramuka yang serba baru bersama-sama dengannya.

Windows 8 membawakan antaramuka Metro seperti mana yang diperlihatkan sebelum ini, yang dioptimasikan sepenuhnya untuk menyokong pelbagai peranti sentuh, selain mana turut menyokong desktop biasa, membawakan sokongan navigasi yang lebih mudah dan kemas berbanding sebelumnya.

Salah satu aplikasi utama yang bakal dilancarkan bersama-sama dengan Windows 8 kelak adalah Internet Explorer 10, yang mana akan menjadi salah satu teras utama untuk peranti Windows 8. Pada masa yang sama, IE 10 juga dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh, dan diperkatakan tidak akan menyokong Windows Vista dan sebelumnya, dan hanya akan diperkenalkan untuk Windows 7 dan didatangkan bersama-sama dengan Windows 8.

Bersama-sama dengan antaramuka Metro, Windows 8 juga turut mengutamakan kepada penggunaan aplikasi, yang mana mengunakan paparan skrin sepenuhnya, serta membawakan pengalaman menggunakan sesuatu aplikasi ke tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, menariknya, setiap aplikasi juga turut sama boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah, dan boleh di sync ke perkhidmatan awan seperti Skydrive dengan senang dan pantas.
Ini merupakan salah satu perkara yang semestinya ramai yang sedia ketahui. Melalui Windows 8, Microsoft membawakan peningkatan prestasi, keselamatan, sekuriti dan juga privasi yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Windows 8 turut memerlukan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Windows 7 untuk digunakan, serta mengoptimasikan penggunaan CPU dan memori secara maksimum berbanding Windows 7.
Melalui Windows Store, para pengguna boleh memuat-turun semua aplikasi dan perisian yang diperlukan mereka dengan mudah, dan pada masa yang sama, para pembangun juga boleh menggunakan platform ini untuk memperluaskan penyampaian aplikasi dan perisian mereka kepada para pengguna seluruh dunia.
Seperti mana yang diperkatakan, Windows 8 bakal menyokong cip berasaskan ARM, selain pada masa yang sama turut menyokong sistem 32-bit dan juga 64-bit, serta sokongan skrin bersaiz daripada 10-inci sehingga ke 27-inci.
Microsoft dijangka akan membolehkan para pengguna seluruh dunia memuat-turun fail ISO dan beberapa fail berkaitan lain yang diedarkan pada BUILD 2011 hari ini bermula daripada pukul 11 pagi waktu Malaysia, dan akan dibuka secara berperingkat kepada semua.


Terima kasih Microsoft
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
UI Metro ni makin lama tengok makin rasa kureng.. mcm simple sgt. cuma tiles dan typografi. kenala cuba dulu baru boleh kritik.
pernah pakai windows phone 7? kalau bagi UI tablet/phone anda mesti berterima kasih dengan benda ni, sebab sudah memudahkan + simple tapi cantik disusun..pun kalau tak menarik, pasti akan beri satu keunikan berbanding sistem pengoperasian lain
mungkin juga begitu, aku pun belum try.
Aku tengok live streaming tadi. Memang peh!
xsabo nk download..huhu
cool
mcm lawa je
mmg terbaik lah windows 8 nie..
hehehehe…..tak sabar nak tunggu nih…….memang sempoi giler….at least kena jauh lebih cekap berbanding windows 7 terutama dengan netbook, nak pakai memang slow!
kite tunggu dan lihat
<> Ape terjemahan yang tepat untuk “sync” ye….. mari ramai2 tolong editor kita i amanz…….
sync = selari
terbaik la antaramuka windows 8 ni
memang superb habis
thumbs up microsoft ! memang terbaik !
bgus
minimalist mengambil tempat..