06Sep

Microsoft Memperlihatkan Windows Phone 7.5 Mango Dengan Lebih Dekat

Microsoft

Dengan pengumuman beberapa peranti Windows Phone Mango sebelum ini, ianya juga kelihatan yang mana Microsoft telah pun menyediakan sebuah video khas, yang mana menerangkan sistem operasi mudah-alih terbaru mereka itu dengan lebih dekat, dan mendalam, serta memberikan penerangan satu per satu mengenai fungsi-fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Pada masa yang sama, ianya turut kelihatan yang mana Windows Phone 7.5 ataupun Mango lebih memfokuskan kepada rakan-rakan seseorang pengguna itu, selain mana turut membawakan beberapa fungsi tambahan seperti Groups, Threads dan juga Local Scout, membolehkan anda mengikuti kemaskini rakan, dan berkomunikasi dengan mereka dengan mudah.

Walaupun beberapa peranti baru telah mula kelihatan menggunakan Windows Phone 7.5 Mango, Microsoft masih lagi belum mengumumkan secara rasminya bilakah telefon sedia ada akan menerima kemaskini tersebut. Namun begitu, ura-ura awal memperkatakan yang mana ianya bakal dilancarkan sekitar 15 September kelak.


Live Hotmail Kini Menyokong POP3 Secara Rasmi
Windows 8 Di Pasaran Menjelang 2012
Windows 7 Menyambut Ulang Tahun Pertama
Dashboard Xbox Membawakan Antaramuka Baru Dan Sokongan Awan
Windows 8 Akan Mencapai Fasa RTM Pada April 2012?

5 Komen

  1. kss pada 06 Sep 2011

    pasni xyah pakai pc hehe

  2. Zulfahmi pada 06 Sep 2011

    terbaik… tp apps still kurang…

  3. cameraman pada 06 Sep 2011

    aku harap harga wireless broadband utk phone2 ni,3g dan lain-lain perlu diturunkan, sbb masih mahal. Hp windows phone dan bakal-bakal smartphone akan datang semuanya memerlukan connection to the internet 24 hours.

  4. cursefinger pada 06 Sep 2011

    dah try pun. tp yg rtm jela.

  5. denz pada 06 Sep 2011

    kalau Apple..depa x tunjuk2..terus buat keluar..tapi sebelum tuh..penuh rumours..haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader