Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada Firefox 7 yang telah dilancarkan oleh pihak Mozilla, mereka juga pada masa yang sama telah mengeluarkan kemaskini untuk aplikasi pengurusan emel daripada mereka, iaitu Thunderbird, dimana terkini Mozilla Thunderbird 7 telah dikeluarkan, dan boleh dimuat-turun oleh semua.
Salah satu perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengan Thunderbird 7 adalah enjin Gecko yang serba baru, dimana Thunderbird 7 menggunakan dan dijana menggunakan enjin Mozilla Gecko 7. Selain daripada itu, Thunderbird 7 turut membawakan beberapa perubahan kecil pada antaramuka, dan menyelesaikan beberapa pepijat dan masalah yang telah dikenal pasti sebelum ini.
Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Thunderbird 7 untuk platform Windows, Linux ataupun Mac hari ini, dan mula menggunakan aplikasi pengurusan emel versi terkini daripada Mozilla ini.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nice..
Thundercats!
baguslah da keluar versi 7, boleh cuba. bosan dah aku sign in/out utk semak byk akaun email.
ok ke?