Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti dinantikan, hari ini Nokia Malaysia telah pun mengeluarkan harga pasaran untuk tiga peranti terkini mereka, iaitu Nokia 700 pada harga RM1025, Nokia 701 pada harga RM1130, dan juga Nokia 600 pada harga RM740.
Buat masa ini Nokia 701 sudah pun boleh didapati di Malaysia, dan Nokia 700 akan mula dijual dalam beberapa hari lagi, sementara Nokia 600 bakal mula dijual di Malaysia bermula beberapa minggu lagi.
Ketiga-tiga peranti ini bakal membawakan Symbian Belle sebagai sistem operasinya, serta menyokong NFC padanya.
Buat masa ini, masih tiada maklumat samada adakah syarikat telekomunikasi akan menawarkannya bersama-sama dengan pakej mereka.
18 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
Typo bro..merek?
+1
Biasala kalau update pakai BB..
terase mcm nak gune nokia, tp takut menyesal dengan “symbian” akan dtg… wooot~ ;D
Symbian Belle bukan macam Symbian Series 60 bro..
yup tau…tp kne tggu respon org ramai pasal symbian belle ni..coz ni 1st phone gune symbian belle kan? slalu nye 1st produk adelah produk percubaan.. ape2 pun, wait n see..
tapi dari feedback orang yang dah guna belle leaked version kat Nokia N8 dieorang akap best. takde plak yang bagi feedback negatif sangat. Kalau negatif pun sebab apps tak support. tapi tue normal la tuk leaked version…
akap? hohoho ko pon tulis komen pakai BB jugak ke
piratz terkene gak…
nampak sgt pakai BB…
hahaha
sepatut nye kite kne dgr feedback org yg da pkai lame dlm 1-1 produk tu..yela, bile 1st time pkai mmg la semuanya ok.. pkai sbulan 2 nt, hampeh..sory, aku x ckp symbian je..ios, android n BB pun same..
murah gak
xde la mahal sgt kn
semakin maju.. harap² tidak mengecewakan..
nokia terbaik!
Beli
dh lama xguna nokia..huu..mcm murah~
nokia best