13Sep

Nokia Mengintegrasikan Peranti Mereka Pada Kereta Melalui Nokia Car Mode

Gajet, Telekomunikasi

Selain daripada menekankan teknologi NFC, kini Nokia juga ingin mengintegrasikan peranti mereka ke dalam kereta, dengan memperkenalkan sebuah aplikasi Nokia Car Mode, yang mana melaluinya, ianya memudahkan para pemandu untuk menggunakan dan mengakses beberapa perkara menarik, termasuk sokongan navigasi, kemaskini trafik, dan menerima panggilan dan mendengar lagu dengan mudah dalam kenderaan.

Aplikasi yang dibangunkan dalam bahasa QT itu akan menyokong semua peranti Symbian Belle dan juga Nokia N9 yang baru dilancarkan di Malaysia hari ini. Untuk menjayakan perkara ini, Nokia menggunakan MirrorLink untuk menghubungkan telefon pintar kepada paparan didalam kereta, sekaligus memudahkan anda menggunakannya.

Mungkinkah dengan ini, ianya akan memberikan impak besar kepada pengeluar GPS buat masa ini, apatah lagi Nokia mempunyai sistem pemetaan mereka yang jauh lebih menarik berbanding pengeluar-pengeluar lain.


Galaxy S2 Versi Windows Phone Dalam Pembangunan?
Nokia Bakal Melepaskan Kemaskini Symbian Belle Dua Hari Lagi?
Samsung Galaxy Y Ditawarkan Pada Harga RM499 Di Malaysia
AMD Memperlihatkan Perancangan Cip Pemprosesan Sepanjang 2012/13
Nokia Bakal Memperkenalkan Aplikasi Kamera Baru Dan Pengawal Data Untuk Lumia?

4 Komen

  1. ekspresiruang pada 13 Sep 2011

    smart move by Nokia

  2. yapompiow pada 13 Sep 2011

    menarik dr nokia

  3. ibnu ahmad pada 14 Sep 2011

    Memang terbaik la nokia.. OS lain x dapat lagi nak challenge nokia bab navigasi ni

  4. Hafiez pada 14 Sep 2011

    Lepas ni tentu ada mana2 brand yg tiru, pastu kata dia yang pertama menggunakannya. Nokia + symbian mula tunjuk taring, pencabar lain ternganga. Nokia Maps pling terbaik, semuanya free.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader