Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang dinantikan, hari ini secara rasminya, Nokia Malaysia telah pun melancarkan peranti MeeGo mereka yang dinantikan sekian lama, iaitu Nokia N9 di pasaran Malaysia. Walaubagaimanapun, ianya masih belum mula dijual, dan dijangka akan mula bermula Oktober kelak.
Melalui Nokia N9, ianya membawakan peranti tanpa sebarang butang, dan membawakan antaramuka yang menarik dan mesra skrin sentuh. Selain daripada MeeGo yang dioptimasikan khas untuk Nokia N9, peranti terbaru daripada Nokia ini juga turut sama membawakan kamera 8-megapixel, sokongan NFC untuk pperkongsian fail dan bermain permainan. Nokia N9 juga turut membawakan peta dalam bentuk 3D untuk memudahkan anda mengenali tempat-tempat baru dan menggunakannya dalam navigasi.
Di Maaysia ianya akan mula dijual kepada umum bermula minggu awal Oktober kelak. Nokia N9 16GB akan dijual pada harga RM1799 dan 64GB pada harga RM2088. Dan seperti diperkatakan sebelum ini, ianya akan turut ditawarkan oleh DiGi, Celcom dan juga Maxis dengan pelan khas, selain turut dijual secara berasingan.
39 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
menarik… berminat tapi kurang mampu. hehe. saya suka NOKIA
Menarik!! Tunggu iPhone 5 keluar dulu baru decide which phone nak dibeli
“There’s also a NFC enabled stereo speaker going for RM699. As comparison, the N8 was launched at RM1,690 last October.”
sumber: http://www.soyacincau.com/2011/09/13/official-nokia-n9-malaysia-pricing-from-rm1799/
Comments template of the day:
“Menarik, tapi…(isi alasan terbaik anda)”
bagus tu bagus…harga pun sangat berpatutan dan jimat. cantik pon cantik. nokia pulak tu. Tapi, nokia penipu, janji release bulan ni, pastu tunda, pastu tunda lagi, hari tu janji september, tgk-tgk september launch je. Di jual bulan october? perghh….kena kencing lagi….baik aku beli samsung galaxy s 2 kalau mcm tu…apa la nokia kalau tak tahu bila nak release jgn la dok cong kat pembeli. tgk samsung, takde pon tipu-tipu release bulan ni pastu delay2, buat customer frust je. apa raaa…tak de discipline punya nokia. hilang respect aku kat nokia
sorry nokia and gang-gang kat sini, aku terlebih emosi..hehehe…ape-ape pon aku tetap peminat nokia > Producknya bagus,tahaan lasak dan boleh pakai lama dan penting sekali, unique dan inovatif. kameranya bagus. Harga, berpatutan kalau dibanding dgn samsung dan apple yg high end skrg ni. ape-ape pon tunggku nak kena try dulu bila dia release.
Hahaha, zaman sekarang bukan macam zaman dulu, CEO dah tukar.
Nokia kata E6 keluar akhir bulan June. Betul2 keluar. X7 2-3 minggu lepas tu. Casing
pun dealer dah dapat, dia orang tunggu stock phone tu tiba aje.
bro, kalau dah suka, aku sanggup tunggu, kalau boleh depa mesti nak launch awal2 supaya tak perlu bersaing dgn peranti yg mungkin lebih maju kalau launch lambat. mesti ada perkara yg melambatkan pelancaran. mcm aku, punya minat tab 10.1, aku tunggu je smpi launch sbb mmg minat. sama goes to n9, mmg revolution dari nokia, kalau nak kene la tunggu. hehe, mcm tungguawek habis belajar baru mak benarkan kawen
diorang delay2 sebab nak bagi kita masa kumpul duit cukup2 bro
nampak cam menarik tapi video promo nyer cam biasa biasa jer.
video dia simple je, byk kat luar tu produl2 lain video tgk dasyat, tapi bila try betul2 biasa je.
nampak cool.. tp x mnarik gak kalo skit je app yg cun..
ape2 pun android ttp dihati~ lol.. :3
bro zaman apps dah berlalu, nokia pon dah cakap dah dulu ada artikel kat internet, dia kata apple dan android terlalu focus on apps is outdated. dari tahun 2004-2010 pelbagai symbian apps dah dikeluarkan dan diterokai, dan apps yg practical dan mmg betul-betul ‘perlu’ telah pon dikenal pasti dan diintegrasikan ke dalam telfon–telfon nokia dan telefon- teelfon lain apple dan samsung cthnye.. Apps-apps yg lain tu just for fun je, tak guna sgt pon dan tak practical. Sbb tu apps yg berlambak kat apps store ovi, apple dan android, kalau tak donload pon tak kisah sgt sbb tak perlu. Kecuali kalau software update dan games tu ok la.
hehe…mintak maaf nokia dan kawan-kawan kat sini….aku gurau je…terlebih emosi…sbb dah tunggu lama n9 ni..mungkin diaorang delay sbb tertentu, tak leh salahkan nokia sgt kan. anyway nokia ni mmg bagus….tahan lasak. simple to use, harga dia ok je. aku ingatkan rm2000k lebih.
2000k??
tu dh dekat 2 juta tu..
+1
Best kew?? Xbest pon video promo ni..
harga agak fail..serius!
Yang 16 GB lebih murah dari Samsung S2 dan Sony E Xperia Arc(Ori), HTC Sensation, Blackberry Bold 9900. Kalau yang Android, bateri cepat habis & kalau brand2 tertentu tak tahan. BB pulak untuk bisnis.
better than 16GB..muhahahaha XD
ok la harga dia. mane ada fail. korang keluarkan duit utk beli hp kerana hardware dia ke(spt camera,body dia,battery dia) atau kerana software(android,ios, meego,symbian)? Kalau dari segi hardware nokia yg power, aku rasa harga tu terlalu berpatutan. Tapi ramai orang skrg keluarkan duit beli hp sbb software dia(spt android dan iOS), cantik kat screen dan function saja. Tapi adakah hardwarenya kualiti bagus? Btw kebanyakkan pengeluar-pengeluar handpon low quality hardware dan pelbagai brand kat luar sana suka guna ‘android’, sbb license dia free dari google, dan mereka boleh release produk tersebut dgn mudah walaupon qualitinya rendah.
wa suke same lu! sungguh bernas!! +1000k
hhuhuhu..nokia rasanya dah makin tenggelam sebab dh rmai mmpu milik tepon2 best mcam iphone n BB
Apa yang best berkenaan iPhone dengan Blackberry?
+1
mahal utk smartphone yg nampak biasa2 aje…
wahhh..harga sama dgn sebiji laptop tuu…
dah lama dk dgr berita pasal n9 ni.
Menarik tapi saya nak beli jugak..
x mampu lak..
memang nak angkat la………kalau dah kaye..
tak mampu den
harga N9 kali ni rendah klu nak dibandingkan dengan first release N8. nokia tak berani setarakan harga dengan pesaing@smartphone lain yg mencecah 2k.
mahalnye..xmampu..
xde duet nk beli
tggu duet ada je…
rasa nak beli..nanti ada duit
mak aiii…ctk 2 pink!!!
tp…mahai…xmampula kot