04Sep

Nokia N9 Bakal Ditawarkan Oleh Celcom, DiGi Dan Maxis

Gajet, Telekomunikasi

Salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna tempatan adalah Nokia N9 yang didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi MeeGo. Menariknya, hari ini, Nokia Malaysia telah mengemaskini halaman rasmi Nokia N9 mereka, memperlihatkan yang mana ianya akan ditawarkan oleh Celcom, DiGi dan juga Maxis tidak lama lagi.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan mula dijual di Malaysia. Namun perubahan baru pada halaman web mereka, memperlihatkan ianya semakin hampir, dan seperti dinantikan akan dilancarkan pada bulan ini.

Nokia N9 membawakan sistem operasi MeeGo yang dinantikan ramai, selain mana turut membawakan pelbagai teknologi menarik padanya, berserta sokongan NFC. Harga jualan Nokia N9 juga disasarkan dibawah RM2000 di Malaysia. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Nokia N9 di Malaysia tidak lama lagi.


Yes Mula Menawarkan Yes Zoom Dan Yes Buzz
(Video) Pandang Pertama Symbian Belle Pada Nokia 600, 700 Dan 701
Pakej iPhone 4S Daripada Pihak Celcom Akhirnya Diperlihatkan
Maxis Memperkenalkan Pelan Pra-Bayar Baru - Hotlink Bagus
Adakah Papan Kunci Berasaskan Projektor Bakal Memenuhi Pasaran Pada Masa Akan Datang?

28 Komen

  1. Piratz pada 04 Sep 2011

    Aku tempah satu….

  2. idd pada 04 Sep 2011

    peranti Nokia tak sehebat Samsung, Apple dan HTC.

  3. BulanTerkenal pada 04 Sep 2011

    tapi Symbian OS la yg paling top bilangan usernya kat dunia ni..

  4. raja unta pada 05 Sep 2011

    ape best nye?

  5. yapompiow pada 05 Sep 2011

    nokia fans mesti dpt kn nie!

  6. cameraman pada 05 Sep 2011

    nokia dah tak pakai symbian mulai tahun depan. 2012 semua hp nokia guna windows phone 7(mango). N9 ni diaorang pakai OS Meego from Intel, OS yg ura-ura katanya OS yg asal utk nokia, tp diaorang tukar ke symbian. Meego OS akan terus di support nokia dan intel(sbb nokia join microsoft) untuk beberapa tahun. maybe 4-5 years?

    bagus handphone ni. kenapa aku akan beli nokia dr samsung galaxy, iphone dan lain2?

    1)camera nokia terbukti power,best for photography+carl zeis lens(lens yg digunakan dlm pembikinan citer lord of the rings cthnye)

    2)battery nokia paling reliable(GOOD FOR EMERGENCY)…lambat kong sbb software meego/symbian…..berbanding smartphone lain yg OS mereka makan battery spt android.

    3)tahan lasak…dah pakai 6-10 tahun pon ok lagi…apatah lagi kalau orang pandai take care hp mereka.

  7. Hafoz pada 05 Sep 2011

    Minat…… tp betul ker meego nie yang pertama & terakhir dari Nokia? So…. ambik langkah ‘tunggu dan lihat’ dulu perkembangan akan berlaku……..

  8. cameraman pada 05 Sep 2011

    yep. First and last. Maybe first and last most innovative phone, sbb nokia mmg terkenal dgn innovasi mereka sejak 10 tahun sudah. Tapi mulai next year akibat ekonomi teruk, mungkin tak byk lagi inovasi spt sebelum sebulm ni dr nokia. Byk mobile phone akan kekal bersama Android, iOS ataupun windows phone 7(spt nokia) utk save budget.

    kalau anda sukakan kelainan lain dari orang lain, meego n9 lah jawapannya. Berbaloi selain sbg smarpthone, juga sbg Collector’s item. Takkan ada dah hp mcm N9 ni, sbb tu nokia tak release kat byk country, US dan UK pon tak dapat. Kemungkinan besar resale value sgt tinggi di masa hadapan. Tapi kalau aku, simpan je. Sbb hp-hp lain semua lebih kurang sama,,,samsung adroid semua sama, Iphone pon sama…..tiada lagi inovasi.

  9. IzhamHasan pada 05 Sep 2011

    N9 ni cantik la..kalo aku tak kenal android mesti aku da pakai N9 atau N8 da

  10. Syafiq Roos pada 05 Sep 2011

    MeeGo bukan dibangunkan oleh Linux ke? Apa-apa pun, masa g review N9 ni hari tu, memang aku aku akan angkat sebijik. kelancaran dan kestabilan N9 memang hebat, menghampiri iOS. Maaf kalau aku punya pendapat terlebih2 sangat. Pergi ke blog aku dan cari review N9. sorry, kalau review aku tak membantu

    • Ahmad Fikrizaman pada 06 Sep 2011

      apa2 pun, aku tetap sokong linux.. tak kisah la android, webos, moblin, meego ataupun maemo..

  11. ekspresiruang pada 05 Sep 2011

    yg ni pon cam best. nmpk simple dan lebih trendy berbanding iPhone

  12. Mayang Abadi pada 05 Sep 2011

    saya suka nokia, tapi yg ni macam mahal sgt. hohoho

  13. cameraman pada 05 Sep 2011

    mahal tu biasa la…dulu nokia harga cecah 3k lebih time N95….sape tak ingat. Tapi N95 mmg satu revolusi hp aku takkan lupa….

    mmg meego ni linux tapi maintaned and support by Intel..

    hp ni mmg cantik. nokia ada cakap mereka akan terus focus pada camera dan area mobile photography bagi hp-hp mereka. sbb nokia skrg dah nak join microsoft dan adopt windows phone 7, so skrg ni inovasi nokia lebih menjurus kepada hardware saja la kot.

  14. cameraman pada 05 Sep 2011

    Nokia mahal sbb quality bagus berbanding jenama lain. Nokia hardware-top of the class.tapi aku tak rasa la hp n9 nokia ni mahal. Disebabkan pengukuhan nilai ringgit, Skrg harga paling mahal hp pon dlm 2.2k htc sensation. Samsung galaxy s2 dlm rm2k saja kat maxis. Aku agak harga hp n9 dlm Rm1800 je kot versi 16gb. yg 64gb mungkin rm2000 lebih.

  15. kss pada 05 Sep 2011

    nokia-best, meego-x tahu apa kelebihan compare OS lain..

  16. gingercruzt pada 05 Sep 2011

    os MeeGgo best ke??

  17. Haziq pada 05 Sep 2011

    mmg kene angkat satu nihh.

  18. Azam pada 05 Sep 2011

    Menarik gak ni… kalau betul bwh RM2000, rasanya agak berbaloi. Tapi buat masa ni bilangan aplikasinya masih kecil jika dibandingkan dgn Android & iOS.

    • Komander pada 05 Sep 2011

      Meego kan baru lagi. Sama macam Android or iOS mula2 keluar dulu. mesti tak berapa banyak applikasi lagi maa..

      • Ahmad Fikrizaman pada 06 Sep 2011

        rasanya nanti mungkin ada porting dari android software ke meego.. tapi sayangnya
        orang tak nampak kelebihan linux..

  19. Zul's Stuff pada 05 Sep 2011

    x sbr nk tnggu..

  20. faiz77 pada 05 Sep 2011

    meeegoo maksud nya?terbaiik

    • faiz77 pada 05 Sep 2011

      sape xbeli rugi,jom p beli sementara stok masih ada.

  21. cameraman pada 06 Sep 2011

    Nokia pon ada cakap kat website hari tu, ‘apple and android focusing on apps is ‘OUTDATED”. kita kena faham bahawa apps kat apps store tu tujuan dia hanya utk buat duit, dan bukannya utk offer apps apps yg practical dan berguna. Lebih kepada for fun. Kalau apps game ok la. Apps-apps yg perlu spt twitter dan facebook,youtube semuanya dah preloaded dlm handpon.

  22. zairy pada 06 Sep 2011

    dulu mmg aku minat nokia..smpo skrg aku minat… hahahaha

  23. Denim pada 11 Sep 2011

    Teringin nak angkut satu.. kat mana nak tgk demo dia eh?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader