07Sep

Nokia N9 Dilancarkan Di Singapura – Pelancaran Malaysia Pada 13 September

Gajet

Seperti diperkatakan pada awal minggu ini, Nokia Malaysia bakal melancarkan telefon pintar Nokia N9 mereka yang menggunakan MeeGo pada minggu hadapan, iaitu 13 September, dan bakal ditawarkan melalui tiga syarikat telekomunikasi terkemuka negara, iaitu DiGi, Maxis dan juga Celcom. Namun begitu, menariknya, seminggu lebih awal, hari ini Nokia telah pun melancarkannya di Singapura.

Apa yang menariknya adalah dimana pelancaran terlebih dahulu di Singapura, memperlihatkan yang mana harga jualannya kelak tidak akan jauh berbeza dengan jualannya di Singapura. Walaubagaimanapun, N9 masih belum mula dijual, dan dijangka akan dimulakan dalam bulan ini juga. Di Singapura, Nokia N9 16GB akan dijual pada harga S$799 (~RM1975) manakala versi 64GB pada harga S$899 (~RM2222). Berkemungkinan kita boleh dapat melihat harga yang lebih kurang serupa dengan Singapura di Malaysia.

Nokia N9 membawakan sistem operasi MeeGo yang dinantikan ramai, serta didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan 1GHz, sokongan grafik PowerVR SGX530, kamera 8-megapixel dengan sokongan optik Carl Zeiss, sokongan NFC, dan sama seperti iPhone, Nokia N9 hanya menyokong mikro-SIM.


Nokia Memperlihatkan Kemerosotan Jualan Dan Pendapatan
Mungkinkah Samsung Menghentikan Pengeluaran Peranti Windows Phone?
BlackBerry Bold 9790 Dan BlackBerry Curve 9380 Diumumkan Secara Rasmi
Peranti Nokia Lumia Mula Ditayangkan Di Nokia Store Utama Seluruh Negara
Nokia Bakal Mematikan Sokongan Ovi Share Bermula 30 Mei 2012

10 Komen

  1. Encik Hasan pada 07 Sep 2011

    agak boleh tahan harga dia…. xcecah 2000…..

    • khairul pada 07 Sep 2011

      rm1840…… fuh.. mahal tu….

      • Aman pada 07 Sep 2011

        aiyak. silap lak tadi. dah update harga balik. hoho.

        • Arca pada 07 Sep 2011

          update harga lagi tinggi. haha

          • Aman pada 07 Sep 2011

            tadi ingat dolar yang dia bagi, SG dolar. Sekali US Dolar da. Haha.

  2. ekspresiruang pada 07 Sep 2011

    affordable

  3. Sya Isya pada 07 Sep 2011

    harga dah lebih kurang galaxy je.

  4. budakudm pada 07 Sep 2011

    tetap kalah dgn kalah SGS2…haha

  5. hahahaha pada 08 Sep 2011

    aku cuma bley melihat je…

  6. Helmisalim pada 08 Sep 2011

    Tak salah aku dulu nokia sendiri kata takkan support meego lg..tapi awat dia pi jual? Kesian nanti pengguna yg pakaj meego


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader