Semua yang mengikuti perkembangan peranti terbaru daripada Nokia, iaitu Nokia N9 yang menggunakan MeeGo, semestinya mempunyai pelbagai pertanyaan mengenai peranti yang bakal mula dijual bermula daripada bulan Oktober kelak. Memandangkan ramai yang teruja mengenai peranti tersebut, kami sendiri telah membuka ruangan pertanyaan mengenai peranti tersebut melalui halaman Facebook Amanz Network, dan kini segala persoalan yang ditanya telah pun dijawab melalui artikel ini.

Apakah saiz kad SIM yang digunakan pada Nokia N9?
Nokia N9 menggunakan kad SIM mikro yang selalunua digunakan oleh peranti Apple seperti iPhone. Apabila kami bertanyakan mengenai penggunaan kad SIM mikro dan bukannya SIM biasa, pihak Nokia mengatakan ianya digunakan supaya dapat mengurangkan ketebalan peranti Nokia N9 itu sendiri. Ikhlas kami katakan jawapan ini adalah kurang munasabah kerana telefon bimbit Samsung dan Sony Ericsson yang terkini masih menggunakan kad-SIM biasa tetapi masih lebih nipis dari Nokia N9.

Bolehkah aplikasi Symbian digunakan pada Nokia N9?
Tidak. Symbian dan Meego adalah dua sistem operasi yang berbeza. Sungguh pun begitu, aplikasi Symbian dan MeeGo kedua-duanya menggunakan kerangka kerja Qt. Ini bermakna pembangun aplikasi dari platform Symbian boleh menghasilkan aplikasi untuk platform MeeGo dengan mudah.
Apakah pilihan warna peranti yang ditawarkan untuk Nokia N9?
Untuk model 16 GB terdapat 3 pilihan warna iaitu Magenta, Cyan dan Hitam. Untuk model 64GB pula hanya model bewarna hitam dihasilkan. Pihak Nokia ketika ini tiada perancangan untuk menambah pilihan warna untuk kedua-dua model ini tetapi kami difahamkan mereka sedia mendengar maklum balas pengguna Nokia berkenaan isu warna ini. Tetapi anda tidak perlu risau kerana sudah terdapat beberapa gambar casing untuk Nokia N9 dalam pelbagai warna. Casing yang nipis ini mampu memberikan anda pilihan warna yang tidak diberikan oleh Nokia.

TERKINI : Nokia menunjukkan video proses mereka N9 semalam dan didalam video tersebut N9 bewarna putih dan hijau dapat dilihat. Adakah ini bermakna Nokia bakal mengeluarkan N9 dalam dua pilihan warna ini?
Adakah kamera N9 lebih baik dari N8?
Tidak. Nokia N9 menggunakan CMOS sebesar 8-megapixel sementara N8 menggunakan CMOS sebesar 12 megapixel. Nokia N8 masih bertakhta sebagai raja imejan telefon bimbit dunia. Sungguhpun begitu Nokia N9 mampu mengambil gambar dengan lebih pantas tanpa mengorbankan kemampuan mengambil gambar pada kualiti yang tinggi.
Saya membaca spesifikasi N9 dan mendapati telefon ini tidak mempunyai kamera hadapan. Tetapi pada gambar N9 saya boleh melihat lubang kamera dihadapan. Ada atau tidak kamera hadapan pada N9?
Nokia N9 dilengkapi dengan kamera hadapan tetapi ianya tidak diaktifkan untuk masa kini dan hanya akan diaktifkan di masa hadapan. Mengapa Nokia mengambil langkah aneh ini? Kami pun tidak tahu tetapi ini bukan kali pertama langkah sebegini diambil. Nokia C7 sebagai contoh mempunyai chip NFC terbina dalam sejak dijual beberapa bulan lalu tetapi sokongan NFC tidak terdapat pada Symbian^3 . Cip NFC didalam Nokia C7 hanya akan berfungsi selepas ianya dikemaskini kepada Symbian Anna tempohari.

Antara ciri istimewa N9 yang digembar-gemburkan Nokia ialah kemampuan NFC-nya. Apakah itu NFC?
NFC ialah Komunikasi Lapangan Berhampiran. Dua peranti yang mempunyai sokongan NFC boleh berkongsi fail hanya dengan bersentuhan. Kita sedia maklum berkongsi fail menggunakan Bluetooth agak leceh dan kerap kali peranti rakan tidak dapat dikesan. Dengan NFC masalah pairing dapat dielakkan. Selain itu NFC juga memudahkan pairing antara telefon dan peranti lain seperti pembesar suara atau fon kepala.

Saya difahamkan terdapat shorcut untuk 4 aplikasi utama N9. Bolehkan shortcut ini diubah mengikut kehendak pengguna?
Tidak. Empat shortcut yang terdapat pada N9 pada ketika ini masih belum diubah mengikut kehendak pengguna. Empat shortcut yang ada sekarang ialah untuk telefon, sms, kamera dan pelayar internet. Menurut Nokia, ianya telah dioptimasikan sepenuhnya mengikut penggunaan dan permintaan para pengguna.

Kini Nokia N9 sudah di pasaran adakah Nokia bakal menurunkan harga telefon keluaran lama mereka seperti N8?
Nokia masih tudak mempunyai sebarang perancangan untuk mengurangkan harga peranti-peranti lama mereka seperti Nokia N8 dan sebagainya buat masa sekarang ini.
Nokia N9 akan mula dijual pada bulan Oktober ini pada harga bermula RM1799 untuk versi 16GB dan RM2088 untuk versi 64GB. Ianya juga dijangka akan ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan bersama-sama dengan pelbagai pakej dan pelan menarik.
Kredit kepada Mr Piratz untuk tips Nokia N9 dengan warna selain 3 yang asal serta Zerokbom untuk pembetulan ralat NFC

perh..dah maju N9..
fuhh..tempting..harap ia sama mcm n900..huhuhu..
fon kepala? uhukkk…
piratz ketawakan gua
gua sedih… letak jawatan
haha… ngade gile..
nice. @obefiend
adoi, nak kene root dulu baru boleh guna front camera??
Bukan la… Maksud diatas, Nokia disable kan fungsi tu.. Kalau ada developer yang nak guna front camera boleh…
root?.. root dalam meego budak 2 tahun pun leh buat rasanya.. haha.. dekat settings je benda tuh.. XD tu kelebihan full linux.. haha
ermmm, malam ni nak jalan jalan ushar phone la
tak sabar menunggu
mengenai micro sim…
bro ada terbaca di laman celcom.. mereka mengatakan bahawa, akan datang, penggunaan micro sim akan lebih meluas berbanding penggunaan sim yang sedia ada.
btul.. snanye sim mikro xjadik masalah pun.. zaman makin moden, bkan mundur…
problem with people with normal sims like me. I switch device all the time. my Andorid and Nokia Symbian phones use normal sims. Later on if i have to do more device reviews susah lah. Nak kena beli microsim or butcher my old sim and use adaptor from now on
not a fun prospect i tell you
Ada sedikit kesalahan di dalam artikel ni.
Nokia C7 yang sebenarnya ada cip NFC tapi tak diaktifkan sebelum ni, bukannya C6. Dan NFC dalam Nokia C7 sudah pun aktif, selepas dinaik taraf kepada Symbian Anna. Tak payah tunggu Belle pun.
Harap ni membantu
terima kasih dan entry sudah dikemas kini dengan ralat diperbetulkan.
NFC dalam phone2 ni semua guna bluetooth 4.0 punya technology kan?
eh.. ignore je la.. salah info.. hahaha
a very nice product but without a good quality amount of apps it hard to compete with others
i dunno about you but all i need on my phone are twitter and email apps. Maybe i am a minority. if JANOLE release Gravity in N9 soon i would but this phone yesterday.
Dan bila nokia dah guna windows phone 7 nanti, apa pula dengan masa depan meego secara amnya, dan n9 secara khususnya? dah tak lama untuk nokia guna wp7.. so better wait for it.. ignore this release.. i guess.
aku dah guna WP7 dari day one. Dah guna semua dev beta MANGO juga
Mango laju tapi even Mango sangat TAK PUAS HATI aku guna. Masih tak cukup feature. API slow. Aplikasi takde push. Tiada multi tasking yang aku rasakan vital untuk pengguna tegar macam aku. Dia hibernate apps ke belakang bila “multi tasking”. Multi tasking SYMBIAN jauh lebih functuional. Weird
But i understand why they chose WP7. Survival orang kata
mcm complicated sgt je..
nope,. This is the SIMPLEST phone ever. NO BUTTONS> Just swipe. I didnt need the pembantu untuk terangkan guano nak pakai phone ni,. sangat natural. Multitaskingnya amat bagus. Terbaik dalam semua smartphone yang aku pernah guna. laju
kurang comel.. nampak macam mainan.. haha
aman ada typo error “tudak” . macam tak berbaloi je. harga tu boleh beli android 2.3 or iphone.
4 bar menu kat bawah tu nampak macam ipong.. jangan nokia kena jugak yea..
this quick bar hanya muncul bila angkat screen by about 2 cm. then it pops up. Kalau tak buat macam ini the menu disappear. not like IPHONE where the shortcut bar is ever present
no basis for apple to sue.
NFC nie mcm menarikk jew
like a candy colour
good job nokia
Tak mampu den nak beli
nice=)
better beli android ice cream sandwich dr n9 ni.. kan3?
micro sim tu nak suruh pengguna ipong tukar kepad n9
feature br pada nokia N9 ni nampak cam terlalu br dlm dunia mobile skg ni tp rasanya merekalah yg akan jadi trendsetter utk smo ni di masa depan. smo feature ni rasanya akan jadi 1 kewajipan kelak utk smo hp di market especially feature NFC tu
Tentang kamera tu, megapixel count bukanlah penentukur mutlak kualiti gambar, lebih2 lagi untuk sensor kamera telefon yg jauh lebih kecil berbanding saiz sensor kamera biasa.
Jadi untuk perbandingan kualiti yg lebih tepat, perbandingan gambar side-by-side diperlukan antara yg dicapture oleh N8 dan N9.
seen them. N8 pics sharper.. more vibrant and definitely have better details. Tapi kamera N8 lembap. no lie here form a nokia fanboy. N9 is just SUPPPPPPPPPPPERR FAST. Gila laju. tekan snap next. No wait. very impressed. Not to mention iso options. The UI for the camera on N9 is a godsent
hati gua kata ya, tapi poket gua kata tidak..hahaha…
+1
bagus jugak. Tapi bila nokia n9 akan ada di pasaran? hari tu cakap august, pastu september. Hari tu tanye kat cina kerja di kiosk nokia tu, dia cakap december….hmm kalau lambat sgt atau tak pasti angkat samsung je la. Samsung sg2 lawan n9 ni yg mana lagi ok?
kalau nak kepala tak pening beli sahaj SGS2. N9 untuk penggila Nokia macam aku. I need the Ovimap. ha ha
yep..mcm aku gak..dulu,kini,dan selamanya NOKIA !! kah3 mcm slogan umngok lak..
selalunua or selalunya… hehe
Nak dptkan satu lah
agak2 n9 nanti akan dianaktirikan macam n900 tak? takut nokia tak nak support lepas launch..
N900 mungkin tidak lagi disokong oleh Nokia. Tetapi N900 disokong sepenuhnya oleh komuniti maemo.
Keputusan Nokia untuk tidak menjual N9 ke semua negara sebenarnya sudah menjadi tanda telah N9 dianak tirikan.
ada tak ape2 komen yg baik atau buruk dr pengguna N9 skrg
Maaf mau nanya N9 saya kamera depan nya gak bisa dibuka (keterangan: modul kamera tdk siap) ? mohon sharing nya