30Sep

#OctTwtFest Bakal Diadakan Di Ibu Pejabat DiGi, Shah Alam Pada 22 Oktober

Lain-lain

Sepertimana yang dinantikan ramai, hari ini, pihak penganjur #OctTwtFest secara rasminya telah pun mengesahkan yang mana acara twtup terbesar untuk tahun ini bakal diadakan di ibu pejabat DiGi yang terletak di Subang Hi-Tech Industrial park. Acara tersebut bakal diadakan pada 22 Oktober ini, bermula daripada 3 petang hingga 12 tengah malam.

Berbeza dengan #TwtUpRaya sebelum ini, acara tahunan ini bakal diadakan secara percuma, membolehkan sesiapa sahaja menyertainya. Seperti biasa, matlamat utama #OctTwtFest adalah untuk membolehkan semua pengguna Twitter tempatan bersemuka dan merapatkan persahabatan mereka di dunia luar talian.

Buat masa ini, aktiviti sampingan pada acara tersebut masih tidak diketahui. Sebelum ini, pada tahun lepas, melalui acara Twtup pada bulan Oktober, beberapa lencana FourSquare telah berjaya didapatkan oleh para pengguna tempatan. Mungkin aktiviti sampingan pada #OctTwtFest bakal diumumkan oleh penganjurnya tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


CiMB Bank Memperkenalkan Aplikasi iPhone
20 Syarikat Memperlihatkan Idea Pada InnoTech 2009
TIME Memperkenalkan TIME Fibre Broadband
Angkasawan Kedua Akan Di Hantar Sebelum 2015
Apple Mungkin Tewas Dalam Kes Menentang Amazon AppStore

3 Komen

  1. Twit N View pada 30 Sep 2011

    nk kena join nie, boleh kenal2 dgn toyol kuning…hehe

  2. Paan Jr pada 01 Oct 2011

    kompen sampai!


Trackbacks/Pingbacks

  1. #OctTwtFest Diadakan Di Ibu Pejabat DiGi,Shah Alam Pada 22 Oktober | akmalhilmi[dot]com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader