21Sep

Opera Memperlihatkan Demo Opera TV Store – Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan

Perisian

Dengan kini ramai pembangun dan pengeluar televisyen turut mengintegrasikan sokongan internet pada kaca televisyen, kini Opera turut sama tidak ketinggalan, dimana kini mereka mendemonstrasikan secara ringkas aplikasi Opera TV Store, dan mengatakan yang mana ia bakal dilancarkan kepada umum pada tahun hadapan.

Melalui apa yang dilihat, aplikasi tersebut dioptimasikan sepenuhnya untuk penggunaan pada televisyen, serta mudah dikendalikan melalui alat kawalan jauh untuk televisyen. Demonstrasi yang diperlihatkan juga sekaligus menunjukkan fokus utama Opera dalam menyediakan Opera Store untuk pelbagai peranti.

Baru-baru ini, mereka telah mengambil-alih Handster Inc untuk menambah baik lagi tawaran Opera Store mereka, dan kini dengan memperlihatkan Opera TV Store, semestinya kita boleh nantikan pelbagai pengumuman menarik berkaitan dengan Opera Store pada tahun hadapan. Sama-sama kita nantikannya.


Office 2010 Technical Preview Sudah Bocor Di Internet?
Mozilla Memperkenalkan Kebolehan Bertukar Saluran Pembangun
Firefox Aurora Terbaru Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
RIM Mengumumkan Sistem Operasi Generasi Akan Datang - BBX
Peranti Nokia 801 Menggunakan Nokia Belle Dengan Rekabentuk Menyerupai N9 Kelihatan

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader