08Sep

Optimasikan Blog Anda Untuk Peranti Mudah-Alih Dengan Mudah Hari Ini

Tips Dan Tutorial

Salah satu perkara yang sering terlepas pandang oleh kebanyakkan penulis dan blog tempatan adalah dimana mereka tidak mengoptimasikan blog mereka untuk digunakan peranti mudah-alih seperti tablet, dan juga telefon. Kini, dengan meningkatnya pengguna yang melayari web menggunakan pelayar web mudah-alih, semestinya anda tidak ingin menyukarkan mereka untuk membaca blog anda.

Blogger Mobile

Selain daripada dioptimasikan untuk skrin yang kecil, anda juga digalakkan untuk mengoptimasikan laman blog anda untuk pengguna pelayar web mudah-alih, supaya mereka tidak menunggu masa yang lama untuk melihat entri dan artikel blog, selain pada masa yang sama, menjimatkan kos jalur-lebar mereka dengan mengurangkan penggunaan data internet mereka.

Dan memandangkan, antara dua platform utama yang sering digunakan oleh para penulis blog tempatan adalah Blogger dan juga WordPress, mungkin anda boleh menggunakan cara berikut untuk mengoptimasikannya dengan mudah.

Blogger / Blogspot

Untuk pengguna Blogger, anda tidak perlu bimbang, memandangkan Google sendiri telah memudahkan proses ini, dimana anda hanya perlu mengakitfkan tema khas untuk pengguna peranti mudah-alih.

Untuk berbuat demikian, hanya ke halaman utama Dashboard Blogger anda, dan seterusnya pilih Settings, dan Email & Mobile. Di sana, anda boleh mengaktifkan dengan mudah.

Blogger Mobile

Untuk pengguna Blogger, Google sendiri menyediakan lebih 27 rekabentuk menarik untuk dipilih oleh penggunanya.

WordPress

Untuk pengguna WordPress, anda boleh menggunakan beberapa plugin yang ditawarkan, yang mana boleh mengoptimasikan web anda kepada peranti mudah-alih dengan mudah dan senang, dengan hanya satu klik.

Antara dua plugin terkemuka yang digunakan oleh ramai pembangun dan penulis, termasuk kami sendiri adalah MobilePress dan juga WP Touch.

Melalui MobilePress, ianya membolehkan anda mengoptimasikan blog anda untuk pengguna semua peranti, dimana lebih kepada memperlihatkan teks tajuk dan komen pada halaman utama, serta gambar dan video yang disertakan pada artikel.

Untuk WP Touch, ianya lebih dioptimasikan untuk pengguna dengan skrin sentuh, yang mana membawakan sedikit grafik tambahan, serta sokongan untuk mengoptimasikannya untuk saiz skrin berbeza.

Jadi, apa tunggu lagi. Optimasikan blog anda untuk kegunaan telefon mudah-alih dan tablet, hari ini.


Tumblr Memperkenalkan Fungsi Komen
#Tips : Mari Jadikan Persembahan Lebih Menarik Dengan Prezi
#Tips : Import Gambar Flickr Ke Facebook Dengan Mudah Melalui UnifyPhotos
Dapatkan Gambar Berkualiti Untuk Kandungan Anda Melalui PhotoPin
#Tips : Lindungi Laman Web Anda Dengan Mudah Melalui 6scan

15 Komen

  1. hahahaha pada 08 Sep 2011

    Mobile view rupanya…BM Pelik…

  2. amoi pada 08 Sep 2011

    mobile view ni sekarang penting. semua orang mana nak online pakai laptop ke pc lagi wehhh. semua pakai henfon je.

    haha!

  3. Mohd Azizul pada 08 Sep 2011

    very good info

  4. Abszeen Picco pada 08 Sep 2011

    +1

  5. shahrul pada 08 Sep 2011

    DAH LAMA MENCARI… TQ

  6. miizan pada 08 Sep 2011

    oooooooowwwhhhhhhh…. good info

  7. Kaio Dot My pada 08 Sep 2011

    yes. masa mula2 buat blog dulu dah aktif kan awal. memang berkesan. mudah dan kemas. yela.. biasanya kalau orang yang surf guna handphone ni just nak baca entry je. bukan nak tgk pon yang kat tepi2 tu..

  8. abdjabbar pada 08 Sep 2011

    Oh! Ada rupanya. Bagus!

  9. Alan pada 08 Sep 2011

    Info sangat membantu saya.

    Terima kasih!

  10. phoenixstudio pada 08 Sep 2011

    dh buat dh..guna wp touch..simple je :)

  11. Kujie pada 08 Sep 2011

    aman , nak tanya ni
    bila gunakan mobile theme ni, selalu ada crawl errors ( 404 page not found ) kat webmaster tool,

    contoh : http://www.namablog/author/nickname/page/68?wpmp_switcher=desktop&mobile=1

    ada beratus2 error yg ada mobile …mcm mana nak settlekan masalah ni ye

    pls..help!

  12. Anarm pada 09 Sep 2011

    sebelum ni aku pkai MobilePress.. smlm tukar pkai WPtouch.. MobilePress kadang2 gambar keluar dr kotak.. salah setting ke ape ke taktau la.. pkai WPtouch ok plak.. sbb tu aku tukar..

  13. sjiehan pada 14 Sep 2011

    kat mana nak tu? x jumpa pon email n mobiledi setting…

  14. Cik Kuntum pada 24 Sep 2011

    serious entri ni sangat membantu, btw amans kalau utk wptouch tu untuk touch screen users sahaja, memang tak ada ke untuk users smartphone yg bukan touch screen?

  15. sjiehan pada 25 Sep 2011

    dah jmpaaaa


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader