20Sep

P1 Kini Menawarkan Pelan OnePlan 69 Pada Harga RM49 Untuk Tiga Bulan Pertama

Telekomunikasi

Setelah memperkenalkan OnePlan sebelum ini, kini P1 menambah tawaran pakej melalaui pelan tersebut, dimana terkini pakej OnePlan 69 diperkenalkan menawarkan para pengguna perkhidmatan jalur-lebar pada harga serendah RM49 untuk tiga bulan pertama, dan menawarkan kelajuan sehingga 1Mbps melalui pakej tersebut.

Pada masa yang sama, pelan OnePlan 69 juga turut sama menawarkan lebih 100 minit percuma untuk tiga bulan pertama. Ianya mungkin merupakan salah satu pelan yang amat sesuai bagi mereka yang ingin menguji pelan jalur-lebar P1, apatah lagi mereka menjanjikan jaminan wang kembali sekiranya para pelanggan tidak berpuas hati.

Melalui OnePlan, P1 menyertakan dua peranti khas, yang mana satu dikhaskan untuk penggunaan didalam rumah, dan satu lagi untuk urusan penggunaan diluar-rumah. Walaubagaimanapun, had penggunaan data sebanyak 3Gb mungkin agak sedikit. Namun begitu perkara ini boleh diatasi dengan mengemaskini kepada pelan yang lebih besar, ataupun membeli kuota tambahan pada harga yang disediakan oleh P1.


Celcom Broadband - Jalur-Lebar Mudah Alih Mampu Milik
iPhone 4 Putih Di Malaysia Pada Minggu Hadapan?
Celcom Menawarkan Kandungan Digital Kepada Para Penggunanya Melalui TheCube
TM Dan P1 Bakal Mengumumkan Kerjasama Dari Segi HSBB Pada Hari Khamis Ini
Yes Mula Menawarkan Sony Tablet S Pada Harga Serendah RM1288

13 Komen

  1. Mashi pada 20 Sep 2011

    3GB jer? Kenapa P1 nak terikot2 syarikat lain ni…

  2. Denim pada 20 Sep 2011

    P1 speed dia agak x stable kat certain area.. aritu aku terus cancelkan subscription

  3. Mayang Abadi pada 20 Sep 2011

    kat kepala batas, p.pinang belum menyeluruh lagi. huhu

  4. amir pada 20 Sep 2011

    mana satu lebih baik?p1 wmax?streamyx?

    • baem pada 20 Sep 2011

      yes4g, laju..duet pun laju

  5. kss pada 20 Sep 2011

    secara teori mmg menarik plan p1 ni..tapi realitinya coverage masih x byk lagi..pendapat saya, Yes4G lebih baik dari segi coverage & speed.

  6. sapikdzul pada 20 Sep 2011

    Cam tak laju jew P1 wimax..

  7. Is Levis pada 20 Sep 2011

    adehh..aku bru pk nak potong streamyx pastu nak ambek p1. lps baca komen korang ni tpaksa pk 2 3 kali

    • Mashi pada 20 Sep 2011

      dekat 2 tahun pakai P1 dari Terengganu ke Shah Alam pastu ke Petaling Jaya..
      so far speed terbaik…Yang penting coverage la area kawasan yang diduduki dalam area hijau :)

    • van der Rui pada 20 Sep 2011

      kalau coverage ok, memang puas hati. P1 memang sesuai untuk orang yang selalu berpindah-randah ni… =p

  8. Ahmad Fuad bin Adzmi pada 20 Sep 2011

    pakai unifi lagi best senang,, huhu

    • Mashi pada 20 Sep 2011

      unifi pon seperti P1 gak bukan semua tempat TM cover…
      lagipon kalau setakat nak bukan amanz.my,ber”FB” membazir la pakai unifi.
      lain kalau kaki download.Hehehe
      aku kaki download pon xpernah ambil quota P1 :)
      donlod benda2 feveret je

  9. bravo!! pada 20 Sep 2011

    x sesuai la…bandwitch skit…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader