Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti yang diperkatakan oleh kami semalam, hari ini aplikasi Parking Mata untuk Android telah pun dilancarkan dalam bentuk Beta, dan boleh dimuat-turun oleh semua secara percuma terus melalui Android Market. Untuk menggunakannya, para pengguna hanya memerlukan peranti yang menggunakan Android 1.6 dan terkini sahaja.

Melalui aplikasi mudah-alih Parking Mata, ianya membolehkan anda berkongsi mengenai kedatangan pihak berkuasa ataupun penjaga sesuatu tempat meletak kenderaan di sesuatu lokasi itu, sekaligus mengelakkan kenderaaan anda daripada disaman atau sebagainya.
Pembangunnya juga turut sama telah menjanjikan akan mengeluarkan aplikasi serupa untuk iPhone pada bulan hadapan, dan versi Symbian pada bulan November kelak. Untuk pengguna Android, anda boleh memuat-turunnya hari ini melalui Android Market, dan mula menggunakannya sekarang.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Mata lai liaw…hhaha..nice2..download jap
sudah download. tapi tidak tahu guna
macam mana dia berfungsi? I mean kalau MBSA datang kat keta, dia boleh tahu ke?
lai lai, kena ada ternet la pulak..dush
bagus2!
ni jenayah ni….
senang je.time korang da park kreta, just push button parking,sesapa yg melihat pihak berkuasa yg berhampiran kreta anda akan menekan button saw mata.so anda akan dapat tahu melalui org tadi yg menekan button saw mata. klu salah tolong betulkan… tak guna pun lagi hehehe..
klu ade utk speed trap atau roadblock lg menarik.bebayar pon aku sanggup beli
susah nak buat utk roadblock.. tak kan nak tekan sambil drive.. huhu..