Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang mungkin menjadi dilema para pemandu di Malaysia adalah saman di tempat meletak kenderaan. Namun begitu, melalui sebuah aplikasi baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, iaitu Parking MATA, perkara ini mungkin dapat diatasi dengan mudah, hasil kerjasama bersama-sama dengan pemandu-pemandu yang lain.

Secara ringkasnya, melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh menjadi seorang pelapor sekiranya ternampak akan pihak berkuasa atau penjaga tempat meletak kenderaan di sesuatu lokasi, dimana ianya secara tidak langsung akan menghantar notifikasi kepada pengguna-pengguna yang lain berdekatan, dan membolehkan mereka mengelakkan daripada kenderaan mereka disaman dan sebagainya.
Namun begitu, salah satu perkara yang menjadi persoalan adalah bagaimanakah sekiranya ianya digunakan untuk perkara-perkara yang tidak baik dan sebagainya. Selain pada masa yang sama, ianya kelihatan seperti mengalakkan budaya yang tidak baik dikalangan pemandu tempatan. Walaubagaimanapun, semestinya kita tidak boleh membuat kesimpulan awal tanpa mencubanya terlebih dahulu.
Parking MATA dijangka akan dilancarkan esok untuk para pengguna Android, dan pada bulan Oktober untuk pengguna iPhone, dan diikuti pengguna Symbian pada bulan November.
22 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Kalau dgn aplikasi ni kena share no plat kereta sekali ker? Mcm tak privacy jer gitu.
Kena tunggu keluar lah nak cuba.
Hurmm.. kena aktifkan data transfer eh?
mcm mana dia berfungsi ..?
Wah! Ada juga perkhidmatan sebegitu? Menarik
alhamdullllah.. sistem dah semakin canggiuh sekarang ni kan,..
mata liao… betol2 hao liao.. hahaha
Silap-silap kena ban dek kerajaan.
bagus lah…dah tak takut kena saman, leh paking suka2 lepas nie…hehehehe
waahhh cm best
hahaha nice.. boleh jimat kahkahkah
bgs jgk application nie..
bayar je la..bukan mahal pon..
huh, mcm xkena je ngn app ni.. boleh abuse. =_=
amanz rocks!
p/s : ptt ler,baru tahu ek, lega dah buang gambar kat sidebar tu. kalau xramai boikot amanz. ada isu sensetif. hehe
macam mana nak buang? tak tau a..
sesuai sgt la kt ipoh..bosan asyik kena compound je..parking xde..urghhh!
macam macam betul la apps sekarang ni.
fuyo!aplikasi wajib ada dlm phone hehe
nampak menarik…. tp reliable ker? kena tunggu dan lihat….
Amanz ada typo di situ..
“ianya sekiranya ianya”
worait. dah update. thanks.
saman parking je pun..xyah byr pun xpa..
menarik!