Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, selain daripada penggunaan FourSquare, kini penggunaan Facebook Places turut sama mula meningkat dari hari ke hari. Apatah lagi, baru-baru ini CIMB telah pun mengumumkan sokongan Facebook Deals apabila mendaftar masuk ke Facebook Places di beberapa lokasi yang terpilih.
Melalui laman SocialBakers yang mana kini turut menganalisa data-data berkaitan dengan Facebook Places baru-baru ini, ia turut memperlihatkan beberapa lokasi popular yang menjadi pilihan pengguna untuk mendaftar masuk di Facebook Places. Melalui perkhidmatan tersebut, ia menyenaraikan lebih 11,634 lokasi Facebook Places padanya.
Menariknya adalah dimana lokasi yang paling popular dikalangan pengguna Facebook di Malaysia adalah Pavilion Kuala Lumpur, dimana hampir 60,000 daftar masuk lokasi dilakukan disana sehingga kini, dan diikuti dengan beberapa lokasi menarik lain, termasuk Woodland, KLCC, MidValley dan juga Times Square.

11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
xpernah pg pavillion…
aik KLIA/LCCT xde tetiba KIA ada???
hmm..betul jugak tu..pelik
smua org tayang2 pegi pavillion..haha
aah la. check in je. Beli tidak. Bajet macam orang kaya je
hahahaha
sebab ade fanpage “anti pavi kids”
pavi mmg style pn~hee
pavi punye pagar kaca tu tak safe
huhu tak pernah gak gi pavillion.tak pernah teringin nak pegi lagi ni.
yall pavifags making me puke