Cari @ Amanz

Nampaknya, akhir-akhir ini Polis Diraja Malaysia atau lebih dikenali sebagai PDRM mula memberikan perhatian kepada penggunaan teknologi terkini, dimana setelah melancarkan aplikasi MyDistress dan juga akaun Twitter rasmi, kini PDRM memberikan perhatian kepada teknologi rakaman di lebuhraya untuk merakamkan kenderaan yang melebihi had laju.

Melalui pelaburan baru oleh PDRM itu, ia kelak akan membawakan sokongan rakaman gambar resolusi tinggi melaluinya, dan menariknya ia boleh merakamkan kenderaan sepantas 320kmh dengan rakaman dengan jarak sejauh 1.2 kilometer.

PDRM juga mengatakan yang mana melalui penggunaannya pada empat bulan lepas, memperlihatkan puluhan ribu kesalahan dirakamkan, dan menariknya setiap surat sama yang dihantar turut disertakan bersama-sama dengan gambar yang dirakamkan sebagai bukti. Penggunaan kamera HD ini juga dijangka akan diperluaskan dalam masa terdekat.

Jadi, mungkinkah perkara ini kelak akan dapat mengurangkan kesalahan lalu lintas pengguna?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd