20Sep

Pekerja HP Mula Diberhentikan Ekoran Penamatan Pengeluaran Peranti webOS

Gajet

Setelah mengumumkan pelan untuk menghentikan pengeluaran peranti webOS, kini ianya kelihatan yang mana HP telah pun memulakan proses untuk menghentikan pekerja-pekerja daripada bahagian Palm pada syarikat mereka. Ianya disasarkan, seramai lebih 100 orang akan menerima kesan daripadanya.

Menurut HP, mereka akan menghentikan pengeluaran peranti webOS bermula daripada penghujung Oktober ini, dan salah satu kesannya, semestinya mereka akan mengurangkan tenaga kerja untuk bahagian yang tidak diperlukan.

Walaubagaimanapun, menurut HP, mereka akan terus menyokong pembangunan webOS, namun tidak diketahui untuk berapa lama. Sebelum ini, ianya pernah dilaporkan yang mana HP akan melesenkan sistem operasi mudah-alih mereka kepada pembangun dan pengeluar peranti pihak ketiga, selain HTC yang juga diperkatakan mungkin menjadi salah satu syarikat yang berminat untuk membeli webOS untuk digunakan oleh mereka.


HP Memperlihatkan TouchPad dan webOS 3.0
Ultrabook Asus ZenBook Di Malaysia November Ini
HTC Mengumumkan Lebih 7 Peranti Akan Menerima Ice Cream Sandwich Awal Tahun 2012 Kelak
Microsoft Office Mobile Untuk Symbian Diperkenalkan - Sedia Untuk Dimuat-Turun
LittleBits - Lego Dengan Sokongan Elektronik

4 Komen

  1. Ahmad Fuad bin Adzmi pada 20 Sep 2011

    ape malang ini

  2. Kalamhati pada 20 Sep 2011

    huhu kesian sesapa yg terlibat tu

  3. Sid pada 20 Sep 2011

    There goes one of the great open source system. :/

  4. zulware pada 20 Sep 2011

    kesian dorang..huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader