08Sep

Pendaftaran Untuk Kejohanan WCG Malaysia 2011 Dibuka

Lain-lain

Seperti tahun lepas, kini World Cyber Games kembali ke Malaysia untuk tahun ini, dimana Kejohanan WCG Malaysia bakal diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2011 akan datang ini, dan bagi yang berminat, anda sudah boleh mendaftarkan diri untuk menyertainya bermula hari ini.

Antara judul permainan yang bakal diadakan pada kejohanan tersebut kelak adalah termasuk permainan popular Counter-Strike 1.6, FIFA 11, StarCraft II, WarCraft III, League of Legends, serta dua judul promosi, iaitu Mission Against Terror dan juga Super Dancer Online. Kejohanan anjuran PIKOM ini bakal diadakan di PIKOM IT Mall di CapSquare, Kuala Lumpur.

Kejohanan akhir untuk World Cyber Games kelak bakal memperlihatkan penyertaan peserta dari 27 negara, dimana bakal bertanding dari 8 Disember ke 11 Disember yang bakal merebut hadiah berjumlah lebih $65,000 di Korea Selatan kelak.

Pemain tempatan boleh mendaftarkan diri sekarang, dan pusingan saringan awal bakal bermula pada minggu hadapan, iaitu 17 September.


Maxis Sediakan Pakej Untuk Bandwith Tambahan
AMD Menyertai Intel dan Nokia Dalam MeeGo
66% Pengguna Malaysia Menggunakan Fungsi Carian Melalui Peranti Mudah-Alih
Pra-Lihat : Gambar Rantai Kunci Amanz
WikiPedia Menutup Laman Utama Selama 24 Jam Atas Protes Terhadap SOPA

7 Komen

  1. EddyGeek pada 08 Sep 2011

    Counter-Strike 1.6 masih digunakan untuk tournament?. boleh tahan. em LOL mesti xramai. WarCraft III tu mesti xmasuk dotA, cuma main map rasmi lettew.

  2. anazhd pada 08 Sep 2011

    cs 1.6 ? cammon laaa… source please :3

  3. Kaio Dot My pada 08 Sep 2011

    alaa. COD4 xde eh? hehe

  4. KambingBek2 pada 08 Sep 2011

    dota ada x??

  5. hahahaha pada 08 Sep 2011

    cs source org x layan.
    Dota tu addon warcraft, mereka ada tonamen mereka

  6. hahahaha pada 08 Sep 2011

    biasanya dapat baju free, name tag kalau join

  7. zuan pada 08 Sep 2011

    wohoo! aku bkn gamer! klu ya, mayb aku join


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader