20Sep

Pengumuman Facebook Pada Khamis Ini Memfokuskan Kepada Kandungan?

Web 2.0

nampaknya, mungkin Facebook akan mengejutkan ramai pihak dengan pengumuman pada hari Khamis ini. Jikalau sebelum ini ianya hanya diperkatakan mengenai Facebook Music, berkemungkinan Facebook akan melancarkan lebih daripada itu, apabila kini ianya dilaporkan, tema untuk hari tersebut adalah Read, Watch, Listen.

Dengan moto tersebut, berkemungkinan adalah dimana Facebook mula memberikan perhatian serius kepada pembangunan dan integrasi kandungan pada web mereka. Facebook berkemungkinan kelak akan membawakan kandungan dalam tiga bentuk berbeza, iaitu bertulis, dalam bentuk video, dan juga dalam bentuk audio seperti mana yang diperkatakan sebelum ini..

Ianya juga dilaporkan yang mana Facebook akan melancarkannya dengan bekerjasama bersama-sama beberapa nama besar yang lain, sekaligus menjadikan platform mereka lebih interaktif, serta memperkenalkan beberapa butang baru selari dengan fungsi baru itu.

Kami di Amanz akan membawakan oerkembangan langsung daripada Facebook F8 pada hari Khamis ini, 22 September 2011. Sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Facebook.


Aplikasi Twitter Untuk BlackBerry Beta Di Lepaskan
Mark Zuckerberg Di Pilih Individu Tahunan Oleh Times
Facebook Membolehkan Akaun Dipulihkan Melalui Bantuan Rakan
Setelah MegaUpload, Kini Hotfile Menjadi Sasaran
WordPress 3.4 Bakal Membawakan Sokongan ThemeCustomiser

4 Komen

  1. azwan11 pada 20 Sep 2011

    hm hm facebook ni makin hebat.

  2. nabil wafi pada 20 Sep 2011

    sama2 kita nntikan…waaaaa

  3. aktechpage.com pada 20 Sep 2011

    huh suspen2 :)

  4. Nisa pada 20 Sep 2011

    Asal jangan jadi complicated sangat sudah…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader