16Sep

Peranti BlackBerry Sebagai Kad Akses Memasuki Bangunan?

Gajet

Nampaknya, mungkin BlackBerry akan mula mendapat perhatian pengguna korporat kembali dalam beberapa bulan akan datang. Ini adalah kerana, kini ianya dilaporkan yang mana melalui cip NFC yang diintegrasikan bersama-sama peranti mereka, ianya kelak akan membolehkan para penggunanya menggunakannya sebagai salah satu kunci untuk memasuki bangunan, mengantikan cip pada kad yang digunakan sekarang.

Seperti sedia maklum, buat masa ini, beberapa bangunan pejabat swasta dan juga kerajaan menggunakan kad khas untuk mengakses ke sesuatu bahagian. Salah satu pengeluar kad terkemuka yang memberikan akses sedemikian adalah HID Global, dan hari ini, RIM dan HID Global telah pun mengumumkan kerjasama, mengatakan yang mana Bold dan juga Curve baru dengan BlackBerry 7 akan menyokong akses sedemikian.

Selain daripada pada pejabat, teknologi tersebut turut sama boleh digunakan pada universiti, yang mana akan memudahkan proses pengambilan kedatangan dan sebagainya, dan mungkin kita akan dapat melihat implementasi teknologi tersebut tidak lama lagi.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bagaimana proses transasinya akan diambil. Mungkin ianya akan diketahui dalam masa beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Maxis Bakal Membawa Masuk Dell Mini 3?
RIM Bakal Memperkenalkan Sistem Operasi Baru Dipanggil BlackBerry X?
(Video) Nyah-Kotak Xperia S - Telefon Pintar Sony Pertama
Huawei Memperkenalkan Tablet Dengan Skrin Resolusi Tinggi - MediaPad 10 FHD
DiGi Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Galaxy S3 - Lagi Sekali?

8 Komen

  1. anazhd pada 16 Sep 2011

    Really cool feature. But, kalau nak implant benda ni kat Malaysia, makan masa lama :3 . kurang sokongan, dan semestinye pakai BES.

  2. Azah pada 16 Sep 2011

    best ke pakai bb ek? hmmm

  3. ekspresiruang pada 16 Sep 2011

    nmpk cool utk sesebuah syarikat tu smo pekerjanya pakai BB. mmg korporat gile. hehe

  4. van der Rui pada 16 Sep 2011

    kini telefon pintar adalah segala-galanya.. pelbagai guna. kalau hilang susah tu.

    • En. W pada 16 Sep 2011

      Kalau habis bateri atau BB hilang, tak masuk pejabatlah jawabnya

  5. Syah pada 16 Sep 2011

    pergh! canggih manggih.. hahhaa

  6. satuduatiga pada 16 Sep 2011

    teknologi nfc nampaknya makin popular dan kemungkinan pada masa akan datang telefom bimbit akan menjadi pengganti kepada dompet dimana semua maklumat peribadi,duit dan lain2 disimpan.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader