29Sep

Aplikasi PLUS Toll Rate Untuk Para Pengguna Android Dilancarkan

Perisian

Selain daripada aplikasi PLUS untuk para pengguna BlackBerry, kini salah satu pembangun tempatan turut sama telah membangunkan aplikasi dengan fungsi yang lebih kurang sama untuk para pengguna Android, dimana melaluinya, ia membolehkan para pengguna lebuhraya tersebut mengira jarak perjalanan dan kos yang akan dikenakan dengan mudah dan senang.

Aplikasi PLUS untuk Android ini juga turut sama membawakan sokongan luar talian, membolehkan anda mengira kos setiap plaza tol dengan mudah. Pada masa yang sama, anda juga boleh mengikuti pengumuman dan berita PLUS dengan mudah terus melaluinya, sekaligus memudahkan anda menguruskan perjalanan anda.

Buat masa ini, aplikasi PLUS Toll Rate ini masih diperingkat beta, dan banyak lagi sokongan bakal diperkenalkan, termasuk sokongan Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Cina tidak lama lagi. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi PLUS Toll Rate ini terus melalui Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.


Monolog Membolehkan Anda Berkongsi Perasaan Dalam Bentuk Avatar Menarik
Laman RakanSukan Versi Beta Sedia Diuji Oleh Semua Pengguna
Ramai Pengguna Malaysia Gemar Membeli Tiket Penerbangan Melalui Atas-Talian
Diskaun.my Bakal Memperkenalkan Sokongan Kedai Atas-Talian
Adobe Memperlihatkan Sokongan 3D Pada Photoshop Extended

6 Komen

  1. FauziNor pada 29 Sep 2011

    wah bagus la.. x payah lah lepas nie nak check kat web plus… yezaaa

  2. shahrulfaizal pada 29 Sep 2011

    menarik..senang nak budget perjalanan…

    • matt pada 29 Sep 2011

      +1

  3. pedangmujahid pada 30 Sep 2011

    bukan ke sudah lama aplikasi ini.?

  4. Amid pada 30 Sep 2011

    +1 aplikasi
    sdg tunggu stable version dan aplikasi lain dari developer tempatan ni :)

  5. Faiz Azlan pada 02 Oct 2011

    wah~ terbaik..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader