Cari @ Amanz

Sering dikatakan banyak laman-laman web kerajaan terdedah kepada bahaya sekuriti dan mudah digodam. Terkini kelihatan laman portal rasmi Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah pun digodam, dan penggodamnya turut meninggalkan sebuah mesej khas untuk pembangun web tersebut.

Melalui mesej yang ditinggalkan, penggodam tersebut mengatakan yang mana pihak pembangun web tersebut tidak serius dalam membangunkan web mereka, dimana mereka lebih kepada mengejar duit, dan tidak memastikan web tersebut selamat sepenuhnya.

Melalui godaman yang telah dilakukan semalam, ianya kelihatan lebih daripada 15 halaman dan bahagian khas di laman Portal Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah digodam, termasuk:

  1. Laman Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  2. Laman ICT Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  3. Laman K2P Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  4. Laman Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  5. Laman Kemanusian Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  6. Laman Kewangan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  7. Laman Kualiti Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  8. Laman Langkawi Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  9. Laman Latihan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  10. Laman MPSMKedah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  11. Laman Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  12. Laman Pendidkan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  13. Laman Portal Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd