16Sep

Rekabentuk Baru iPhone Diperlihatkan Melalui Bekas Pelindung Dan Pelindung Skrin

Apple

Dengan semakin hampir penghujung September, lebih banyak ura-ura berkaitan iPhone generasi baru daripada Apple mula kedengaran dan kelihatan, dan yang terkini, beberapa rekabentuk bekas pelindung iPhone 5 mula kelihatan, sekaligus memperlihatkan bagaimanakah ianya akan kelak kelihatan. Melalui gambaran awal, ianya memperlihatkan perubahan ketara pada rekabentuk iPhone baru itu.


Bekas Pelindung iPhone 5? [via]

Seperti sedia maklum, iPhone 5 kelak dijangka akan membawakan bentuk yang lebih nipis dan juga ringan berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, ianya juga memperlihatkan yang mana iPhone 5 mungkin akan membawakan bahagian belakang dalam bentuk alumnium.


Pelindung Skrin iPhone 5? [via]

Selain daripada bekas-pelindung, pelindung skrin juga turut kelihatan, yang mana sekaligus memberikan idea dan memperlihatkan yang mana iPhone generasi baru kelak akan membawakan butang yang berbeza, dan berbentuk sedikit segi empat berbanding sebelum-sebelum ini yang bulat.

Walaubagaimanapun, mungkin pelbagai perkara akan berubah ketika pelancarannya kelak. Apple dijangka akan melancarkan iPhone generasi baru mereka dalam masa beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikannya.


Yahoo! Memperkenalkan Aplikasi Mudah Alih Serba Baru
Apple Mencadangkan Kad-SIM Yang Lebih Kecil Dari Mikro-SIM
Konsep iMessage Pada OS X Diperlihatkan
Apple Memperkenalkan Fungsi Kawalan Suara - Siri
Apple Menjemput Kaspersky Memberikan Nasihat Sekuriti Untuk OS X

15 Komen

  1. Hyuuga pada 16 Sep 2011

    mesti lagi mahal dr iphone4..

  2. BulanTerkenal pada 16 Sep 2011

    butang home dia bentuk lain dah kot

  3. IzhamHasan pada 16 Sep 2011

    atas ada tempat kosong,sensor ke?takkan besar camtu

  4. najashark pada 16 Sep 2011

    macam iTouch je..

  5. Pacifista pada 16 Sep 2011

    rasa nak trade in je iphone ni.huhu…

  6. zerous pada 16 Sep 2011

    cakap skrin la besar…

  7. Faiz pada 16 Sep 2011

    ni yang rase nak trade in iphone lame ni,,
    :p

  8. ekspresiruang pada 16 Sep 2011

    casing makin lawa dah utk iPhone5 ni

  9. Izzat Aziz pada 16 Sep 2011

    go dinosaur.. make my coffee taste better.

  10. topo pada 16 Sep 2011

    macam menarik je hohoho

  11. lin azlina pada 16 Sep 2011

    azam tahun akan datang nak beli iphone ar plak

  12. bisyairi pada 16 Sep 2011

    wow.. nampak cool dan bgaya..

  13. amirulez pada 16 Sep 2011

    iphone 4 pon xmampu lg

  14. sapikdzul pada 17 Sep 2011

    Nak bli la satu.. haha

  15. Mashi pada 17 Sep 2011

    Iphone 4 baru berumur 5 bulan beli
    huhuhu
    cukup 2 tahun baru tukar kot


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader