29Sep

Samsung Dan Google Bakal Memperkenalkan Nexus Prime Pada 11 Oktober

Gajet, Google

Lanjutan daripada sebelum ini, nampaknya acara Samsung Unpacked pada 11 Oktober akan datang ini, turut disertai oleh Google, dan jemputan untuknya telah pun mula diedarkan. Dan menariknya, pada kad jemputan tersebut, turut tertulis, apakah baru pada Android, sekaligus memberikan idea yang mana Samsung bersama-sama dengan Google bakal melancarkan peranti Nexus Prime yang dinantikan pada tarikh tersebut.

Nexus Prime dijangka akan menjadi peranti pertama menggunakan Android Ice Cream Sandwich, membawakan pelbagai sokongan baru serta perubahan pada antaramuka, dan diperkatakan akan membawakan beberapa elemen Honeycomb untuk telefon pintar.

Buat masa ini, spesifikasi mengenai Nexus Prime masih tidak diketahui secara rasminya, tetapi semestinya ia akan membawakan cip pemprosesan dwi-teras yang amat pantas, serta skrin yang luas, diperkatakan sekitar 4.5-inci.

Sama-sama kita nantikan pelancaran Nexus Prime oleh Samsung dan Google pada tarikh tersebut.


Lebih 10% Pengguna Kini Menggunakan Google Chrome
Chrome 13 Beta Membawakan Instant Pages Dan Print Preview
N9 Akan Disokong Nokia Untuk Beberapa Tahun
YouTube Membuang Had Masa Video Untuk Akaun Yang Disahkan
Asus Melancarkan Tablet Empat-Teras Pertama - Eee Pad Transformer Prime

11 Komen

  1. zerous pada 29 Sep 2011

    nampaknya persainag antara dua nama besar ini makin hebat… dengan pelbagai produk dan teknologi terkini mereka..

  2. IkmalRedza pada 29 Sep 2011

    Masuk dalam checklist tahun ini…

  3. ali mamak pada 29 Sep 2011

    ape yg menarik agaknye nanti

  4. CMRatu pada 29 Sep 2011

    tak larat nak ikut..

  5. matjoe pada 29 Sep 2011

    mmg terbaik la, ics dgn nexus prime. its going to be a bomb. android ftw.

  6. pedangmujahid pada 29 Sep 2011

    Nexus S bila boleh upgrade ke Ice Cream..??

  7. azwan11 pada 29 Sep 2011

    this is wicked sick!

    • snazzybizarre pada 29 Sep 2011

      rampage !!

  8. androidian pada 29 Sep 2011

    overkill!!Walaupun Google Nexus selalunya specs x tinggi sgt…mcm flagship manufacturer…

  9. budakudm pada 29 Sep 2011

    bravo google n samsung….harap s2 boleh upgrade ke ice cream sandwich dgn cpt…

  10. bisyairi pada 29 Sep 2011

    Gempak!


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader